Sabtu, Julai 05, 2014

Tauhu Jepun Masak Sos Tiram

Ramadhan ke 7 dah hari nie yer? Ya Allah.. kejapnya masa berlalu ..

Ramadhan kali nie aku busy skit ngan kelas.. so tak berapa nak sempat pegang kamera dan amik gambar. Then tue kalau sempat amik gambar pun x sempat nak up post hari² cam last yr.. (-_-'). Tapi takpelah.. mana sempat jer kita share (^_^)..

Erm.. utk hari nie, kitorng masak yg mudah² cam biasa.. sbb makan tuk dua-tiga org jer. Kitong masak sayur masak lemak putih, ikan goreng dan Tauhu Jepun Masak Sos Tiram..




TAUHU JEPUN MASAK SOS TIRAM

3 tiub tauhu jepun - potong 2
sedikit tepung jagung

2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
4 sudu besar sos tiram
1 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
hiasan - lada merah dan kuchai

Bersihkan tauhu jepun, salutkan dgn sedikit tepung jagung dan goreng dlm minyak panas. Goreng sehingga kuning keemasan. Then angkat, ketepikan.

Keluarkan minyak goreng tauhu tadi dan tinggalkan sedikit utk menumis. Saute bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Masukkan air, kacau dan biar mendidih. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (utk pekatkan kuah).

Masukkan kucai dan hirisan lada merah.. Seasonkan kalau masih kurng masin.. Then bila dah ok, masukkan tauhu jepun yg diketepikan tadi dan biarkan sekejap. Kemudian bolehlah diangkat dan siap untuk dihidang.


Oklah.. Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan.. (^_^)v



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...