Sunday, January 12, 2014

Roasted Chicken wth Rosemary, Lemon and Honey


Sedia untuk dimakan.. (^_^)


Baru berkesempatan transfer gambar dr kamera uda.. Minta maaf sbb lambat letak resepi nie.. Tahun lepas janji nak up, tahun nie baru dapat post.. (^^")..


Roasted Chicken
6 ketul ayam (bahagian leg quarters)

Bahan Perap:
1 labu bawang putih - ditumbuk halus
2½ biji lemon - ambil air perahannya
½ cup butter/ olive oil
3 sudu Rosemary
3 sudu besar madu
Garam dan black pepper secukupnya

Basuh bersih ayam dan kelar²kan supaya perapan boleh lbh mesra dgn ayam.. Then sediakan bahan perapan. Mix sebati bahan² perapan..

Actually tue just anggaran kasar.. kalau lepas mixkan bahan perapan masih ada yg terkurng rasanya, bolehlah ditambah ikut selera memasing. Then perap ayam at least sejam sebelum dibakar; kalau dapat perap semalaman lebih baik.

Untuk bakar ayam.. Panaskan oven 200°C.. Sapukan sedikit butter pada dulang pembakar before ayam disusun atas dulang.. Then bolehlah dibakar selama 45-60 minit/ sehingga ayam masak. After half cook, alihkan ayam diatas jaring dan bakar semula supaya dpt ayam roasted yg kering dan garing
 

Mecha² Oishi Udachan Salad
Iceberg lettuce - racik kasar
3 biji tomato - dibuang biji, potong panjang²
2 biji lada merah - diracik kasar
1 biji timun - dibuang biji, potong panjang²

Bahan untuk dressing:
2 sudu Mayonnaise
½ biji lemon - air perahan
gula dan garam secukup rasa

Gaulkan semua bahan salad dalam salad bowl. Dalam bekas lain, mixkan semua bahan untuk dressing. Simpan dalam peti ais biar dia chill dulu.. Bila dah nak makan baru tuangkan dressingnya.


Roasted Potato and Carrot
5-6 biji kentang saiz sederhana - cut into chunks
2 biji lobak merah - cut into chunks
6 ulas bawang putih di racik halus
2 sudu besar mix herbs/ rosemary
Sedikit olive oil dan butter
Garam secukup rasa

Gaulkan kesemuanya, letakkan dalam tray pembakar.. Panaskan oven, then bakar dalam 45 minit.. atau sehingga kentang dan lobak garing/ kekuningan..


Ayam-ayam yg telah siap dipanggang..

Nana sedang menyediakan hidangan..



Kalau ikut Jamie Oliver.. dia selalunya bakar sekali ayam dan kentang/keledek/ lobak tue dalam satu bekas.. but then.. kitorng asingkan dalam bekas lain tp bakar sekali dgn ayam..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...