Isnin, Julai 28, 2014

Edisi Raya: Ayam Masak Kelio




Raya first, kami masak rendang dan kelio.. lawan dia, ketupat nasi dan nasi impit.. Nasib sempat amik gambar before breakfast pagi tadi.. kalau tak, xder dah gambar utk post nie.. sbb dah habis dah kelio ayam nie tadi (^_^)..

Sejak tau masak lemak minang nie.. kitorng dah jarang buat rendang ayam. Setiap tahun asyik ayam kelio jer.. lagi pun lagi sedap bila makan dgn ketupat nasi berbanding rendang..




Ermm.. Ada banyak cara dan various kind of different mix of ingredients sbnrnya, tp nie resepi yg selalu aku guna.. dan paling kena dgn selera kami sekeluarga. So better simpan sini jelah (^_^)


Ayam Masak Kelio
1 ekor ayam -di cuci dan dipotong 12-16
2 batang serai -dititik
4 helai daun limau purut -disiat
1 helai daun kunyit -disiat/ mayang
4 keping asam keping
2 kotak santan
gula kerek/ gula perang secukup rasa
garam secukup rasa

Bahan kisar:
5 biji cili merah
5 biji cili kering
5 ulas bawang putih
2 biji bawang merah (besar)
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
5 biji buah keras




Panaskan minyak dan tumis bahan yg tlh dikisar bersama serai hingga naik bau. Masukan ayam dan biar sekejap hingga mati air. Kemudian masukkan santan, kacau supaya cantik masak santannya..

Then masukkan asam dan daun kunyit. Bila kuah makin pekat, masukkan daun limau, gula kerek dan garam. Biarkan sekejap.. kalau nak berkuah boleh tambah air skit.. kalau nak dia pekat boleh angkat bila dah masak.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...