Saturday, May 30, 2009

Takoyaki.. Umaiii!!.. (^^,)


Kata orang, kalo nak pikat sho-kun hati sesiapa, kena pikat perut si dia dulu.. Oleh krn buat masa nie, aku terasa mcm nak kawen ngan org jepun jer.. so jom kita blajar masak takoyaki! ~hahahah (^o^)v (ayat xleh blah dr aku utk hari nie..)





TAKOYAKI

Bahan-bahan :
1 cawan Tepung Gandum
¼ sudu kecil Baking powder
1 sudu kecil garam.

Air secukupnya
1 biji Telur
Sotong -bersaiz besar berwarna kemerah-merahan
Daun Bawang
Sedikit minyak -untuk di sapukan pd kuali
Sos Takoyaki
Serbuk Ikan Bilis
mayonis + sos cili

Cara-cara:
Gaul rata tepung, baking powder dan garam.. then bancuh dgn air hingga rata (anggaran bancuhan cair seperti nak buat roti jala). Masukkan telur dan kacau lagi. Tapiskan adunan spy bancuhan tak berketul².

Sediakan bahan² untuk isi Takoyaki -sotong besar dan juga daun bawang yang telah siap di potong. Sotong digaulkan dalam sos takoyaki dan diperap seketika.

Kemudian, panaskan pencetak Takoyaki (kuali Takoyaki) dan di sapukan sedikit minyak. Bila dah panas, tuangkan adunan tepung Takoyaki ke setiap acuannya dan masukkan sotong, dan daun bawang .

Pastikan api tidak terlalu besar dan sentiasa memerhatikan keadaan Takoyaki yang sedang di masak. Apabila tepung kelihatan agak masak, pusing/terbalikkan ke atas. Seolah-olah berbentuk bulat- sila beli alat khas, besi runcing seperti lidi.

Setelah Takoyaki masak, hidangkan bersama Sos Takoyaki dan bahan-bahan hiasan lain seperti ikan bilis hancur, sos dan mayonis.

Sedap di makan ketika masih panas. Selamat mencuba!


// aku suker makan takoyaki nie.. tp yg dijual kat luar tue, cam was² jer nak makan.. tue yg nak blajar buat.. tp kena cari tapung khas dier laa kot kalo nak blajar buat memula nie (^^ii).. kat mana ada jual erk?


10 comments:

kuizikel said...

pagi2 aku dah telan air liur, dah la tak bfast lagi ni ..cis!

NedLi Natalisz said...

hahahha... gomen nasai (^^,)

terliur ker? aku masa menaip resepi nie pun terliur gak (^^i).. nak buat camner.. takoyaki mmg menyelerakan (^_^)

huD said...

Maner ko dapat kuali takoyaki n sos takoyaki nie?
ade jual kat mesia ke? wahhh kagum giler
nnt aku balik buatkan naa...ekekkeke kene makan ngan lidi cam ohchan ahahhaha saiko!!!
nnt aku bawk balik cite2 dierang
mau termuntah ko tgk ahahhaaha

NedLi Natalisz said...

kagum neh~? hahaha.. kalo dah cinta, lautan api sanggup direnangi inikan pulak buat Takoyaki.. hahahahah

nanti aku ngan fara nak try buat sushi.. tp kena tunggu masa yg sesuai. (^^,)

NedLi Natalisz said...

owh! btw.. aku pun ader dl skit2 (skit?) klip2 sho.. nanti kiter tgk sesama sambil mengagumi manusia2 comel inie.. (^-^)

huD said...

ok des. nnt kite tgk sambil jerit2 kya~~kya~~ neh? hahahhaha pasal takoyaki grill tu, yg otomatik - 40pounds, yg kene letak atas dapur 20pounds kut. maner ko nak?
tp bayar baliklaa kat aku aahhahahaha kalau bawah 10pounds, nak gak aku belikan. tp mahal giler kut stakat lobang2 tu hahaha

huD said...

takkan kat mesia tak jual kut aa? huhuhuhu mesia lagik dekat ngan jepun tu huhuhu

NedLi Natalisz said...

kalo yg masak atas dapur kang, kena angkut dapur laks bila nak masak. Better beli yg auto.. hahahaha... suka hati.

RM240 jer kan? beli laa.. nanti akak bayar (^^ii).... Eh!.. ke nak akak tgkkan dulu.. kot2 ader kat carefour...

tpkan.. kalo setakat yg masak atas dapur tue kan.. baik guna kuali kuih cara akak jer.. hahahahahah

amoi said...

ko dah buat ke ni?menarikkkk...nak jadi adik ko leh?hihihihihi....

NedLi Natalisz said...

blum lagi, kan aku x jumper kuali takoyaki kat pasar payang haritue.. kuali kuih cara adalah kat rumah (^^i)

btw.. ko mana bleh jadi adik aku.. aku dah ramai adik dah.. ko jadi kakak aku lah.. hahaha (^^i!)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...