Sunday, May 25, 2014

Tomato Red Stew SP

lamb stew and roti pita


Hari tue tgk korean reality show.. dia masak stew daging, ayam dan seafood.. Nampak cam sedap. Macam² diorng campur.. semua ada; labu kuning, lobak merah, daikon putih, lada benggala, etc.. So aku pun try buat.

Tapi nie kira cam Nedli-Malaysia style stew (^^')..


Tomato Red Stew
500g Australian lamb
200g bebola ayam
2 biji bawang kuning -racik
2 ulas bawang putih -racik halus
5 sudu cili boh

1 biji lobak
1/2 biji daikon (lobak putih)
1/4 biji labu kuning muda -ambil suku jer dr sebiji labu
2 biji kentang
1 biji lada benggala hijau
3 batang saderi
2 tin tomato puree (Tp aku guna sos homemade aku jer (^_^)v..)

1/2 cawan sos tiram
1/2 biji lemon- ambil jusnya
garam, gula dan lada sulah secukupnya
2 kiub ayam
chili flakes - jika nak lebih pedas

sedikit minyak zaitun/ minyak masak
sedikit air



stew in the making..


Memula bersihkan daging.. potong kecil² skit then perapkan dengan sos tiram dan jus lemon. sementara tunggu daging tue diperap.. bolehlah disiapkan bahan² lain. Potong semua sayur dadu² atau kecil² (bite size)..

Then.. panaskan periuk (better guna periuk lebar dasarnya).. letakkan sedikit minyak zaitun, dan saute daging² tadi hingga perang/ sedikit garing; di kedua² bahagian.. Bila dah garing, ketepikan kejap, tumis bawang²-an dan cili boh dlm periuk yg sama.

Tumis hingga cili boh masak/ naik minyak. Masukkan semula daging yg diketepikan kejap tadi then tambahkan sedikit air, lebihan sos perapan (sos tiram+ jus lemon) dan tomato puree. Buka api sederhana dan biar hingga kuah hampir mendidih.

Agak² daging dah nak empuk, boleh masukkan bebola ayam dan semua sayur, labu dan kentang tadi.. Kacau kuah sekejap².. bila semuanya dah empuk, masukkan kiub ayam dan seasonkan stew.. kalau kurng pedas, boleh tambah chili flake dlm dua sudu besar..

Bila dah masak, bolehlah dihidang dgn roti atau makan camtue jer.. (^_^)v


Oh!. tapi stew nie.. kalau esoknya panaskan semula lebih sedap (^^,) aku pun tatau kenapa.. dua tiga kali sblm nie aku buat pun camtue gak.. haha.. Mungkin kuah dia makin pekat kot..


Okehlaa.. selamat mencuba!




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...