Monday, November 27, 2006

Majlis Kawen AbgChik- #1

2205231106THU – Jom Gi Kenduri..
Abg Chik Kawen sabtu nie. Kalo ikut perancangan awal, aku akan turun KL, then pepagi jumaat gerak ke Ipoh ngan Radie.. tp last² minute, abgwan ckp dier kena gi Cameron hari nie, so aku just tumpang dier jerklah. Dari Cameron kitorng akan turun ke Ipoh dan seterusnyer ke Taiping.

So bersiap²lah kami tiga beradik, awal² pagi tadi. Tunggu abgwan dtg amik jerk.. tp last² nak dekat kul 9 gak abgwan sampai..(^^,).. then bertolak ke KL dulu, amik brg² yang nak diserahkan ke org Cameron nanti. Dalam kul 11 lebih sampai KL.. Lepas siap semua perkara, kami bergerak, naik highway Seremban-Ipoh menuju ke Cameron.

Masa on the way tue.. tetiba minyak dah merah, sepanjang² highway xder langsung gas station. Cuak dah time tue.. dekat tapah baru nak ada… hohoho ( ^.’).. nasib baik x mati keta tgh jalan.. (^^!!).. Then kitorng gerak balik.. dan sampai di Kampung Raja dalam kul 4 lebih.

Janji ngan kawan abgwan kat area situe.. so lepak² tgk bunga, sambil makan jagung mentah yg tokey cina tue bagi.. (^-^)… manis betul jagung Cameron nie.. so kami pun belilah skit.. Dekat kul 7, baru jumper org yg nak dijumpa.. then kitorng dpt tempat menginap percuma.. pastu makan malam pun org belanja (^^,)

Best gak sekali-sekala dtg cameron ditanggung penginapan dan makan malam nie.. mcm menang hadiah percutian la plaks.. (^^!).. Then lepas makan balik rumah .. dan terus tido.. Letih sungguh… dah lah tempat sejuk.. mmg terus merengkuk dlm selimut.. (^^)


2315241106FRI - Jalan-Jalan Cari Strawberri
Pagi tadi, mmg malas giler nak bangun… sejuk ya amat.. then tgk jam dah nak kul 7.15 pg.. so terpaksalah bangun gak.. lepas selesaikan aper yg patut, aku gi dapur.. bukak pintu dapur dan keluar ke beranda.. huhuhuuu.. syiookkk nyer duduk Cameron nie.. nyamannyer rasa, pepagi kat sinie…

Abgwan kater nak gi hantar barang² tue kejap.. lepas tue leh gi jenjalan. So.. Dari Tringkap, we all gerak naik ke Brincang semula.. carik kedai makan… lepas breakfast.. kitorng singgah kedai bunga/sayur/kaktus yg merata² kat tepi² jalan menuju ke Brincang/Tanah Rata.

Mmg rambang mata dibuatnyer.. cantik² bunga kat sinie.tapi mcm malas nak beli sbb biler bawak turun dier mesti dah x cantik dah.

Then.. dalam kul 10 camtue.. hantar abgwan kat lokasi projek. Then sementara siap, kitorng gi round² kat taman di sekitar tanah rata. Dah jauh berbeza Cameron dulu dan sekarang. Yang jam² besar kat taman² bunga dulu banyak dah rosak.

Pastu.. lalu kat libry awam sana.. huhuhuh cantiknyer bangunan.. kalo aku duk Cameron.. mesti rajin dtg libry. Bangunan dier mcm rumah zaman penjajah..(^^,)…

Lama-lama rasa macam dah boring dah.. so kitorng decided nak lepak kat lokasi projek abgwan, sementara abgwan siap kerja dier.. Dlm tengahhari semuanyer selesai. Then kami start ronda² cari strawberi (‘-^ ).

Jenuh gak nak carik tempat yg best nak petik strawberi nie. Sesambil tue singgah² kat tempat lain gak. Dan sempat la pegi jenguk The Smoke House, yg aku ngan Uda nak pegi sangat² masa dtg Cameron last yr .

Lepas gi smoke house, we all singgah kat Ladang teh tp jalan tue jer.. (x ingat laks nama dier) tp bukan ladang teh boh yang aku ngan uda gi dulu.. nie ladang lain.. sementara menunggu mak ngan bah tiba dr Lipis, sempat gaklah we all bercanda² dalam ladang teh nie.

Pastu kitorng gerak ke atas.. menghala ke Ipoh, area Blue Valley.. still lagik mencarik ladang strawberi yang bleh petik strawberi sendirik,yg paling best. Last² jumper. Ladang Chun Law nama kedai tue. Bkn beria sgt nak makan strawberi pun, cumer nak petik jerk.. (^^,)..

Mmg xcited giler time tue.. rasa mcm nak petik dan bawak balik umah, semua-semua jer (ikut nada cam Baby Syi’rah ckp (^^!!) ) Best giler.. tengah² petik.. mak ngan bah pun sampai.. walaupun time tue hujan dan makin lebat.. tp tgh syok sgt memetik. Dah rasa mcm ladang sendirik la plaks.. (^^!)..




Dalam kul 6 ptg camtu, we all mula gerak ke Taiping. Oleh kerana hujan sgt lebat time tue.. dan hari makin malam, so kebarangkalian sampai lewat ke destinasi adalah amat tinggi (^^,) ... erm.. nak dekat kul 10 baru kitorng check in tadi..

Lepas jenguk² sedara-mara dan semua org di bilik² berkenaan, tgk² gubahan hantaran yang kak ngah pidah dan chu siapkan, kitorng pun terus masuk bilik. Farah dan nana still leh layan drama ta’in yg abgwan bawak. Tp aku dah x larat.. nak menyembah katil jer rasanyer nie(^_^!)


2345251106SAT- Majlis Akad dan Sambut Menantu
Lepas subuh, mak ajak gi beli Sarapan. So berjalanlah kami dua-beranak ke pasar tani berdekatan. Beli nasi lemak dan kuih muih . pastu dlm 8.30 semua orang dah berkumpul kat Lobi hotel. Semua ada, Ayah Ngah Hussin sefamily, Maklong ngan anak² bujang dier, makngah ngan semua anak² dan family memasing, kitorng satu keluarga, chik Mie dan anak², Chu satu Avanza. Teh jer xder sbb kena kursus di Tekam Utara.

Bleh dikatakan rombongan yang besar gak laa nak mengantar abgChik nie… tp xleh lawan time abgwan dulu.. hehehe anak² maklong jerk dah berapa family menghantar abgwan kat Melaka dulu .. aii.. mentang² anak buah kesayangan mak long… eksen, hehehe (‘_^ )..

Then dlm kul 10 suku, majlis akad selamat dijalankan. Kitorng balik hotel semula. Datang balik time tengah hari untuk majlis bersanding, makan beradab dan semua²nyerlah.. Dan Alhamdulillah, majlis berlangsung ngan baik, lancar dan meriah..

Dalam kul 3 ptg camtue.. biler semuanyer dah selesai.. memasing balik ke destinasi memasing… Kitorng balik Lipis sbb esok pepagi kena balik Kuantan (erm.. teringin nak gi openhouse Org_Tue (T_T).. tp x berkesempatan la plaks.. kebetulan dier buat sama tarikh ngan majlis kawen abg chik.. huhuhu sedeyy)..


//Sampai Lipis nie dah lewat bebenar. Adeh, Takleh tahan.. pala dah berat.. perlu tido..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...