Jumaat, Ogos 22, 2025

Day 4: Echoes of Minangkabau – Culture and Charm in Bukittinggi



08 JUL 2025 [Tuesday]

Hari ini kami sedikit bermalas²an.. Last day kan, jadinya kita lepak lama sikit atas katil, lepas subuh.. Pukul 9.00. baru gerak keluar dr homestay menuju ke Jam Gadang. Sampai di menara jam Bukittinggi nie, bergambar sekejap, tiba² ternampak Pasar Ateh Bukittinggi..


JAM GADANG & PASAR ATEH BUKITTINGGI 

Maka bershoppinglah kami berlima sampai tak ingat dunia sekali lagi.. dan di sini, kain pasang, telekung dll jauh lebih murah dr kedai² yang kami pergi semalam. Tapi tak nampak t-shirt.. Yang ada telekung, kain pasang, telekung travel, tudung dan kain batik. Tudung pun lbh murah Rp.100k dapat 4 helai.. kedai semalam sehelai Rp.46k.. huhuu..

Membeli belah dengan duit Malaysia.. sebab duit rupiah habis dah (^^').. Next time, tukar rupiah di sini lebih untung, berbanding di Kuantan.. Sini boleh dapat 36++; berbanding yang kami tukar dr Malaysia 28++. Next time, tukar sikit jer dan bawa duit kita lebih sikit.. Tukar di sini lebih untung..

Oh!.. Tak boleh berlama² yer.. Banyak lagi tempat nak pegi nie.. So, pukul 11.00 kami gerak ke taman panorama baru, untuk melihat panorama Ngarai Sianok.


PANORAMA NGARAI SIANOK

Ini memang tempat wajib singgah kalau ke Bukittinggi. Terletak tak jauh dari Jam Gadang, kawasan ni menyajikan pemandangan lembah menghijau yang dipagari tebing curam. Waktu pagi dan petang, kabus tipis menyapu permukaan lembah, buatkan suasana sangat tenang dan sejuk.


Di sini ada laluan pejalan kaki, taman kecil, bangku santai, dan juga teropong pandang jauh.. Ada port² untuk bergambar dan OOTD.. Kadang² boleh nampak helang terbang rendah ikut aliran angin Lembah.. dan kitab oleh nampak Gunung Singgalang berdiri megah di kejauhan..

selesai bergambar dn beli avocado.. kami bergerak ke lokasi seterusnya.. Kita nak pergi makan kuih bingka kelapa..


BIKA TAPI TALAGO

Singgah di Bika Tapi Talago, makan kuih bakar tepi tasik kecil.. Sedap.. Kuihnya dibakar menggunakan kayu arang.. cara masak pun unik

 


Pukul 1.30 pm kami bergerak kembali ke Padang.. On the way tue, kita makan tengahhari di kedai Soto Laris Pak Haji.. Makan soto ayam goreng, tauhu kuah kacang dan gado²..

Lain sikit hidangan sotonya.. Di Malaysia kita biasa makan dengan nasi impit, di sini, makan dengan nasi putih (^_^).. Cara makan, tuangkan nasi ke dalam mangkuk sup soto ayam gorengnya.. ala² makan Gukbap, sup nasi korea..


TERJUN LEMBAH ANAI

Selepas makan, kami teruskan perjalanan. Singgah sebentar untuk menikmati keindahan Air Terjun Lembah Anai.. Dalam banyak² tempat di Sumatera Barat, Air Terjun Lembah Anai paling unik. Tak perlu hiking, lokasinya betul² di tepi jalan antara Padang dan Bukittinggi.


Sepanjang perjalanan naik ke Tanah Datar, kita akan nampak air terjun setinggi 35 meter jatuh terus ke batu-batu besar, di sekitarnya ada kolam kecil.. membolehkan pengunjung untuk mandi (jika mahu).. dan ada platform tepi jalan untuk singgah dan mengambil gambar juga..


LIGHTHOUSE PADANG

Dalam 6.30 pm dah sampai Padang dah.. plan asal nak singgah ngopi sambil tengok sunset di Samudra Hindia, dari beranda café Lighthouse Padang nie.. Tapi masa di Teluk Bungos, kami stuck in traffic.. ada lori rosak. Dalam 20 minit juga kereta tak bergerak..

Kalau diikutkan, boleh sampai cafe before 7.00 pm.. tapi sebab macet tadi, 7.20 pm baru kami semua sampai cafe.. Tak ada rezeki nak tengok sunset. Takpelah, dah sampai kan.. Lepaklah sekejap

Kalau nak masuk café nie, perlu beli kupon makan Rp50 ribu (untuk memastikan pelanggan membuat pesanan dan tidak hanya lepak kosong di café).. Tapi sebab dah kelewatan, kami hanya order untuk take away.. Aku order kopi susu lighthouse.. signature coffee di sini.. Coffee latte gula aren (gula perang)


Sementara tunggu kopi di-brew, kami bergambar puas².. Dalam 8.30 pm staff dah start kemas².. so, kami pun beransur balik..


GAMI JINGKRAK

Sebelum balik hotel.. Kita ke Gami Jinkrak untuk makan malam terakhir kami di sini.. Menunya set nasi putih dengan pilihan lauk seperti ayam, ikan laut, nila, bebek, seafood dan lain-lain.. dan boleh pilih sambal apa yang kami mahu.. Aku ambil ikan Nila Cili Ijo.. Memang terbaik..


Pukul 10.30 malam baru sampai Hotel Intan Bidara.. Bermalam di sini malam nie memandangkan esok perlu berada di Airport Minangkabau awal pagi, dan hotel nie yang paling hampir dengan airport. Besides, dia ada free shuttle bus ke airport..

So.. check in, naik bilik dan kemas luggages dulu, before tidur..


A Sweet End and A Slow Goodbye..

09 JUL 2025 [Wednesday]

Masa untuk pulang.. cukup sudah percutian 4H3M kami di Padang dan Bukittinggi.. It’s time to say Goodbye.. Oh! Adry nak hantar kami pulang, pukul 8.00 am Adry dah sampai di lobby hotel.. Tapi kereta Adry tak muat untuk kami berlima.. so kita pecah kepada dua.. separuh naik dgn Adry, separuh naik free shuttle bus ke airport.. Sesampai di airport.. kami check in luggage dan keluar semula.. bergambar dan say goodbye sebelum balik.. 


Sangat² berpuas hati dengan layanan tourist guide merangkap supir merangkap personal photographer kami: Adry dan Tourism Padang Ute.. Sangat recommended.. Memang terbaik. Dari sampai dan jejak kaki di tanah Sumatera Barat nie, hingga hantar semula ke airport mereka jaga kami. Jika nak datang lagi.. confirm kami pilih Tourism Padang Ute lagi (^_^)..

Terima kasih dan jumpa lagi

 

 

Sabtu, Ogos 16, 2025

Day 3: Between Waterfalls and Wonder – A Day in Harau Valley’s Hidden Paradise



07 JUL 2025 [Monday]

Sampai Hanum Homestay semalam dah lewat sangat.. tak perasan homestay nie dikelilingi bukit² batu yang indah. Cantik amat.. Adry kata kalau bukan musim panas, kita boleh nampak air terjun dr pintu bilik masing².. Boleh nampak air terjun mencurah² dari celahan² bukit..

Tapi takpe, kita breakfast dulu di homestay.. Nanti, dalam pukul 8.30 am macam tue, Adry bawa kita ke kawasan air terjun..


AIR TERJUN SARASAH BUNTA


Kawasan air terjun nie, tak jauh pun dari homestay kami menginap. Cuma 15 -20 minit jalan kaki.. Kalau diikutkan, sekitar Lembah Harau terdapat banyak kawasan air terjun. Berhampiran Hanum Homestay nie pun ada tiga. 

..dan Air Terjun Sarasah Bunta nie, paling sesuai untuk mandi-manda, sebab tidak terlalu tinggi dan boleh bermain air di sekitar kolam air terjun dengan aman.

 


Seperti tempat riadah keluarga awam.. di sini terdapat pelbagai kemudahan dan banyak aktiviti boleh dilakukan.. Tapi kami semua tak mahu basahkan baju, jadi kita bergambar sahaja (^-^)


SAWAH PADI LEMBAH HARAU


Dalam 9.40 am kami mula bergerak ke lokasi kedua, Air terjun yang ada rumah Minangkabau.. Air Terjun di Abdi Homestay.. Tapi otw tue kami singgah sebentar di kawasan sawah padi, Singgah untuk bergambar sekejap..

 


AIR TERJUN DI ABDI HOMESTAY


Selepas setengah jam di kawasan sawah padi Lembah Harau, kami teruskan ke destinasi seterusnya; air terjun di Abdi Homestay.. Terlupa nak tanya Adry apa nama air terjun nie.. jadi kita namakan ia: Air Terjun di Abdi Homestay.. dan sebetulnya air terjun nie terletak di dalam kawasan homestay..

Kenderaan besar tak boleh masuk hingga ke perkarangan homestay, jadi kami semua berjalan kaki masuk ke dalam.. 10 minit berjalan untuk ke bukit batu yang mencurahkan air terjun..

 


Sebenarnya Adry dah beritahu, takde air terjun sekarang nie, sebab musim panas airnya kering.. tapi dah alang² sampai kita jenguklah sekejap..After that, kami mula bergerak ke Bukittinggi..

OTW, kami singgah sebentar di gerai tepian jalan.. Ada pelbagai kudapan traditional dan moden, kueh² gorengan berasaskan jagung seperti bakwan, begedil jagung, puding, aiskrim, pengat jagung, cream puff, jagung rebus.. Semuanya sedap..

 


Then teruskan perjalanan.. around 1.30 pm; Adry berhenti di Istano Minang, tempat bershopping.. Agak mahal, tapi Adry kata sini kualitinya yang terbaik. 

Banyak juga kami bershopping di sini, sampaikan bila nak balik tue, semua pekerja berdiri di pintu kedai dan hantar kami balik.. lambai² sampai tak Nampak lagi kami nie dari pandangan.. (^^’)



Next stop for shopping, kami singgah kedai jual rendang Rendang Uniadek Agam Kabupaten, Sumatera Barat.. Aku tak membeli sebab dah habis rupiah (^^’).. Ralit sangat bershopping sampai lupa belum lunch lagi.. 

Hari dah menginjak petang, pukul 4.00 lebih masih tak makan lagi.. So, kami minta Adry carikan kedai makan selain nasi padang.. Jadi, dibawanya kami ke sini:


KEDAI SERUA KENEH NASI AYAM PENYEK

4.30 pm baru makan tengahhari (^^’).. Makan nasi ayam penyek lah pula hari nie.. Oh! bebek dan nila (ikan talapia) pun ada.. Sangat berselera yer kami makan.. Memang sebab lapar.. tp makanan yang dihidangkan pun tidak kurang sedapnya.. (^_^)..


MASJID JAMI’ BIRUGO


Selesai makan, kami berhenti solat di masjid yang cantik nie.. Sukalah masjid warna putih macam nie.. sejuk jer mata memandang.. Dengan struktur senibina yang sederhana, tapi berdiri megah dengan aura klasik Minangkabau. Atapnya berbentuk limas bertingkat, seperti masjid² tua lain di sini..

Oklah.. mari ke Puncak Taruko..


CAFÉ PUNCAK TARUKO (TARUKO CAFERESTO)

Kami ke sini untuk melihat matahari terbenam.. Puncak Taruko memang viral dengan pemandangan senja nan merah nie.. Kita boleh nampak puncak gunung Merapi juga dari anjungan yang disediakan di sini.


Cafe yang kami kunjung ini terletak di Puncak Taruko, dan berada di dalam lingkungan Geopark Ngarai Sianok. 

Usai sampai, suasana dah mula sejuk, dengan angin lembut dari lembah dan cahaya matahari yang makin condong. Jambatan kecil menuju ke viewing platform tu ibarat laluan rahsia ke dunia tenang.



Bila sampai hujung tue.. subarashii.. (Read:Subhanallah).. view lembah hijau terbentang luas, diapit dinding batu curam yang seakan lukisan Tuhan.. dengan lanskapnya yang memukau, dipenuhi kabus maya hampir senja.. terasa diri sangat menyatu dengan alam..

Tapi sayang kami hanya sempat berada di puncak kecil ini sekejap sahaja (sampai cafe pukul 5.45 pm; cafe tutup 6.30 pm).. tapi takpe, kami sempat melihat keindahan siluet gunung dan kabus yang makin menginjak turun perlahan²..



Masa sunset, warna langit mula berubah jadi oren lembut bercampur biru kelabu. Di kejauhan, kelihatan Gunung Marapi berdiri gagah, separuh diselimuti awan jingga. Momen tue rasa macam dunia terhenti sekejap. Kami memang ambil kesempatan yang ada untuk bergambar sepuas²nya.. sebelum mula bergerak pulang ke rumah inap kami di Bukittinggi..



Sayang betul, tak dapat berlama² di sini.. kalau tidak, boleh kami ngopi dan berhenti sejenak dari hiruk-pikuk dunia dan reset diri sambil nikmati keindahan semulajadi.. chewah.. (^^’)..

Oklah.. Ayuh pulang.. tapi tiba² rasa lapar.. Kami minta Adry carik satay terbaik untuk makan malam kami.. dan kami dinner di sini..


KEDAI SATAY INYIAK DATUAK


Memang wisata kuliner trip kali ini.. semua masakan tempatan kami nak rasa (^^’).. Makan malam untuk hari ini, kita try sate kuah kuning dan sate kuah kacang.. dan Adry kenalkan kami dengan kudapan tempatan, Pisang Kapit, atau Pisang Roti Marie..

Kudapan tradisi Minang yang sangat popular di sekitar Bukittinggi dan Payakumbuh nie, menggunakan pisang raja atau pisang kepok yang dibakar atau dikukus; beserta santan cair, dan di apit dua keping biskut marie atau biskut kraker gula.. Rasanya? Lemak manis, ada tekstur rangup dari biskut dan lembut dari pisang.. dapat pula kopi O panas atau teh susu… Oi! Olallaa.. 

 

Okaylah.. Malam nie kita menginap di Arenda Homestay, Kota Bukittinggi.. Cantik rumah kayu dia. Cozy giler.. tapi nanti kita sembang.. ngantuk sudah.. Da.

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...