23 Mar 2016: Timur Jeju
Hari ke-3 di Pulau Jeju.. kami bersiap awal juga hari nie.. sbb dah janji dgn Mr. Ko untuk tour Jeju Island hari kedua. Kali nie kitorng akan cover bahagian east pulak.
As promised, 8.15 pg Mr. Ko pick up kat depan hotel. Oh! hari nie bus tour fulled. Sian group Jenice, diorng x dpt join sbb dah fully booked..
Dan since ramai nak kena pick up, 9.15 pg baru kami semua menuju ke Gua Man Jang.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari pusat bandar..
Parking Area, Man Jang Cave |
Man Jang Lava Tube Cave
Terowong Manjanggul Lava ini terletak di daerah Gimnyeong-ri, Gujwaeup.. Menurut yg dicatatkan di papan informasi tadi, ianya berukuran 18m lebar; 23m tinggi dan 7.4km panjang..
Gua terowong lava nie adalah slh satu gua yg terbesar; dalam top-10 ranking dunia.. dan telah diwartakan sbg one of UNESCO World Heritage/ Natural Monument pd thn 1962.
di pintu gua |
Terbentuk secara semulajadi apabila lava dr dalam bumi mengalir ke permukaan. Kat sini kita boleh lihat pelbagai struktur dan ciri² topografi gua yg menarik.
Salah satunya ialah stalagmit lava setinggi 70cm.. juga terdapat “Batu Penyu” yg boleh dikatakan menarik kerana ia berbentuk seperi pulau Jeju sendiri..
Aku ngan uda-chan tak pegi sampai ke hujung.. Fara dan Ipah jer yg rajin nak tgk apa ada kat penghujung gua..
so kami hantar wakil shj untuk ke sana (^^")..
Mereka yang berjaya |
Admission Fees
Individual : Adults ₩2,000 / Teenagers and Children: ₩1,000
Group : Adults ₩1,600 / Teenagers and Children: ₩800
After Sejam suku melihat keindahan gua lava (selalunya kami melawat gua batu kapur, tapi kali nie lain skit).. then kami menuju ke Maze Land.. which only took 15 minutes
Maze Land
Mazeland yg terletak di Pyeongdae-li, Gujwa-eup nie sbnrnya ialah taman tema moden yg dilhamkan utk menjadi satu tarikan baru di Jeju. Tempat nie sangat bercirikan pulau Jeju dan keindahan alam.
Ianya baru sgt dibuka, sekitar April 2014.. Mula dibina pada tahun 2006 dan terdapat 3 outdoor mazes, muzium, dan lapangan landskap bertemakan alam semulajadi, air terjun dan kolam..
Taman dan kolam.. |
Ada tiga jenis mazes dlm nie, Wind Maze (easy) berbentuk spiral seperti angin bertiup; Women Maze (medium) mudah di awal tp agak sukar di akhir maze.. diorng nak kater org perempuan nie makin lama makin complicated ker? ~emo tetiba (^^”)..
dan Stone Maze (paling sukar) maze tembok batu yg berbentuk dolhareubang (grandfather stone).. Di pintu masuk ada arca penjaga pintu: “The Thinker”, bermaksud “Sila berfikir utk melepaskan diri; jangan ambil jalan mudah" (^^”)..
Tapi kami mmg malas nak berfikir.. try yg paling mudah jer.. yelah dpt main dlm nie sejam jer pun.. kalau sesat camner? Walaupun Mr. Ko kata kalau sesat jerit jer “Oppaa!!”.. Nanti dia dtg to the rescue.. Tapi.. tuelah (^^,)..
Okeh.. Lets start the race.. (^_^)
Sedang kami bertungkus-lumus berfikir mencari jalan keluar, tetiba nampak ada kawasan buluh yg cantik.. so singgah kejap untuk bergambar (^_^)..
Then, sambung kembali mencari jalan keluar.. Keluar dr Wind maze, ada pelantar.. boleh nampak keseluruhan kawasan maze..
the Stone Maze |
melepaskan penat.. |
@papan tanda running man |
Runningman pernah main game kat sinie.. tp x ingat episod berapa (^^').. Selesai main di Maze, kami beredar ke restaurant berdekatan: Korea Buffet Bibimbap..
Restaurant terletak bersebelahan jer dgn Mazeland.. so xperlu rushing, boleh lunch dgn tenang dan aman (^_^)v.. Yeeay!!
Bibimbap dan Tteokbokki |
Sung San Sunrise Peak
Lepas lunch, kami bergerak ke satu lagi tempat famous di Jeju.. juga merupakan salah satu tapak UNESCO: Seongsan Ilchulbong..
at the entrance |
Seongsan Ilchulbong Peak terbentuk dari bawah laut kesan drpd letusan gunung berapi lebih 100,000 tahun dulu. Terletak di hujung timur pulau, then ada satu kawah besar di bahagian atas.. Katanya kalau dpt tgk sunset dr situ mmg paling best..
Bhgn tenggara dan utara adalah tebing laut dan, sebelah barat laut pula kawasan bukit berumput hijau menghubung ke perkampungan Seongsan..
Kami tak naik sampai ke puncak.. hanya melepak di padang rumput menghijau kat situe jer.. Then Fara dan Ippah rajin turun ke bawah.. nk tgk ajumma tangkap hidupan laut kt bawah teluk sana..
..dan kami just merayap menghala ke penghujung yg satu lagi..
Lepas Fara dan Ipah naik drpd menonton pertunjukkan menangkap hasil laut dek ajumma², kami sambung bergambar di depan Seongsan Ilchulbong..
Seongsan Ilchulbong |
bergambar kenangan dgn Mr. Ko.. |
After sejam suku, kami menuju ke Seopjikoji.. but on the way, singgah kat ladang rapeseed nie jap. Since ladang lavender takder.. dpt jumpa rapeseed pun oklah (^_^)..
Seopjikoji
Terletak di hujung timur pulau juga.. tempat nie sgt cantik bila time bunga kuning tue menguning memenuhi kawasan.. tp time kami dtg xder pula..
Then kenapa kami di sini? Erm.. maybe request drpd peminat KDrama kot (^_^)..
Lokasi nie merupakan tempat mengambaran beberapa KDrama seperti Gingko Bed, The Uprising, All In dan lain-lain drama TV Korea.. tapi aku x pernah tgk satu pun (^^')..
What ever it is.. tempat ini sbnrnya sgt sesuai utk mereka yg sukakan alam. sbb boleh jalan menyusur tepian pantai sambil menikmati bayu laut (^^,)..
Seongeup Folk Village
Then kami ke folk Village.. di mana Mr.Ko bawa kami melawat sekejap jer tempat nie.. sbb nak kejar ke Eco land pula..
Folk village ni dikekalkan utk memperlihatkan keunikkan budaya orang Jeju terdahulu.. Dulu, dinding rumah mereka dibina drpd batu lava hitam; ciri atap rumah juga cukup exotic dan laluan berliku untuk menyekat angin dll..
Oh!.. kat sini juga terletaknya the grandfather stone (Harubang) yg original. Menurut Mr. Ko, kalau nak anak lelaki, sila sentuh hidung grandfather stone (^^,)..
Then next.. kita ke last attraction di kawasan Timur Jeju nie; Eco Land.
Eco Land
Merupakan satu lagi taman tema berkonsepkan alam, dan hanya di sini kita boleh naik keretapi Forest (yang kelihatan seperti berkuasa wap spt kereta api Baldwin di thn 1800) dan melalui hutan Gotjawal kat Jeju nie..
Main entrance |
Kami disarankan supaya stop di Eco Bridge St. then jalan kaki melalui tasik sebelum sambung naik train di Lake Side St. Lepas tue bleh terus ke Picnic Garden St..
Di station ketiga tue, ada park.. tapi cuaca sejuk sgt, kami segan nak keluar dr train (^^")..
Dari Entrance St. |
The lake view.. |
Lake Side Station |
Kami tak turun pun di Lavender, Green Tea and Rose Garden tue.. sbb bunga-bunga masih belum berkembang.. kami dtg Jeju awal sgt, Spring baru bermula..
Jadi kami hanya naik train dan meronda kawasan hutan tanpa daun dan bunga (^^")..
Picnic Garden Station |
Dalam 5.40pm kami semua mula bergerak balik ke hotel. Sampai di bandar dah nak dekat maghrib, then minta Mr.Ko drop kitorng kat area Exit 4 sbb area situ ada pasar buah, nak beli pisang kaki fresh dan kering + coklat..
Cari juga fridge magnet Jeju tp semua gmbr org batu, so x jadi nak beli.. Then masuk Jungang Mall sekali lagi.
.. Habis sudah jeju trip kami.. Seoul trip plaks esok.. yatta! (^_^)/
Website Jeju Day Tour (Mr.Ko)
//Max 13°C/ min 9°C
2 ulasan:
cantik pulau jeju ni ye.. teruja nak ke sana pula.. tq for the useful link ☺️
Jeju mmg cantik.. Kalau berani drive sendiri.. lagi banyak tempat bleh explore (^_^).. Tp kami x berani.. so amik day tour trip dgn Mr. Ko nie. Sgt recommended!. Dia bleh ckp melayu skit2 sbb pernah kerja kat Malaysia dulu..
Catat Ulasan