Saturday, April 23, 2016

Kimchi Korea: My Heart & Seoul


Love-Locks @Namsan Tower


24 Mar 2016: Back to Seoul
Hari nie kami perlu balik ke Seoul.. Walaupun rasa mcm nak stay lama lagi kat Jeju.. tapi kami juga nak jenjalan di Seoul.. Terpaksalah berbahagi masa, cuti seminggu jer (^_^)..


@bilik hotel

Ruang lobi hotel

Luar hotel


Dr hotel amik taxi pkl 7.20am.. minta tolong pihak hotel utk call-kan taxi, mudah skit. Sampai airport dlm 7.40am.. Check in siap² then baru gi cari breakfast kat 7E.

Then dalam pkl 8.45am kami ke gate.. Since ada banyak masa lagi, so shopping skit², beli souvenir jeju skit² kat area gate jer.. 9.25am naik flight balik ke seoul.


OTW ke Itaewon..


Landed at 10.45am.. perlu bergerak ke Itaewon secepat mungkin. Dah lapar dah perut nie.. (^^'). So dari Gimpo airport kami naik AREX ke Gongdeok St. Line 6.. nak hantar beg kat Itaewon Inn Guesthouse jap..


~Gambar Ehsan dr Google..


Sesampai di guesthouse.. tetiba dia ckp nama kitorg xde. Dah di-cancel.. Umang aii.. Tapi uda cool jer.. kitorng pun lepak jer dendiam kat sofa tepi tue..

Pastu uda discuss leklok, tanya kenapa cancel pulak.. sbb kitorng x batalkan pun.. siap ada bukti pengesahan dan pihak guesthouse dah setuju dgn tarikh kami.. Bleh tahan serabut gaklah pengurusan diorng nie..

But budak kaunter tue layan kami baik jer walaupun dia agak kelam-kabut skit.. Dia ckp jap yer, dia try call boss tanya camner.. Then try tgk kalau ada bilik kosong kat memana..

Alhamdulillah.. lps discuss ngan Boss, kami dpt bilik paling atas.. tp kena tambah ₩20k lg.. Memula dia kata x boleh check in lg, tp sbb kami sgt bersabar so dia bagi masuk bilik terus (^^').. cuma perlu tunggu 20 minit jap.

Bilik yg kami dpt nie ok, tp ada katil untuk dua org jer; so diorng tambah 2 katil extra.. Then esok perlu check in bilik lain, dia akan beri bilik berkatil utk 4 org.. since itu jer pilihan yg ada maka kami terima seadanya..


Marilah menuju kejayaan..


Akhirnya, pukul 1 juga baru kami dapat bergerak ke Masjid Itaewon.. Mujur tak berapa jauh dr Guesthouse tadi, dalam 10-15 minit berjalan jer..


Seoul Central Mosque
Masjid pertama yg dibina di Korea ni terletak di Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul. Mula dibina pada 1974 dan dibuka secara rasmi pada Mei 1976. Since Itaewon nie kawasannya agak berbukit, so jalan nak ke masjid nie pun perlu mendaki skit..

Masjid nie, selain dijadikan sbg rumah ibadah, juga digunakan utk pusat aktiviti penduduk muslim.. dan sbg Pusat Islam, masjid nie skrg dah ada madrasah (institusi pendidikan kanak² Islam), Institut Penyelidikan Budaya Islam, dan banyak lagi.


@Seoul 1st Mosque




Okey.. Mari melawat Eid Restaurant pulak (^_^)..

Itaewon dikenali sbg kawasan yg ramai penduduknya beragama Islam.. so mmg banyak restaurant dan kedai makan halal di sini.. dan kami memilih untuk lunch di Eid Restaurant shj.





Kami makan bulgogi, dan sup herba ayam kampung (^-^)..

Lepas makan, jam dah dekat pkl 3.00pm.. Kami dah below schedule.. So perlu bergegas ke Namdaemun Market dan bershopping dgn pantas.




Sampai di Namdaemun dlm pkl 3.30pm.. terus tuju ke tempat jual kerongsang, keychain-fridge magnet, tshirt dan periuk(?) haha.. itu pun lambat habis shopping.. Dekat pukul 6.00 baru selesai..


Shopping time @ Namdaemun Market


Sempat rasa fishcake campur sayur goreng celup tepung.. Fara yg nak rasa sgt, dan lagi sekali kami kecewa, tak sedap pun hahaha.. (^^').. Mujur beli satu jer tuk rasa..

Dan hasil tangkapan hari nie sgt memuaskan.. hampir semua yg dicari/ dikirim dpt dibeli. Cuma key-chain for couple jer x jumpa cari..


Oh! yer.. Kat Seoul nie, kalau x jumpa jalan senang skit.. sbb diorng ada Info-Team nie.. Diorng pakai baju merah dan topi merah.. selalu ada kat area tempat² tumpuan pelancong and diorng sgt² helpful.. (^_^)




Pkl 6.00pm gerak ke Namsan.. Kami nak melawat menara yg terkenal di Seoul nie. Melawat menara di atas bukit di Maghrib hari (^^")..


Namsan Seoul Tower
Mula dibuka utk public pd tahun 1980 dan since then N Seoul Tower menjadi tarikan utama pelancong ke Korea Selatan.. Agak tinggi yer menara nie, around 236.7m dan terletak di atas bukit Namsan (243m).

So perlu mendaki untuk sampai ke sana..




Perlu beli tiket sebelum naik tower. Entrance Fee: ₩10k seorang. Sebelum nie cuma ₩8k shj.. Huhu harga dah naik.. Tapi dah sampai.. kami naik jugalah menara nie..

lagipun nak saksikan sendiri panorama bandaraya Seoul dr atas..


Kaunter tiket

Sblm 'berlepas' naik ke atas (^^,)

sbhgn Seoul..
Di atas menara


Sblm ke sini, ada google².. katanya kalau ke N Seoul Tower, ada 5 'tasks' yg wajib boleh dibuat:

  • Post surat di post box tertinggi di dunia
  • Guna tandas yg berdinding kaca
  • Lalu di lantai kaca yg boleh nampak terus ke bawah
  • Menikmati hidangan ala-western di restaurant berputar di atas menara
  • Bergambar di love-locks at the Roof Terrace



love-tile-notes wall
sky restroom


So, kalau ke sini boleh cuba buat.. dan jangan lupa masuk Sky Restroom, bilik air yg berdinding kaca and totally transparent (^^').. boleh lihat pemandangan cantik sambil mencuci tangan di bilik air..

Ermm aku try cari kawasan berlantai kaca kat sini.. tp x jumpa..





Lama juga kami di sini.. Lepas habis pusing² atas menara.. lepak kat bawah pula.. Kat sini ada area roof terrace: love-locks tue..




Then sambung bergambar area dataran depan menara pulak.. Dah dekat 9.00 mlm baru turun ke bus stand dan tunggu bas.




Tapi silap timing (^^!).. bas yg perlu kitorng naik baru jer gerak, so kena tunggu next bus.. Sesambil tunggu bas, sempat bergambar lagi (^^")..

Dalam 20 minit camtue, Bus No.3 pun sampai.. Amik bus nie sbb dia akan berhenti betul² depan hotel Hamilton.. so dr situ, kami hanya perlu jalan kaki balik ke guesthouse..

Alhamdulillah.. sampai hotel 9.45pm..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...