Ahad, September 29, 2019

Masjid Trail - Terengganu



Trip ke Terengganu nie untuk temankan mak dan bah ke majlis reunion maktab di Kerteh. Dah alang² jadi driver, co-pilot dan merangkap bodyguard; kita buatlah Masjid Trail @Terengganu.. Kali ini kita cover Kerteh dan Kuala Terengganu (^_^)..


[SABTU SEP 21, 2019]



La Hot Spring
On the way ke Kerteh.. Sempat singgah Kolam Air Panas Kg. La. Kawasan air hangat ini terletak di pendalaman Hulu Besut; lebih kurang 28 km dari bandar Jerteh.

Kawasan riadah yg lebih dikenali sebagai La Hot Spring nie telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1992; tetapi buat penduduk tempatan, kawasan ini sudah lama wujud dan sering dikunjungi..



Kami hanya singgah sebentar sebab memang tidak merancang untuk ke sini asalnya.. Kebetulan nampak papan tanda kawasan rekreasi, nak juga tahu cantik ke tidak.. Tak sangka kolam air panas nie perlu masuk jauh ke dalam (^^')..


Masjid Lapan Kubah
Then teruskan perjalanan ke Masjid 8 Kubah. Ini adalah masjid ke-dua. Masjid pertama tadi, di Kampung Anak Ikan.. Tapi terlupa nak ambil gambar (^_^)..



Berbalik kepada Masjid Lapan Kubah, atau juga dikenali sebagai Masjid Russia ini agak menarik perhatian kerana senibinanya terinspirasi daripada mercu tanda terkenal Moscow; St Basil Cathedral.

Masjid yang terletak di Kampung Lapan Kotak, Jerteh ini dibina di kawasan sawah padi, di tengah² kampung.. dan katanya sejak ianya mula digunakan pada tahun 2017, memang tidak putus² orang datang melawat dan bersolat di sini.

Ok.. Mari ke masjid seterusnya..


Masjid Ulul-Albab
Masjid kayu cengal yang terletak di Kampung Seberang Jerteh, Jerteh, Terengganu nie, senibinanya menjurus kepada senibina Melayu Islam. Sesekali lihat seperti istana di zaman kesultanan melayu Melaka (^_^)..



Sebenarnya, masjid ini mengambil contoh senibina Masjid Kampung Laut, Tumpat, Kelantan; yakni masjid tertua di Malaysia yang dikatakan berusia lebih 250 tahun. Oh! Masjid ini juga dikenali sebagai masjid tanpa paku.. hebat bukan?..

Apa pun, suka dengan senibina masjid nie.. Cantik dan unik.

Selesai urusan di sini... Kita bergerak ke hotel, check-in dan hantar mak dan bah ke majlis reunion. Then aku dan Uda sambung jalan² sampai terlajak ke Kelantan (^^')..


Pantai Tok Bali
Apa yang menarik di sini yer? Erm.. Setakat yang dapat dilihat, pantai dan laut serta pelbagai gerai menjual keropok dan makanan laut yang buat ramai orang datang ke sini.. Tak nampak pula orang mandi manda.. Mungkin ombak kuat masa nie..

Tapi suka pula kami berdua menyusur tetambak laut nie.. kalau rajin lagi, boleh hampir dengan rumah api tue (^_^)..



Habis puas bergambar, kami ke Happy Container Cafe Tok Bali.. Menarik juga tempat nie. Hipster and happening..

Just having our dinner here, selfie sikit then balik ke bilik. Sambung esok pula..




-----------------//-----------------





[AHAD-SEP 22, 2019]
Majlis reunion mak dan bah, semalam sahaja.. so hari nie, activiti bebas.. So bolehlah berjalan² pusing bandar (^_^).. Kami keluar agak lewat sikit hari nie, tapi nak cari nasi dagang dan laksam kuah putih.

Tak jumpa pula tempat² makan yang viral area Jerteh-Besut nie.. So just singgah di salah sebuah kedai di tepi jalan.. Mujur ada menu yang kami cari..

Kemudian, dalam pukul 11.00 bergerak ke Pantai Bukit Keluang..




Pantai Bukit Keluang
Cantik kawasan nie.. dan banyak aktiviti boleh dilakukan.. selain mandi-manda dan berpiknik, ramai juga yang datang untuk hiking.. Di bahagian atas Bukit Keluang nie, katanya pemandangan sangat cantik, tapi kami tidaklah memanjat naik ke atas..

Sekadar cuci mata dan menyusur pantai sahaja (yang mampu)..




Pantai Bukit Keluang nie berdekatan dengan Pulau Redang, kalau tidak disebabkan jerebu, mungkin boleh nampak pulau dari pantai.. Air laut pun cantik jer.. tapi kami tak mandi laut.. Tak bawa baju gantian pun.. memang datang sekadar nak ambil angin..

Selain tue, apa yang menariknya tempat nie, kalau kita menyusur lagi ke kanan pantai, boleh jumpa dinding² bukitnya bergua.. Boleh lepak dan piknik.. main nyorok² ke (kalau berani (^^")..)..

Yang datang memancing pun ramai juga..




Masjid Islah



Kami singgah sebentar di sini, kebetulan satu jalan hala balik dari pantai tadi.. dan suka tengok masjid nie.. remind me of Masjidil Haram (^_^).. Masjid nie, terletak di Kampung Limbungan, Besut..

Then kami ke Pantai Air Tawar.. for late lunch, seterusnya balik bilik. Penat juga walaupun bukan pergi banyak tempat pun. Since semua orang dah penat, dinner pun kami makan berhampiran tempat penginapan sahaja (^_^)


-----------------//-----------------




[ISNIN-SEP 23, 2019]
Nak gerak balik ke Kuantan dah hari nie, tapi nak sambung cari masjid lagi.. area Kuala Terengganu pula.. Nak singgah Pasar Payang dan lawat Jambatan Angkat Terengganu yang viral tue (^_^)..


Masjid Kristal



Walaupun kerap juga masjid nie kami singgah, tapi tak pernah lagi ke Islamic Heritage Park yang terletak bersebelahan sahaja.. dan kali nie pun kami tak singgah juga.. Malaysia panas sangat, tak larat nak jalan² dalam taman tue..

Mari kita ke masjid yang seterusnya..

Masjid Abidin



Masjid ini dulunya dikenali sebagai Masjid Putih atau Masjid Besar dan ia merupakan masjid DiRaja negeri Terengganu lama. Ianya dibina oleh Sultan Zainal Abidin II antara tahun 1793 dan 1808. Tapi sekarang nie dah ditambah-baik dan digantikan dengan bangunan batu.

Oh.. Pasar Payang baru berhampiran sahaja dengan Masjid Putih nie, jadi kami ke pasar sekejap untuk cari baju kaftan Hana dan Kak Yam..





Dawn Bridge (Jambatan Angkat) Terengganu
Alang-alang dah sampai kan.. Ambillah gambar sikit, walaupun hanya dari kejauhan (^^')




Masjid Terapung
Masjid terakhir untuk trip kali ini: Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.




Masjid nie masjid (di Malaysia) yang paling aku suka.. Senibina dia sangat simple, minimalis, putih-bersih tapi nampak sangat elegan dan nampak sangat "mewah" dan "megah" tapi dalam lingkungan kerendahan hati.. Err.. macam mana tue (^^')..


Pantai Kemasik
Akhir sekali kami singgah di Pantai Kemasik.. Mak dan bah nak makan ikan dan sotong celup tepung(^_^)..




Alhamdulillah.. selesai sudah trip jalan-jalan cari masjid kami untuk kali nie.. next time kita plan negeri lain pula.. (^_^)v


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...