Saturday, November 24, 2012

Mee Udon Simple



Erm.. hujung-hujung minggu camnie.. bila duduk umah sensorang.. mmg kureng skit rasa nak masak.. tapi perut lapar.. tp rasa malas.. haha.. so hasilnya.. dptlah semangkuk Mee udon campak2 nie..

Erm.. kira bolehlah kan, buat isi perut yg dah berdondang sayang nie kan. Oklah nak kongsi jugak resepi buat mee udon ala-ringkas nie (^_^).


MEE UDON

Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus mee udon 
  • 6 ketul bebola daging
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit lobak- dihiris panjang-panjang
  • sedikit kobis- dipotong kecil
  • sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit stok ayam
  • Beberapa keping nori (seaweed)

Cara-cara:
Tumis bawang hingga wangi.. masukkan stok ayam dan bebola daging. Then masukkan lobak dan kobis. Biarkan seketika hingga sup sedikit mendidih.

Then masukkan mee udon. Akhir sekali seasonkan dengan lada sulah, lada hitam, garam dan gula. Bila dan masak, angkat dan hidangkan dlm mangkuk. Hiaskan dengan kepingan nori.

Sedia untuk dimakan. (^_^) Ittadakimasssss...!!

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...