Tuesday, July 29, 2014

Edisi Raya: Rendang Hitam Paru, Limpa & Hati


Rendang Hitam SP


Rendang nie antara favourite jugak (^_^).. sbb ada lempong. kengkadang masak semuanya lempong (paru lembu).. takyah letak limpa dan hati tue semua.

Tapi nak masak rendang nie agak cerewet dan sedikit lama.. Perlu banyak tambah minyak pulak tue, sbb nak biar dia garing dan kering. Tapi aku prefer ada kuah skit..




Rendang Hitam
1 kilo lempong lembu
1/2 kilo limpa lembu
1/2 kilo hati lembu
1 sudu bsr rempah kari
1/2 sudu bsr serbuk lada hitam
½ kotak besar santan (½ kg)
garam dan gula secukupnya
minyak masak utk menumis

Bahan A:
1 biji bawang besar
10 ulas bawang kecil
7 ulas bawang putih
3 inci halia
1 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup
1 cwn cili api -boleh kurangkan ikut suka
7 btg serai

Bahan B:
4 sd bsr jintan manis
4 sd bsr jintan putih
4 sd bsr ketumbar


Cara: Rebus lempong, hati dan limpa. Bila dah ¾ masak, angkat dan toskan airnya. Air rebusan boleh disimpan, utk tambah dlm rendang masa memasak kemudian. Then potong semuanya; lempong, hati dan limpa kecil², a bite size..

Goreng Bahan B tanpa myk sehingga naik bau dan kisar kering, ketepikan. Kisar Bahan A dan ketepikan. Panaskan minyak dlm kuali besar, masukkan Bahan A yg tlh dikisar bersama rempah kari. Tumis hingga naik bau.

Kemudian masukkan Bahan B dan kacau supaya tidak hangus di dasar. Masukkan lempong dan lenlain, kacau dan biar hingga empuk. Boleh tambah air rebusan jika perlu. Bila agak² empuk, masukkan santan dan kacau sentiasa.

Biar santan memekat dgn api yg perlahan. Tambahkan minyak bila nampak terlalu kering dan kacau lagi. Bila kuah rendang makin pekat, seasonkan dgn garam, gula dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan biarkan sekejap before angkat.


// Sgt sedap dimakan dgn ketupat nasi/ nasi impit atau pun lemang. Ratah mcm tue pun sedap juga (^^”)


#yummyinmytummy



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...