Tuesday, April 18, 2017

Japonism: Sakura Hunting Trip Starto


Bumi Osaka dah kelihatan..


18032017 [SAT] - Osaka Day 1
Kami sampai awal pagi. Setibanya di KIX (Kansai International Airport).. terus cari kaunter ICOCA.. Perlu beli ICOCA card bagi memudahkan urusan perjalanan (train) di Osaka-Kyoto selama 3 hari nie..


4 Girls, A Mom and A little Lady (Che Yam)


Then gerak ke tempat penginapan -Yuna's Apartment kat area Tennoji. Tapi kami tersampai awal pula.. so lepak di playground berhampiran sekejap, sambil makan onigiri dan melon pan..


Playground near by

Yuna's Apartment- A studio house for 6 of us..


Okey.. dah simpan beg semua, mari kita menuju ke destinasi yang pertama; Matsuri Restaurant! haha.. lapar (^^")..


Misi Mencari Ramen dan Takoyaki Halal..


Matsuri Restaurant
Memang dah plan dr awal, nak makan ramen dan takoyaki halal di Osaka (^^").. Ada yang suggested pergi Ramen Honolu, area Naniwa sana.. tapi macam jauh pula dari plan kami after that. So baik kat Matsuri sahaja..

Senang jer nak jumper kedai ni.. Oh! lagi pun kami nak masak sendiri takoyaki.. sebab tue nak juga datang ke sini..



Uda-chan tgh tunjuk skill..


Menu utama kedai nie, ramen dan takoyaki (Takoyaki: signature dish Osaka).. Then ada juga okonomiyaki (lempeng).. so kami cuba semua (^^")..

Bagus kedai nie, kita boleh masak sendiri, sediakan masakan tempatan yang mecha² umai.. sampai che yam pun gemar; then servis pun tip-top. (^_^)..


Mama dan Che Yam berebut takoyaki..

blanjer satu gambar dgn abg pekedai yg kakkoi kat belakang tue..

Mission Accomplished


Selesai makan, kami singgah Aeon kejap, kat seberang jalan.. haha sempat tau.. nak carik pensel tekan x perlu tekan dan bento tools skit.. Then kami menuju ke Umeda Sky Building..



Osaka Umeda Sky Building
Dr Matsuri, kami naik train semula dan stop di Osaka St. Pastu jalan kaki lebih kurang 15-20 minit ke Umeda Sky Building.. agak rumit juga nak cari jalannya, tapi takpe.. google map jer (^_^)v..


The Sky Building


Umeda Sky Building adalah yang tertinggi di daerah Kita, Osaka. Nama lainnya ialah New Umeda City. Ada dua menara yang berhubung dan tingginya 175 meter. Then ada Floating Garden Observatory di tingkat ke 39.

Floating Garden nie reason utama kenapa orang datang ke sini.. Fee untuk dewasa ¥1000.. Dr garden, boleh lihat pemandangan bandar Osaka dari atas.. Katanya kalau dapat tengok sunset pun best kat atas tue..

Tapi kami datang nak main escalator dinding kaca dia nie jer.. haha (^^”)..





Di tingkat bawah umeda building nie ada satu floor kedai² dan restaurant yang dihias ala² sebuah bandar awal era Showa. Cantik! Kami pusing se-round, then beli kuih warabi-mochi.

Serious sedap kuih nie.. Ada 3 perasa, kacang hijau, kacang hijau + bijan hitam, satu lagi apa yer.. lupa pulak.. Boleh rasa yang mana sedap. Kami siap try-test rasa dua-tiga cucuk.. Maka terpaksalah beli sekotak (^^")..


Showa Food Lane


Lama juga di sini.. Dalam pukul empat, kami mula gerak ke Chūō-ku, nak lawat istana.. So, kembali ke Osaka St, dan balik semula ke Tennoji.


Misi Menjejak Istana di Zaman Silam..



Osaka Castle
Dari Osakajokoen St, kami menuju ke Aoya Gate dan lalu Gokuraku Bridge untuk masuk ke kawasan istana.. Besar kawasan istana nie.. so sesampai sahaja, terus cari conbi-store, beli onigiri, aiskrim dan air lemon..

Then cari port untuk picnic..


Che Yam nak jalan sendirilah pulakkk.. (^^,)

Di pintu Gerbang

Picnic sat..


Selesai recharge, maka kami sambung ronda di kawasan bawah istana nie sahaja.. Tiada daya nak mendaki naik sampai ke atas.. lagi pun hari dah semakin gelap..

So, hanya melihat istana dari kejauhan..


cheyam bersama mama, Ade, Achik dan Ashu


Osaka Castle nie memang antara mercu tanda utama di Osaka.. dan kawasan tamannya, antara port popular untuk Hanami during cherry blossom season, yang mana selalunya start di awal bulan April..

Tapi, alhamdulillah.. ada rezeki kami jumpa Sakura.. walaupun tidaklah merimbun, cukuplah dapat jumpa yang baru nak berbunga cam nie (^_^)..




Walaupun pokok lebih banyak ranting/dahan berbanding bunga.. tapi Mama dan Che Yam masih sempat fefeling macam dalam K-drama..


Candid nie sebenarnya..

Cubaan bersatu dengan alam..


Seriously kawasan istana nie sangat luas.. kami sempat sesat (^^").. lepas bertanya dengan orang sekeliling, baru dapat keluar. Kali nie keluar ikut gate ke-dua, yang berhampiran dengan Osaka History Museum tue..

Dan hari pun semakin gelap.. Masing² dah penat berjalan, maka kami batalkan niat untuk menikmati suasana malam di Dotonburi.. Kalau ikut plan asal, nak menyusuri canal; dari Dotonboribashi Bridge sampai Nipponbashi Bridge..

Nak bergambar dengan ketam gergasi dan Abg Glico juga.. dengan lampu² neon yang colourful.. Nak beli Pablo cheesecake yang diorng duk viral kater best cheese leleh dia tue.. (-_-).. Semoga ada rezeki kami esok-lusa..

Oklah.. last picture.. Osaka Castle di waktu malam..





// till next post..
#sisterstrip #cheyamjalanjepun



3 comments:

Fazni Inah said...

Assalam blh sy dptkn fb awk? Sbb sy nk tny byk pasal percutian di jepun

NedLi Sakurai said...

link fb: https://www.facebook.com/aini.othman.714

takpun bak mai email add.. kita borak kt email

Fazni Inah said...

Ni email sy sakinah_azalli@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...