Ahad, Jun 25, 2017

Family Trip: Cherating

Just spend hujung minggu di Cherating.. Niat asal nak bawa Yam mandi kolam.. Then alang-alang, kami tambah aktiviti dengan melawat ke beberapa tempat menarik sekitar Cherating..

Dekat jer Cherating nie, selang sejam dah sampai.. ikut jalan Kuantan-Kemaman.. dan since sampai awal, River Mangrove Cruise belum buka kaunter lagi.. maka kami ke pantai dulu..


Pantai Teluk Mak Nik
Pantai di sini bersih, cantik.. dan pagi-pagi macam nie, belum ada orang lagi.. Tapi takpelah.. kitorang pun sekejap jer nie.. Sementara nak tunggu pukul 9.00 pagi, kita lepak main pasir dan tengok laut dulu (^_^)v..



Yam dan Achik, main panas..



Cherating Mangrove Cruise
Oh.. this is the main activity kami di sini.. naik bot dan menyusuri Sungai Cherating. Actually boleh buat dua aktiviti di sini, sebelah siang, boleh naik cruise dan menikmati keindahan hutan paya bakau..

Then belah malam, boleh lihat dan menikmati keindahan cahaya kelip-kelip. Tapi kami tak pergilah yg belah malam nie, bawa Yam, x elok masuk hutan malam-malam..


Yam dan Makngah.. sebelum naik boat

yam yang happy..

Aki dan Tokwan..


Cantik hutan paya bakau nie.. dan boleh dikatakan satu pengalaman yang mengujakan.. Kami ambil pakej dengan Hafiz River Mangrove Cruise.

Waktu lawatan dua kali sahaja sehari, yang pertama pukul 9.00 am; yang kedua pukul 4.00 pm. Duration untuk setiap lawatan adalah satu jam setengah. Harga tiket untuk dewasa RM35; kanak-kanak bawah 11 tahun, RM25..


Hutan Paya Bakau, Sungai Cherating


Before balik, kami lalu kawasan rumah tepi sungai nie.. Nampak seronok jer duduk rumah tepi sungai.. tapi kalau air naik ke rumah..

err.. cam haru juga (^^")..





Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating
Around pukul 11.00 am, kami balik ke jeti.. since awal lagi untuk lunch.. maka singgah sekejap di pusat santuari nie..

Jom tengok anak penyu (^_^)..




Ada sikit jer anak penyu.. tengah tunggu masa untuk dilepaskan ke laut rasanya nie.. Ntah berapa ekor jerlah yg survive nie nanti.. ( '_')..


So.. 3 tempat jer dapat cover untuk kali nie.. Then terus check in hotel.. mandi kolam, dan esoknya, sambung mandi kolam (^^").. Tengah hari camtue check out.. then on the way balik, singgah makan mee calong di Joe Mee Calong dan Keropok area Beserah..



2 ulasan:

chewy berkata...

Hi boleh nak tanya anak puan berumur verapa ya? Sbb terfikir nak bawa anak yg unur 1.5 tahun pergi sesuai tak?

Ned berkata...

Marym time nie, 2 tahun lebih.. UNtuk budak Setahun lebih, kalau pergi santuari tue ok.. tp kalau nak masuk mangrove, perlu extra careful-lah rasanya (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...