Sunday, February 05, 2012

Yaki-niku or Shabu-shabu?



Hari nie kami se-family nak makan yaki-niku (meat grill) dan shabu-shabu (hot pot dish).. for dinner; dan sebab bah x berapa boleh makan daging merah sgt.. so kami variety-kan daging untuk dipanggang.. tambah ikan keli; isi ayam; udang dan kupang.

untuk shabu-shabu.. erm.. memula just nak buat veggie + tauhu hot pot.. tp uda-chan lupa bawak balik dapur portable tue.. so x jadi nak buat hot pot.. dan nasib x buat; untuk grill saja dah banyak dah lauknya.


Penuh meja (^_^)

Untuk makan yaki-niku nie.. erm.. actually yg kami buat nie dah x berapa nak pure japanese style sgt.. sbb uda perap daging tue ala western.. dan tetiba sos untuk cicah mcm ada unsur dr thai plaks.. hahaha giler mix-up semuanya (^^")..

Patutnya farah buatkan sos kicap.. just guna kicap manis + air limau kasturi + lada kecil jer.. tp kebetulan uda terlebih rajin.. so dier buatkan sos merah ala johnnys nie..

Sos Merah Ala Johnnys
1 cup lada kering yg telah direndam
2 ikat akar daun ketumbar
3 sudu besar minyak bijan
3 sudu besar madu/ gula melaka
garam secukup rasa

1 sudu biji bijan
sedikit hirisan daun ketumbar

Blender lada kering; akar ketumbar; minyak bijan dan madu/gula melaka. Masak dalam periuk kecil hingga mendidih. Seasonkan dgn garam secukupnya.. Semasa hidang, taburkan biji bijan dan hirisan daun ketumbar.


Oh! ('_^)..
untuk marinate; bleh cuba yg di bawah nie..

Bahan Perapan Ayam/Daging
Perahan lemon
sos tiram
sedikit madu
sedikit gram & lada hitam

Gaul semuanya sebelum masukkan daging/ayam untuk diperap.


Bahan Perapan Ikan Keli
sos tiram
1 cup lada kering
sedikit madu
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah

Blender bawang putih, bawang merah dan lada kering hingga lumat. gaulkan dgn madu dan sos tiram sebelum masukkan ikan keli untuk diperap.. Better perap lebih dr 2 jam. makin lama makin besh! (^.^)



So, kalo nak makan malam.. dr tgh hari better perapkan semua daging-daging yg nak dibakar tue awal-awal.. by the time, lepas maghrib dah bleh makan dah, ne~


Dah siap sedia untuk menjamu selera..


Ittadakimassss..


Thursday, January 26, 2012

Have Fun in the Sun: Pulau Mabul, Sabah.



Deng!.. Akhirnya aku pergi juga ke Mabul (^^”).. Dalam keadaan yg kelam-kabut; hati yg gundah gelana sbb terpaksa tinggalkan student²ku yg baru dikenali sehari.. huhu.. Tapi takper.. saya perlukan cuti. Really-really-really need a holiday.. So Mabul is the most suitable place to go (^_^)v.

Percutian nie.. actually budak² yg lain dah ajak aku join sejak April 2011 lagi, tp time tue rasa mcm x berapa perlu, so aku ckp tanak join… then akhir tahun lepas diorng tanya lagi.. nak join tak? Since dah lama x berjimba² ngan diorng.. so Why not, ne~? (^^’)\..

Alhamdulillah dpt cuti dan berjaya menjoinkan diri ke Mabul… Yatta! \(^_^)/.. dan beginilah percutian kami bermula…



..kami naik Air Asia


[KHAMIS] 05012011

Trip kali nie melibatkan kami 11 org.. 3 dr Johor, 3 dr Kuantan dan selebihnya dr KL.. Oleh krn ramai sgt rombongan che kiah kali nie; maka nak mengumpulkan 11 org kesemuanya, agak mengambil masa skit (^_^)v.

Aku join group KL.. so kami perlu naik flight se-awal pagi Khamis.. Start 4.30 am dah turun dr rumah Ila, di Asta-la Vista Angkasa.. Naik teksi ke KL Central; then naik bus pula untuk sampai ke LCCT sebelum 6.00 am.

Kalo x perlu check in luggage, lewat skit sampai LCCT pun xper.. tp better sampai awal kan.. nak Subuh lagi.. then bleh have a little breakfast kat McD kejap, before departed..

Around 7.15 am we took off; and touchdown in Tawau around 10.10 am. Stay di Airport Tawau until 2.00 pm since we have to wait for Zir. Then after Zohor and lunch; porter kami pun sampai.. untuk bawa kami semua ke Semporna.


Jalan² cari mutiara ~Semporna

Untuk ke Pulau Mabul, perlu melalui jeti di Semporna.. dan memandangkan masih ada ahli group yg belum sampai, kami perlu bermalam di Semporna untuk hari ini…

Tawau-Semporna mengambil masa lebih kurng 1½ jam; so selepas lebih sejam di dalam van, melalui jalan kampung yg kecil dan lbh banyak hutan di kiri-kanan jalan, maka kami pun sampai di Semporna pd pkl 3.35 pm; dan terus check in di City-Inn..

Semporna sememangnya sebuah pekan kecil yg cantik.. dekat ngan laut plaks tue.. dan sbnrnya, mmg niat asal kami nak round- jalan² sekeliling pekan, tp masa sampai tadi masing² keletihan.. so semua pakat² lelap mata for couple of hours..

Jam dah hampir 5.30 pm baru semua bersemangat nak get around.. tp malangnya, kebanyakkan kedai dah tutup.. Actually kami semua lupa; Sabah kan gelap awal.. pukul 6 lebih dah Maghrib.. so kejap jelah pun dpt jalan² keliling Semporna..


~Dinner

Dlm pkl 8.00 pm, Rozan dan suami, Farah dan Najjah pun sampai.. akhirnya cukuplah semua ahli rombongan kami.. dan 8.30 pm kami keluar beramai² and have dinner at Sea View Restaurant.

Makanan yg disediakan mmg sedap.. tp harga mahal skit.. khabarnya di Sabah harga makanan yg dimasak mmg mahal skit; tp kalau beli makanan mentah terutamanya makanan laut.. sgt murah (^_^).

Alhamdulillah.. perut dah kenyang.. so 10.30 pm balik ke hotel dan rehat.. Get ready untuk hari esok pula (^_^)v.. Tak sabarnyer nak mandi Laut..

Mabul…!! (.^^)/.. hahah saiko des!



-------------------------------------------------------



[JUMAAT] 06012011

Kami semua keluar se-awal mungkin pagi tadi.. sbb nak cari souvenir kat area floating village, berhampiran jetty.. nanti jam 9.30 perlu naik boat untuk ke pulau dah..



Dalam masa sejam setengah, sempat juga kami bersarapan dan mencari sedikit souvenir di pekan Semporna nie.. yelah.. nak cari atas pulau nanti sure agak limited pilihannya kan?.. tapi agak terkejar² skit..

Asalnya nak gerak ke pulau dalam pukul 10.30 camtue.. tp memandangkan cuaca agak tidak menentu, kami disarankan untuk bergerak awal sejam.. sbb tue agak kelam-kabut skit..



11 orang peserta trip ke mabul


Rumah atas air

Untuk ke pulau mengambil masa lebih kurang sejam.. so dlm 10.30 am, kami pun sampai di ScubaJeffSipadan.com Lodge.. tp tempat menginap kami nie terletak di pulau Mabul.. hahaa.. confius skit (^^!).. kejap sipadan.. sekejap Mabul..

erm.. dan nak kata atas pulau.. lodge nie kat atas air sebenarnya; dia mengajur dr pulau.. so kami tidak jejak pasir pulau la kali nie.. err.. kot (^^”).. tgk-lah nanti camner..




Dari kejauhan, kami dah nampak abg Jeff (owner ScubaJeffSipadan.com Lodge) senyum² menanti kedatangan kami..

Elok jer jejak kaki kat atas rumah air tue.. dah riuh rendah dah suara abg jeff menyapa dan bercerita.. sambil melawak².. macam dah kenal lama.. (^_^). Sgt friendly and warm. Sukis!


Mengusha air laut yg mengamit² suruh terjun (^^’)

Kata Abg jeff, kalo nak lepak.. lepak la dulu.. tp kalo dah x tahan tgk air jernih bawah pelantar.. bleh jer nak terjun tiruk (^.^’)..




Tp semua bersopan jer.. malu² naga.. so mmg kami lepak² jerlah dulu.. lagi pun kami semua blum di-brief sepenuhnya apa aktiviti kami untuk hari nie.. katanya nak pegi snorkelling after lunch.. tapi lokasi blum tau lagi..

Erm.. tetiba rasa cuak lak tgk laut.. eheh.. (^_’)




INFO: Pulau mabul terletak berhampiran dengan Pulau Sipadan dan Pulau Kapalai.. dan actually tiga pulau nie lebih dikenali sbg syurga lautan bagi peminat² sukan scuba diving.

Antara lokasi cantik untuk scuba adalah di Lobster wall, Paradise, Froggy Lair, Coral Heaven and many others.. Selain tue, kedudukan pulau nie yg juga berhampiran dgn negara jiran seperti Indonesia dan Filipina membuatkan majority org-org kat sinie adalah dr bangsa mereka dan bajau laut (sea gipsies).



menunggu boat untuk pegi snorkelling ke Lobster Wall

Around 2:00 pm, kami semua bergerak ke lokasi snorkelling kami yg pertama: Lobster Wall.. Mula² mmg happy².. hiku².. giler teruja nampak air kan.. tapi dpt bertahan dlm 30 minutes jer… huhuhu… Mabuk seh (≠_≠).

Hilang langsung mood nak sambung snorkelling.. elok je naik semula atas boat; terus jadi cam Nino.. hahaha melepek kat tepi boat.. takleh angkat kepala (^^’)

Un! ( ^_’).. Snorkeling trip nie.. Abg Jeff ngan Basher ikut sekali tp diorng pegi diving.. sesambil mempromote aktiviti scuba kat kami.. tp tuelah.. aku nie *bathophobia.. huhu (ToT).


Geng mabuk laut

Pastu lepas sorng..sorang weng.. hahaha.. terkejut kot.. so dlm 3.00 pm semua balik ke tempat menginap.. sambung snorkelling kat kaki tangga jeti jer.. Geng² mabuk laut lepas sejam baru join main air kat bawah deck-pelantar nie..

dan walaupun depan bilik jer main terjun² tiruk.. tp giler syok. Rasa mcm budak².. main lompat² atas air (^^")\..





Pastu datang abg jeff bawa roti panakosayo- hahah aper ntah namanyer.. tp katanyer nie roti org filipina.. sedapla gak.. ader rasa lemak² kelapa skit.. huhu.. siyer heaven..

petang² makan roti panas ngan Nescafe kaw!. Perghh!.. perut laks mmg kosong.. sbb duk berendam dlm laut jer dr tadi kan.. nikmat yg x terkata.. (^o^).


Seasick+ air limau+ air laut= Hyper

Kami sambung main laut lepas minum petang.. tp ada juga dr group kami yg dah start ronda-ronda kampung org bajau laut.. di balik pulau sana.. Kami jalan esok jer lah.. sbb x puas mandi lagi (^^’)..


Lepak lepas penat mandi-manda

Oh!.. tadi.. masa kami sibuk bersih-bersihkan diri dan mandi kat toilet.. si Rozan sempat beli ketam sebesen.. cantik ketam dier.. kebiru-biruan.. baru jer pacik bajau laut tue tangkap..


Ketam + Ejat + Basher

Tapi tak sempat nak masak malam nie.. sbb dinner kami dah siap dihidangkan pun, so after Maghrib, kami semua makan malam dengan lauk yg disediakan dek Pika jer..



Lepas makan, lepak-lepak tgk bulan.. sambil minum Nescafe/ tea O panas. Datang abgjeff amik gitar, main 5-6 buah lagu.. Dr sorang dua ikut nyanyi sesama.. then jadi happening.. semua pakat nyanyi jugak..

tp x tahan laa mengantuk.. pkl 10 dah masuk bilik... hahaha giler aku yg x happening... tp sbb bilik betul2 sblh ngan diorng, so dptlah dengar nyanyi²-an dan alunan gitar kat luar tue.. dpt lah juga tido sambil diulit suara² nan merdu di luar sana (^_^)

erm.. tp tengah2 malam, rasa sakit urat giler².. then ila masuk tanya nak selimut tak? hehehe.. nasib baik ader ila yg prihatin.. lps dpt selimut; dan sapu minyak panas dan makan panadol... dptlah tido semula.. sedar² hari dah nak masuk subuh pun (^_^)..



-------------------------------------------------------



[SABTU] 07012012

Seawal pagi dah terjaga.. tp bila tgk luar tingkap masih gelap-gulita, tarik selimut semula (^^").. tp tak lama.. sbb bunyi ombak rindu memanggil².. huhuu..

around pkl 7.. semua dah bangkit.. pkl 7 kat sini.. mcm pkl 8 la kat semenanjung.. terang benderang dah. Kami breakfast mee goreng pagi nie. Kalo kat Sarawak ada mee kolok.. kat Mabul ada mee kotak (^^!)..

Sesambil tue ada org bajau laut dtg jual hasil tangkapan diorng..



Pagi nie cuma dpt beli 2 ekor sleepy lobsters jer.. hasil tangkapan diorng kurng laks kali ni. Tapi takpe, kami dah request kat pacik bajau laut tue.. suh bawa byk² lagi ptg nanti..

hahaha bleh? Main request² camtue.. macam lah pacik tue pegi beli kat pasar.. dah sleepy lobster x masuk pukat diorng.. nak buat camner kan? (^^”).

lepas breakfast.. kami terjun laut.. (^_^).. Tp kena hati-hati sbb ada banyak sgt landak laut kat bawah tue..

Oh!.. hari nie kami nak pegi ke lokasi lain pula untuk snorkelling trip yg ke-2. Plan asal nak ke Paradise, di balik pulau/ tempat kami menginap nie.. tp memandangkan langit kat sana sgt gelap.. Abg jeff cadangkan spy kami just pegi kat area Eel Garden atau Coral Heaven jer..

Kali nie makan ubat mabuk siap². Dalam 10.00 am kitorng pegi ke Crab Cave.. Walaupun hujan renyai-renyai,.. but Crab Cave was still amazing.. ikan kaler².. coral banyak giler.. mcm-macam jenis dan warna.. penyu la bagai.. huhuhu.. Saiko!


under the sea

tapi tuelah.. mabul nie kawasannya kurang cetek.. agaknya sbb tue dier lebih kpd scuba diving kot.. kebanyakkan tempat tiba-tiba mcm berjurang… dan sgt-sgt dalam .. Seriau (^^’).. Rasa cuak..

.. Tapila kan.. kalo diikutkan hati nie mmg teringin nak buat scuba discovery.. abg jeff siap offer free photo shoot di dasar laut lagi kalo kami nak cuba scuba discovery ngan diorng.. huhuhuh saya nak cuba tapi takuttt (ToT)..


Erm.. ('_^ )

selang x lama.. kami pulang semula ke chalet.. perut memasing dah berkeroncong pun.. tak sabar rasanya nak makan ketam fresh masak berlada.. (^_^)v..

Then bila sampai chalet/lodge.. ada guest baru sampai.. Tak sempat keluar dah ada org lain datang masuk.. giler fully book chalet Abg jeff nie.. Tapi takpe.. biar diorng uruskan hal itu.. tugas kami adalah untuk makan tengah hari dengan gumbira saja (^^,)..

Oh!.. lupa nak cerita.. bab makan kat sini xyah risau.. sekali ngan pakej. Dr breakfast; lunch; tea break; bawak ke dinner + hot tea/coffee for 24 hours..


Ketam goreng berlada

Untuk lunch kali nie.. kami dihidangkan dengan ikan pari bakar + air asam + sayur goreng +gulai ikan dan tambah dengan lauk ketam yg kami mintak diorng masakkan semalam.. hohoho (^0^) Umai!!.. sangat sedap dan menyelerakan.

After lunch.. kami melepak semula kat atas pelantar tue.. sambil konon² ber-sunbath (^^’).. dan beramah mesra dengan mereka-mereka ini..


Anak-anak Bajau Laut


Yang ditengah tue anak angkat org bajau laut;
sbb tue dier lebih muslimah (^^’)

Budak-budak bajau laut nie.. mmg selalu datang² dan minta makanan. Mmg dah biasa sangat.. Bagilah apa pun diorng x kesah..

dan lagi satu diorng nie dah tahap professional dah kalo bab² jadi model untuk kita amik gambar.. (^^,) sbb dah biasa sgt..

Ramai photographer suka dtg sini dan amik gambar diorng.. Suruh la buat apa pun; terjun tiruk ke.. pose ala model iklan ker.. kayuh perahu ke.. apa² jer.. janji nanti berilah sedikit habuan. Hebat kan? (^_^)


Oh! ( ^.’).. lupa lagi..

Nie.. sbb dah boring xder aktiviti petang, budak-budak nie come out ngan satu idea.. “ Jom pegi Kapalai nak?”.. Deng!.. Kapalai.. dr first day dah kena racun ngan org kat Tawau supaya pegi Kapalai..

Erm.. actually kalau nak ke Kapalai, Pulau Sipadan atau ke mana² selain drpd yang telah dilistkan dlm pakej tue mmg boleh; tapi perlu top-up harga lain lah.. so lepas berpakat².. maka kami pun top-up sorang RM50++ untuk bersnorkeling di area Kapalai..




INFO: Pulau Kapalai terletak 15 minit dr Sipadan mahupun Mabul. Kapalai yg sangat unik dan tidak seperti pulau² lain di Sabah ini tiada daratan yg boleh dijejaki.. Yang ada hanyalah timbunan tebingan karang yang dikenali sebagai Terumbu Karang Ligitan.

Asalanya terdapat daratan-pulau di sini, tapi berikutan hakisan pasir pantai oleh ombak dan peningkatan aras laut yang semakin ketara, aras ketinggian pulau ini semakin lama dilihat semakin merosot



Perkampungan dan resort terapung yg ada di sini semuanya dibina berasaskan tiang pasak di bawah air dan resort seakan rumah air ini dikelilingi air laut yang bersih dan jernih serta mempunyai karzanah alam yg menakjubkan..


Deng!.. tempat nie mmg cantik!.. Serious cantik.. lebih cantik dr dua tempat snorkelling kami sebelum nie..

then tadi ada a school of fish buat kawat renang laks depan aku.. ke hulu- kehilir.. hehe sgt cantik… dan ada tapak seleman kaler biru.. kalau tgk lelama mcm jejari puak Na’vi (Avatar).. (^^’)



Around 4.30 pm camtue kami bergerak balik.. penat gak rasanya snorkelling sampai sejam.. (^^”).. rasa macam nak lepak kat area chalet jer la lepas nie.. lagi pun hari nie nak jenjalan kampung.. nak tengok apa yg ada di sana..

Lepas sampai dan rest dlm 30 minutes.. kami pun gerak ke kampung Bajau Laut. Kampungnya dekat jer dgn chalet di balik pulau nie.. tp kat area belakang chalet/lodge abg jeff nie pun dah ada kawasan penempatan juga..



Macam-macam yang dijual dan diniagakan.. ada kedai runcit biasa; kedai jual burger dan goreng pisang.. etc.. tp kami cari kedai cenderamata.. so kena jalan jauh skit sampai ke kampung yg satu lagi.


anak-anak masyarakat Bajau Laut.. ~ kredit to ila

Erm.. as we thought.. mmg x banyak pun pilihan souvenir kat sini. Terhad kepada barangan kerang dan keychain jer. Then harganya agak mahal berbanding di Semporna sana.. So kalo nak cari buah tangan.. better cari di darat.

Tp abg jeff kata dia nak buka kedai souvenir kat tepi chalet/lodge dier nanti.. so kalo next time x perlu susah-payah jalan sampai ke balik pulau untuk dapatkan buah tangan (^_^)v


pemandangan senja dr atas deck

Hari nie activity malam agak kureng.. maybe sbb esok dah nak balik ne~.. lepas makan malam dan menikmati sebekas besar lagi ketam+ sleepy lobster goreng halia, kami hanya lepak² dan minum tea/coffee jer..

Then, agak mcm dah mandom sgt, diorng mula amik gitar dan nyanyi² mcm malam semalam.. seronok juga.. kali nie semua berkumpul.. nyanyi ramai² lagi sekali.



Aku seperti biasa, lepak kejap kat luar then masuk tido.. badan rasa sgt penat dan kepala dah start nak pening.. tp dah pesan kat Ila kejut pukul empat pagi sbb nak tgk moonset (^-^)..

Tapi kepala yg sakit bertambah berdengung bila budak² abg jeff x habis² buat konsert. Agaknya posh, ona, Ila dan yg lain dah malas nak layan.. so diorng berkumpul ngan guest² yg baru sampai siang tadi, sambung melalak.. kat depan pintu bilik aku laks tue..

Adoi aii.. giler bingit.. kalau nak nyanyi, nyanyilah elok².. nie terpekik². Rasa nak baling kasut pun ada.. huhuu.. Abg jeff takde, dia taktau la anak² buah dia nie cam apa jer jerit² tgh malam..

Dekat 2 jam gak aku pusing² atas katil takleh nak tido.. dan rupa²nya bukan aku sorang, si Ejat yg tido kat bilik paling hujung pun tensen sbb bising sgt.. si Rozan pun.. adoi aii..

..Posh, ila, pojan dan farah.. siap berjaga sampai pagi.. lagi kesian.. tp sbb tak tido tue dikuatkan lagi dengan keinginan diorng nak tgk moonset sebenarnya..


Bulan di waktu menginjak ke subuh



Malam terakhir di Mabul (yg penuh dgn emosi & tekanan (^^,)..) Tak keluar pun tgk moonset yg cantik nie.. nasib baik budak² nie amik-kan gambar.. leh gak nikmati kecantikan bulan malam tadi..



-------------------------------------------------------



[AHAD] 08012012

Hari nie perlu bersiap awal.. flight kami hari nie pukul 10.30 am. Perlu naik boat ke Semporna dulu.. then naik van ke Tawau pula.. so perlu rushing² skit pagi nie.

Bangkit pukul 5 suku.. siap-siap dan breakfast. Awal diorng siapkan breakfast hari nie.. sbb kami nak kena gerak awal.. terima kasik kat Erna.. tukang masak kitorng (^_^)..

Then.. selepas semua dah siap dan bersarapan.. geraklah kami sebelas org pulang ke Semporna.. tp sebelum balik.. mari bergambar beramai-ramai..



Sedey gak rasanya nak tinggalkan pulau nie.. sbb masih x puas nak mandi laut.. dah lah asyik mabuk laut jer.. huhu.. tapi takperlah.. next time maybe.. datang semula ka mabul nie.. tido kat Kapalai lak ke (^-^)



Kepulangan diiringi suria pagi.. bubbye Mabul(^_^)/


Oh!.. actually kami ada misi kat Semporna nie.. since masa dtg hari tue x sempat beli apa-apa yg boleh dibawa balik ke semenanjung.. kami dah pakat ngan abg potter supaya bawa kami semua ke pasar..

Dan setibanya di sana.. kami di bawa ke pasar pagi Semporna.. terus ke kawasan org jual ikan kering dan ikan masin..



Macam-macam ada dijual di pasar nie.. hasil tanaman, sayur kampong, ulam-ulaman.. ikan basah.. Ah! dan tauhu dia besar-besar mcm cheese pun ada sekali tengok (^^’)..

Oh!.. dan mujurlah kami tak borong hasil² laut nie dr awal.. kalau tak habis busuk beg ngan bau ikan masin/kering.. Ini pun dah busuk dah.. huhuu(^o^)..


Jeti Awam Semporna

Gila tak? Dalam nak kejar flight.. sempat pegi beli ikan masin kat Semporna (^^’).. shopping 40 minit jer.. pukul 8.00 am kami dah bertolak ke Tawau.. supaya dapat sampai cepat sikit di sana..

Banyak beg dan bungkusan nak di check in before depart.. dan alhamdulillah.. sampai di Airport Tawau pukul 9.15 am. Dan masih cukup masa untuk beli kuih tradisi org Sabah.. amplang dan kuih cincin; buat tambah² buah tangan untuk family dan kengkawan nanti. (^_^)


Erm.. “Penat kot”.. hahaha itu perkataan pertama keluar dr mulut setibanya di LCCT.. perjalanan pulang masih jauh.. so x boleh berlama-lama di LCCT.. perlu ke KL Centrel,then Ampang then drive balik ke Kuantan..

Tapi apa-apa pun.. percutian kali nie sangat berbaloi.. juga hadiah harijadi paling best (^_^).. sbb; akhirnya berjaya menjejakkan kaki di semua negeri di Malaysia. Lepas nie boleh istihar: “Dah Jalan 1 Malaysia”.. hahahaaa.. Saiko naaa~

“Empat belas melintang jalurnya… semua negeri dalam melesiaaa.. ”


Oklah.. semoga bertemu di percutian berikutnya.. Thanx Ona.. Than Ila.. Thanx Posh.. Thanx Ejat.. Thanx Farah.. Najjah.. Laila.. Rozan.. Zir.. Thanx abg jeff.. Baser dan Erna.. Thanx korang semua.. Korng mmg roxx.


//*Bathophobia- Fear of depth


Wednesday, January 25, 2012

Otanjoubi Omedetou, Sho kun..


Happy Birthday Sho-kun..

Wishing you a day full of happiness and a year filled with joy..
May this year be your best ever \(^_^)/


Don't forget to be more genki this year too.. (^o^)


Friday, November 18, 2011

Water Tubing @ Janda Baik




Giler laa lama.. entry nie sepatutnyer ditulis pertengahan bulan Oktober hari tue.. tp ke-busy-an (busy la sgt) la plaks..

..( ^_')




SATURDAY-15 OKT 2011

Activity kali ini dikelolakan oleh Cik Posh dan Cik Slide. Memula nak pegi sana dlm 7 org.. tp last-last minutes, yg bertahan cuma 5 orang: Posh, Slide, Ila, ijat dan aku..

Water tubing nie lebih kurang mcm water rafting, cumanya kita naik sorang-sorang guna tayar pelampung tu.. instead of pakai rakit tiub/ rakit yg dibuat guna tiup tayar yg bulat2 macam kami naik di Nenggiri hari tue.. (^_^)




best juga main water tubing nie.. fun habis. dr hulu sungai bawa ke hilir.. amik masa lebih kurang 30-40 minit.. so sepanjang sungai tue, kalo ader onak dan duri atau halangan, perlu bangun dan angkat tiub.. hahahaa..

Erm.. macam tadi.. kena angkat tiub sbb di tgh2 sungai ada kayu balak melintang sungai.. besar plak tue. Tataulah; tue mmg tumbang semulajadi atau pun sengaja ditumbangkan.. (^^').. so kami perlu panjat kayu balak tue.. nak menyelam.. takut tak timbul plaks kang.. (^^")



Lepas ber-water_rafting; kami pun naik ke darat.. mujur lah diorng bawa kami balik ke starting point naik van.. kalo kena menapak.. jenuh la.. (^_^)v..

So, selesailah aktiviti sukan-lasak air kali nie.. apa yg kami dapat? dpt rasa doki-doki bila lalu jeram; dpt bersusah-payah mengayuh dan control tiub dlm air; dpt beraktiviti lasak dgn kengkawan dan dpt luka 2 inci di perut.. (^^')

tiub aku terbalik tadi kat jeram ke-2.. pastu tersangkut kat batu tajam.. huhuhu.. air plaks deras time tue.. haaa.. hamik ko.. nak sangat ber-aktiviti lasak; dah bocor perut.. (^^!)..



So.. untuk mengurangkan kesakitan, kami semua makan ice-cream.. best plak rasanya makan ice cream tong nie.. lama dah x makan ne~




-----------------------------


Malam nie kami tido di Janda Baik.. saja nak rasa angin malam kat sini.. tp mcm x bleh nak tido dlm khemah.. so aku ngan Ila sewa chalet kat Guest House nie.. Ijat, Posh ngan Slide.. diorng tido khemah.. sbb diorng mmg suka camping2 nie..


Chalet dan khemah kami..


Preparing dinner..


Budak2 bertuah nie.. nak makan steamboat and BBQ.. giler ah ding-dong.. sempat tue nak buat dua2 sekali dlm satu masa.. hahahah.. jenuh kot memunggah semua benda.. padahal ader jer kedai makan area2 situe (^_^)v..

takperlah rasa skit mcm ber-camping dak?.. ermmm ( ^_').. org camping bkn masak simple2 jer ker?.. hahah.. blasah jer lah... tp ini pun tahan.. dulu masa berakit & bercamping kat Neggiri, diorng masak briani
.. hebat tak?.. Kagum aku kejap time tue (^^,)..



Ayam dan Sosej sedang di-BBQ-kan


Posh buat unggun api.. kecik jer, kat tepi khemah.. sbb nyamuk dah mula berlagu girang di cuping telinga dan dah berani memberi gigitan cinta di kaki dan tgn.. habis semua org bergaru2.. huhu (T_T)..

lepas makan.. semua kekenyangan.. ingat nak lepak2 tgk bintang dan borak2 sampai pagi.. tp mata berat sgt.. last2 masing2 masuk tido..

Kat sinie, memalam.. ada org main gitar dan buat unplug nyanyi2 semua.. Kebetulan malam tadi diorng punya port nyanyi betul2 kat tepi chalet aku ngan ila.. so tido kami mmg betul2 bagai diulit intan.. sedap jer tido sambil didendangkan lagu2 lembut mendayu2.. aku suka lagu Permata buat Isteriku tue..

terima kasih sbb sudi nyanyikan lagu2 indah untuk dendangan tido malam kami (^_^)v..

-----------------------------


SUNDAY-16 OKT 2011

Wah!!.. sungguh segar bangun pagi di dlm hutan nie kan? nyaman jer.. sejuk dan mendamaikan... hahah giler poyo ayat. Tapi siyes.. Saiko!

So, pagi nie.. lepas solat subuh.. pegi jenguk org yg tido di khemah.. Diorng dah sambung tarik selimut semula.. huhuuu.. sejuk nyerlah lepak luar khemah nie pepagi.. patut diorng meringkuk2..

sebenarnyer nak ajak diorng mandi sungai.. tp semua mcm xnak bangun jer.. aku pun sambung baring2 dan lelap jap kat tepi khemah.. hahahah

pastu posh bangun.. so bersama-sama membuat breakfast (lebihan drpd BBQ dan steamboat semalam).. dah breakfast, perut pun dah kenyang.. maka barulah masuk sungai (^_^).. bleh? lps makan; mandi sungai.. hahaha.. langgar pantang-larang betullah kan..



Erm.. lama dah x mandi-manda di sungai janda baik nie; Paling last thn 2003 kot.. tp air dier masih sejuk cam dulu.. giler gigil.. pepagi mandi sungai.. huhuu.. besh!.. walaupun air sejuk menggila cam ice.. (^.^)


Bermandi-manda (Read: berendam)


Terleka plaks mandi sungai.. alih-alih dah pkl 2 pun.. Perlu check out tghhari sbnrnya.. so lepas bayar duit chalet dan khemah, kami pun gerak balik..


erm.. ( ^_')

Aktiviti kali nie.. walaupun 2D1N jer.. tp mmg sgt berbaloi.. (^-^)b


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...