Wednesday, October 01, 2014

Spicy Rice Cakes (Ddukbokki)

ke korea pulak kita hari nie (^_^).. Hari tue amik skit rice cake nie kat rumah uda, beserta dgn sos pedas dia tue.. Then trylah buat.. kira oklah rasa dia.. Nanti nak suh uda beli lagi bahan-bahan dia nie..




Ddukbokki

400g rice cake
1/4 cawan korean hot pepper paste (Gochujang)
1 tbsp kicap
1 tbsp korean hot pepper flakes
1 tbsp gula
4 ulas bawang putih -ditumbuk lumat
2 keping sosej/fish cake (optional)
1 ikat daun bawang -dipotong panjang²
segenggam ikan bilis -yg telah dikupas
4 cawan air

Rebus ikan bilis dalam kuali.. Biar hingga mendidih (lebih kurang 15 minit). Then keluarkan ikan bilis dr dlm kuali dan masukkan rice cake, hot pepper paste, kicap, gula, hot pepper flakes, bawang putih, dan sosej ke dlm air rebusan ikan bilis tadi.

Kacau supaya rice cake tak melekat di dasar kuali. Kacau hingga kuah makin pekat (lebih kurang 10 minit). Bila rice cake dah lembut, masukkan daun bawang dan kacau dlm beberapa minit lagi before angkat untuk dihidang.

Tapi aku takder daun bawang smlm.. so masak jer apa yg ada.. Then kalau ader leek pun boleh letak sekali.. lagi sedap aku rasa.. rasa lebih manis.


oh!.. Ddukbokki nie sedap kalau dimakan panas².. dan jgn lupa tabur sedikit bijan.. Selamat mencuba..


// barang-barang boleh dibeli di Jusco



2 comments:

Wawa Yusoff said...

kak... rice cake tu rasa dia mcm mana? bentuk dia mcm pasta ek?

NedLi Sakurai said...

rasa mcm makan kuew tiaw yong tau fu, tp kenyal skit (^_^)v..

bentuk dia mcm tiub panjang-panjang.. ala-ala jejari ketam. kaler putih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...