Saturday, July 12, 2014

Bubur Lambuk Ala Kampung Baru


Baki sebekas lg utk sahur nanti (^_^)/


Hari tue tgk 5 Rencah 5 Rasa; then dlm rancangan tue, Chef Sher pegi gotong-royong masak bubur lambuk (resepi org pantai barat).. Time tue dah teringin dah nak try, tp x sempat masa.. so baru nielah tadi dpt buatnyer.. (^^")


Bahan-bahan
8 pot (kecil) beras dibersihkan
300-500 gram daging dipotong kecil
8 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar merah*
1/2 cawan udang kering*
3 kiub pati lembu
2 sup bunjut
1 sudu halba
3 helai daun pandan
2 kotak kecil santan
2 mangkuk sayur frozen
air secukupnya
Rempah penumis: bunga lawang + kulit kayu manis + lada hitam + biji pelaga + bunga cengkih
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Tanak bubur dalam periuk, air secukupnya dan tambah daun pandan, biar wangi skit bubur kita nanti. Sementara tue, kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering hingga hancur. Panaskan minyak dlm kuali, masukkan bahan yg dikisar beserta rempah penumis. Tumis hingga naik bau.

Kemudian, masukkan daging, kiub pati lembu dan halba... Gorengkan sekejap.. biar hingga pecah minyak. Then tutup api, ketepikan. Sesambil tue, tgk beras dlm periuk. Bila beras dah jadi bubur, masukkan sup bunjut.. tambah air lagi jika perlu..

Then masukkan bahan yg ditumis darat tadi, sayur frozen serta tambahkan santan ke dlm periuk bubur. Gaul bubur hingga rata dan biarkan seketika sehingga mendidih. Seasonkan dgn garam + gula secukupnya. Bila dah masak, bolehlah dihidang.

//Boleh tambahkan bawang goreng, daun sup dan juga lada utk hiasan.


---------------//---------------

Oh!.. dan mmg dah niat nak bagi org surau makan time moreh nanti.. so kitorng buat seperiuk besar terus.. Alhamdulillah.. cukup utk kami berbuka berlima di rumah dan dpt dlm 17 bekas lg untuk dibawa ke surau (^_^)v.




// Idea uda-chan tuk guna bekas plastik tue sgt bagus.. kalau org tanak makan kat surau, diorng boleh bawa balik jer sorang sebekas (^_^)v



2 comments:

kuizikel said...

humangaiiiiiiiiii... rajin seh.... pasni silap2 ada yang nak order.. kekekkekekek

NedLi Sakurai said...

ini adalah terapi berkesan aku bila tensen.. masak dan bagi org makan (^-^)v.. btw setakat nie xder tempahan lg dr mana2 pihak.. (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...