Monday, July 31, 2017

Project Let's Try & Lepak Here Part II

Nanti kengkawan dr KL nak turun Kuantan.. so kitorang buat restaurant and cafe hunting (^^').. Actually banyak giler tempat makan, restaurant, cafe hipster yang baru dibuka dan blum kami explore lagi di Kuantan nie..

Biasalah, dah tempat² nie ada di depan mata, memang jadi kurang rajin nak mencuba (^_^).. Tapi tuelah.. perlu cuba sebenarnya. Senang kalau kengkawan turun Kuantan.. boleh suggest dan bawa terus ke mana² yang best..

So yang pertama.. Lila Wadi.



LILA WADI



Lilawadi nie ada banyak branch, satu di Jalan Telok Sisek, dan yg kami try nie di Indera Mahkota 5.. Restaurant Lilawadi IM5 nie dibuka seawal 7.00 pagi hingga 3.00 petang sahaja. Ada pelbagai menu untuk sarapan pagi,  makan tengahari dan minum petang.

Setakat nie, pernah cuba breakfast je di sini.. Antara menu sarapan yg wajib cuba ialah, roti titab, kacang pool, nasi tumpang dan nasi air dingin. Ada banyak lagi.. and all of them sedap belaka.. (^_^).



BOAT NOODLE
Oh!.. boat noodle dah dibuka satu kat Kuantan. Boleh datang ke ECM, Level 3. Happy giler kitorng.. haha.. Lama dah nak try dan walaupun pernah makan boat noodle di Sara Thai hari tue.. Still, kami nak try juga yang nie.




Dalam banyak² hidangan.. nasi omelette Thai (Bangkok Omelet with “Sood Yut”) dia paling best. Apa dia letak ntah (^^")..

Thai Popeye’s Tempura pun sedap untuk makan² sambil tunggu main dish sampai. Kra-Pow Chicken Rice, so-so jer bagi kitorng. Dan after meal, boleh cuba dessert Ka Num Tuay dia.. Typical hidangan orang Asia.. a sweet treat dari tepung beras, santan dan gula melaka.



KARRATZ CAFE
Restaurant nie dah jadi kedai makan favourite kitorng satu family.. Food dia sedap dan portion pun banyak.. rasanya dia buka malam shj. Ada western dan masakan melayu.

Antara hidangan yang kitorng dah rasa, Grilled Chicken Stuffed, Lamb Chop, Chicken Chop dan Homemade Meatballs.. Semuanya best.. Nanti nak try pula sandwiches dan pasta dia.




Konsep kedai nie pun menarik, walaupun aku x berapa nak paham.. tp rasanya berkaitan dengan seni hiasan kereta dan deko² dalam kedai nie menggunakan alat² ganti kereta. Sesuailah untuk kaki selfie (^^')



MOONLIGHT WESTERN
Dan yang nie, paling dekat sekali dengan rumah, area Teluk Mahang. Buka hanya waktu malam. Menu hidangan lebih kepada western cuisine dan harga dia lebih mesra poket.

Maybe sebab target customer dia, pelajar² IPT di kawasan berhampiran kot..





Oklah.. nanti kalau ada lagi tempat makan di Kuantan yang best², kita kongsi kemudian..


4 comments:

amoi said...

banyak kedai makan best kat kuantan rupanya...
kedai kat teluk mahang tu kat mana?tak tau pun haha

ned said...

dlm kawasan perumahan, ila.. waze nama restaurant- moonlight western

7:57 PM, March 24, 2018

amoi said...

ok..nanti aku waze..btw tq!
lapar baca blog ko haha

NedLi Sakurai said...

hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...