Saturday, March 08, 2008

Hari Mengundi...



~Marilah mari kita mengundi, amalkan kewajipan pada negara!!!~

Aku baru lepas dr gi mengundi nie tadi (^^!!)… saja jer gi awal²… alhamdulillah xderlah ramai sgt org… so x sampai setengah jam dah selesai dah. Nie first time nie aku gi ngundi pilihanraya, rasa berdebar² pun ader, cuak ader…. Excited pun ader gak tadi (^0^)….

Ntah apa² ntah (^^ii)..



Erm.. ingat lagi masa kat SMK Bentong dulu… masa tue sekolah buat pendedahan awal kat kitorng. Untuk memilih pemimpin badan pelajar kami sendiri. Lebih kurang 7 org calon mengempenkan diri memasing.. dan 4 jawatan dipertandingkan. Jawatan Ketua Pengawas Lelaki, Ketua Pengawas Perempuan.. dan penolong ketua pengawas memasing sendiri.

Suasana masa tue mmg mcm time pilihan raya betul². Siap tampal poster.. minggu berkempen & manifesto, penamaan calon (yg nie pengetua yg putuskan).. edaran flyers aper semua, dan hampir semua AJK tertinggi Badan Pengawas jadik SPR.

Kitorng jadik tukang sediakan tempat membuang undi, susun atur hari mengundi, membuat kiraan undi dan memastikan tiada huru-hara atau tunjuk perasaan berlaku pd hari tue (^^!).. Seronok.. mmg sgt seronok.

Masa kat Matrik pun ader sekali buat camnie… kitorng buat hari mengundi untuk pilih AJK/biro² badan pelajar. Tp time nie aku bleh mengundilaa sbb aku x join group SPR (^^,)… Paling seronok masa malam berkempen…

ingat lagik ader sowang calon tue digugurkan oleh pengetua KMB sbb calon nie ada mslh disiplin tp masa malam berkempen tue.. dier naik pentas dan memaklumkan bahawa dier terpaksa tarik diri sbb mslh kesihatan… (^_^) senget betul budak nie.. tp dier mmg jenis klaka-klaka dan huha-huhalaa…

Time tue yg menang mostly calon² favouritelaa… salah sowangnyer Jedli aku (akulah yg menambah undi dier tu (^o’).. ) logiknyer kan? Calon peberet nieh.. (^^!!)…

yelah sahsiah diri tue penting… takkan nak pilih calon yg huha-huha dan asyik buat mslh kot? Berbading calon yg setiap isnin & khamis, lepak surau time zohor/lunch sbb puasa sunat dan jadik tukang azan almost setiap kali masuk waktu…

setiap hari jumaat pakai baju melayu kaler merah/hitam dan kopiah putih.. Dahlah pandai berzanji/mengaji, muker plaks bersih jerk.. sejuuukkk.. jer mata mak aku bakal mak mertua memandang (,ðð)..

eh!('_^!)
ok kembali balik kpd kisah mengundi..

Time kat U pun pernah sekalik kot.. tp kali nie aku x pegi ngundi (sbb aku kena balik kampung time tue), aku x pg dgr masa malam berkempen.. aku x jadik AJK –SPR, aku x libat aper-aper pun time nie… cumer satu jerk aku buat… aku curik satu poster salah sowang calon masa tue.

Aku curik, pastu tampal kat bilik (^^i)v.. Sapa nama budak tue erk? Ermmm… nama dier mcm org dr China skit.. mcm unik skit aa.. dikalangan kengkawan dier, diorng panggil dier lizard jer (err… aku panggil dier lokong (^^!!)...)

Masa curik poster tue, waktu malam aaa… lepas dinner ngan kengkawan, kitorng singgah kejap kat Fac.. curik sekeping.. (aku simpan sampai skrg seh.. ader dlm kotak bawah katil tue…)

ingat lagik masa tue pojan sakat aku… "ko amik nie kan, nanti kena tangkap tau.." (^^!!).. aku percaya ckp pojan tue, cuaklah kejap… tp lantak laa, janji aku dpt gambar lokong aku (^^i')

Giler betul.. Nie semua gara-gara terlalu angau obses dengan calon parti a.k.a mamat Chinese kidal_yg_terre_programming itew.. (^^!!)


Aiyak..(~_^i) menyimpang lagik...

Oh! Pernah sekali time matrik dulu kot... Aku pernah join org berkempen untuk pilihan raya.. siap pakai pin button party kat tudung, pegang bendera kecik, dan sesama berkempen. Masa tue kat mana erk? Shah alam kot kalo x silap.. ikut nana & ona.. seronok.. mmg seronok.

Kitorg ikut group² org kuat parti berkempen di kawasan kejiranan.. kebetulan ader sowang member kitorng masa kat matrik time tue, ayah dier jadik salah sowang calon yg bertanding.. kiranyer mcm tolong member berkempen gak laa... seronok giler time tue..

Tp tuelah.. sebulan sblm hari mengundi nie.. asyik kecoh pasal kes SPR kurang telus la.. tektik² kotor setiap partilah.. undi hantulah.. undi rasuahlaaa.. undi paksalaaa.. kenapa perlu ader semua nie kan?...

Erm.. so kepada calon yg dipangkah dek aku, calon-calon yg dipangkah dek org lain.. calon yg menang terutamanyer.. tolonglah.. Amalkan cara hidup bermoral, jauhi rasuah, jangan makan harta anak yatim, hindarkan diri dr mengambil hak org lain, tunaikan janji-janji, jalankan amanah yg diberikan dengan baik..



//Hoho.. ingat senang nak jadik pemimpin? Kat dunia berat.. kat Akhirat lagik berat weh.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...