Ahad, Julai 27, 2014

Kuih Ketayap




Kuih nie, Najla yg request.. kuih favourite dia, katanya.. So smlm, akupun buatlah.. sambil dibantu oleh Najla.. since dia yg nak kan (^_^).. Haha.. Makngah dah start membuli (^^")..

Tapi actually aku pun suka kuih nie.. Senang dan sedap dimakan (^_^)v..


Kuih Ketayap SP
kulit hijau:-
1 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 kotak santan
sedikit air pandan/ inci hijau
garam secukup rasa

untuk inti:-
3/4 cawan gula melaka (yg telah dipotong kecil)
1/2 biji kepala parut (putih shj)
1 helai daun pandan (siat dan ikat)
1/4 cawan air


Masak intinya dulu.. Dlm kuali, cairkan gula melaka, letak sedikit air.. Bila gula dan cair, masukkan daun pandan, kelapa parut dan secubit garam.. Kacau hingga semuanya sebati. Ketepikan.

Untuk kulitnya, masukkan semua sekali dlm pengisar, kisar hingga jadi bancuhan.. kalau rasa macam terlalu pekat, boleh tambahkan air skit.. then tapis supaya tiada ketulan tepung..

Panaskan frying pan, letakkan sedikit minyak.. then masak kulit macam nak buat lempeng, tp nipis²kan spy taklah 'gebu' sgt kuih kita nanti (^^").. Setiap kali nak buat, cedukkan sesenduk bancuhan, then leserkan bulat² di kuali.

Api kecilkan sahaja.. then x perlu diterbalikkan, biar hingga masak.. angkat, letak inti dan gulung mcm gulung popia.. Hidang dlm pinggan cantik².. Sedia untuk dimakan (^_^)/


// boleh dpt dlm 10-12 biji kuih ketayap..




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...