Tuesday, October 24, 2017

Girls Trip: Cameron Highland




Kami sambung cuti-cuti ke Cameron Highland pula.. Tapi Radie, Iffah dan Alisya, tak ikut.. Diorng sambung jalan Ipoh, then balik KL.. So, seawal pagi, kami dah keluar, cari brakfast.. then terus menuju ke Simpang Pulai..




22102018 [Saturday]
Cameron Lavender Garden
Tempat tuju pertama ialah Lavender Garden. Antara tarikan baru di Cameron. Kalau nak lihat pemandangan indah ladang kecil Lavender Hokkaido dan Mona Lavender, bolehlah datang ke sini. Tiket masuk pun cuma RM8.00 per entry.




Antara yang perlu dicuba ialah ice cream lavender.. Tapi uda x suka bau dan rasa ice cream nie.. Dia kata macam makan pewangi bilik (^^")..

Pernah rasa ke pewangi bilik? hahaha..




Then kita naik sikit ke level seterusnya.. Taman ni ada banyak level, atas sikit lagi ada cafe dan kawasan untuk ambil gambar..


Cafe

Level atas, Lavender Garden



Hala nak turun dan balik ke kereta, ada banyak kedai-kedai kecil jual souvenir, buah-buahan, jeruk dan manisan, pokok kaktus.. dan dah alang-alang, belikan sikit pokok kaktus yang mak pesan.

Esok pagi, pergi taman kaktus, boleh tambah sikit lagi (^_^)..





Ladang Teh Sungai Palas
Next, kami ke ladang teh.. Nana ajak kami panjat anak-anak tangga semata-mata untuk menikmati haruman teh terbaik tanah tinggi nie (^_^)..




Sesampai di BOH cafe, orang memang dah mula ramai.. So terpaksa separuh cari dan copkan meja, separuh lagi beratur beli air dan kek..




Mujur dapat meja di kawasan anjungan dan menghadap ladang teh nie.. Subarashi Desu (^_^)..


Lepas minum..



Dalam pukul 2.00 pm kami turun dan mula mencari kedai makan untuk lunch.. So singgah di Nova Highlands Resort and Residence Square, makan tengah hari di Teh Tarik Place..


@Nova Highlands Resort & Residence Square



Selesai makan, pusing-pusing kawasan sekitar, then singgah Kea Farm jap.. Nak carik sayur untuk masak steamboat. After that baru kami check in hotel.

Dan bila dah check in, memang rasa malas nak keluar semula..


Makan malam kami (^_^)v



23102018 [Monday]
Pagi juga kami check out tadi.. Pastu singgah sekejap di kedai jual kaktus nie.. Tak ingat pulak nama kedai nie apa.. Just nak tambah pokok bunga kaktus yg mak kirim..


 


Then kami ke Kampung Taman Sedia, area Tanah Rata.. Nak try nasi lemak sambal strawberry (^_^)v.. Dah viral katanya kedai 200 Seeds Cafe nie..




Okey lah, nasi lemak dia.. rasa kelainan bila straberry dibuat sambal, Then kami ambil juga set lontong kuah lodeh dan soto ayam, plus scone..

Tapi kurang comel scone dia (^^")..






Cameron Valley Tea House 1
Then selesai makan, kami bertolak turun ke bawah.. Otw balik, lalu Ladang Teh Bharat, so berhenti sekejap di Cameron Valley Tea House 1..

Sesambil tue, boleh lawat ladang (^_^)..


 


2D1N sahaja singgah ziarah kami ke Cameron Highland kali nie..  Next time kena pegi lama skit.. dan pegi ramai-ramailah pula (^_^)..




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...