Rabu, November 26, 2014

Luffy Chicken Meatballs with Salad Bento


Chicken Meatballs + Salad + Hard Boiled Egg


Aci tak? Dengan hanya letak pick bendera Luffy One Piece, then aku claimed bento nie as Luffy Chicken Meatballs with Salad Bento? (^^").

Hehe.. Aku ader tools tuk buat bento bentuk muka Luffy nie sbnrnya.. tp sampai la nie tak buat-buat jugak lagi. Beli last yr kot.. Nie dah nak masuk tahun baru dah pun.. (^^,)..




Okeh.. untuk hari nie, aku buat chicken meatballs. Daging ayam cincang tue, aku gaulkan dgn lada sulah, lada hitam, onion leeks, lada besar, dan bawang holand. Then goreng dlm minyak penuh, mcm goreng jemput.

Untuk lawan dia, aku buat salad telur rebus. Salad dressing (dlm bekas kecil) tue hanya mayo + sedikit air perahan lemon + garam.


Jemput makan (^_^)/





Selasa, November 25, 2014

Chicken Fajitas with Omelette Bento


Chicken Fajitas + Omelette + Cucumber


Hari nie, untuk makan tengah hari, kita ada ayam masak fujitas pedas, telur dadar dan ulam timun + daun salad. Breakfast tadi aku buat tuna patties, tp terlupa amik gambar (^^").. So next time kalau buat lagi aku letak gmbr.

Untuk telur dadar tue, aku letak basic things jer.. chopped onion dan chopped chilies plus salt and pepper. Ok, let's eat.

Ittadakimassss!!


Siap ditapau (^_^)



------------------//------------------


Simple Chicken Fajitas

500g isi ayam - potong kecil
1 biji bawang merah - chopped
2 ulas bawang putih - racik halus
2 biji lada merah - racik kasar
1/2 biji capsicum kuning - potong kecil
1 batang celery - diracik kasar
1 ikat daun ketumbar - racik kasar
1 biji tomato sederhana besar - potong kecil
1/2 tsp serbuk jintan manis
1/2 tsp chili powder
1/2 tsp paprika
1-2 helai daun salam (bay leaf)
1-2 tbp lemon juice
2 tbs minyak masak/ olive oil
Sedikit garam


Perapkan kejap isi ayam dengan minyak masak, lemon juice, daun salam dan sedikit garam dalam satu bekas. Ketepikan.

Sementara tue panaskan minyak dan tumis bawang, lada, capsicum, serbuk jintan manis,chili powder dan paprika hingga wangi.. Then masukkan isi ayam yg telah diperap tadi dan celery. Goreng hingga isi ayam masak.

Kemudian masukkan daun ketumbar dan tomato. Goreng lagi dalam 5 minit then seasonkan dgn garam. Boleh perahkan lagi sedikit air lemon jika mahu, before angkat.

//Boleh racik lada kecik jika nak tambah pedas..


Biasanya Chicken Fajitas nie dimakan dengan tortilla wrapped tapi aku buat macam lauk (^_^)v.

So terpulanglah, ikut selera masing². Tapinya kalau nak buat untuk wrapped, perlu potong lada, capsicum dan isi ayam tue panjang² (julienned).. So senanglah sikit bila nak gulung dgn tortilla tue nanti.



Isnin, November 24, 2014

Turmeric Roasted Chicken With Salad Bento




Masih lagi bermenu seperti ini (^_^)v.. Ayam panggang dan salad.. Nasib baik x jemu makan ayam. Cuma perlu tukar-tukar bahan perapnya.. kalau tak mesti boring (^^")

Untuk hari nie, ayam tue hanya dilumur garam+kunyit dan lada boh.. Then panggang.




Jemput makan semua..


Jumaat, November 21, 2014

Meatballs & Garden Salad Bento




Takde idea.. so makan meatballs dan salad lagi.. haha. Homemade meatballs actually, dan kali nie, aku letak sos para-para sakura peri-peri yg paling hot tue. Kira oklah. sedap, pedas-pedas masam rasa dia.


Erm.. ( ^-')

..Nanti aku nak try letak dijon mustard/ honey mustard pulak..
Sharon kata sedap..





Khamis, November 20, 2014

Bento Sup Bebola Ayam




mcm senang pulak lebur jer sayur dan ayam dlm satu lauk (^_^).. so hari nie buat sup bebola ayam (homemade chicken balls) campur broccoli, capsicum kuning dan cendawan butang.

Wallah.. siap lauk tuk tgh hari (^_^)v.. Jemput makan..


Rabu, November 19, 2014

Chicken Soup & Scramble Eggs Bento


Chicken Soup + Scramble Eggs


Hari nie kita makan chicken soup (for the soul) dan scramble eggs kosong, tabur cheese.. plus mini timun kebab (^^').. Tapi sup tue, terlupa ltk lada sulah.. so x berapa hangatlah supnya..

dan lagi satu.. no more cheese makan dgn scramble eggs.. hehe.. cepat muak. lepas nie.. scramble eggs kosong pun dah ok.


Siap untuk dibawa ke opis..


ok.. till then. Jya ne~



Selasa, November 18, 2014

Rilakkuma Tamagoyaki & Kyuri Bento




Yatta!.. Hari nie makan lauk telur dadar dan ulam timun.

Simple sgt la pulak rasanya makan hari nie (^^").. Tapi dlm omelette tue ada capsicum, lada merah, cendawan butang dan daun bawang.. kira banyak benda gak la kan? (^_^)..


Siap untuk dibawa ke office..


Key.. enjoy your meals too..


Isnin, November 17, 2014

Bento Kembung Kukus dan Labu Siam Tumis Air




Hari nie.. kita makan ikan kembung kukus dan labu siam masak tumis air.


Ikan kukus tue.. hanya letak garam dan lada sulah, then perah lemon (asam keping habis). Bila ada lemon, baru ada rasa asam skit.. kalau tak, mcm x berapa best pulak.. lagipun boleh hilangkan skit rasa hanyir ikan.

Untuk breakfast, hari nie simple skit, 2 biji telur setengah masak.. tapaukan bawak gi opis.. sbb boleh breakfast sesama ngan diorng kat pantry..


dan saderi + timun tue, tuk kudap-kudapan. (^_^).



Jumaat, November 14, 2014

Mini Chicken Patties & Paprika Roasted Chicken Bento




Breakfast and Lunch. Banyak tak? Adik aku siap gelak.. kata banyak giler ko makan, ngah (^^").. haha.. ini untuk makan beramai-ramai di office yer. bkn makan sorang-sorang (^_^)v.. hahaha.. lalala..


Aku buat chicken patties tue... guna ayam bahagian isi, cincang lumat, around 300g camtu.. then mixkan 1 sudu chili flakes, sedikit lada sulah, sedikit serbuk lada hitam, mix herbs dan garam.. Then goreng celup dgn telur.

For chicken roasted tue.. garam+kunyit serbuk dan serbuk paprika. Then panggang dlm kuali ajaib. Dah.. Siap dua jenis lauk.


Jemput makan semua.. (^_^)/



Khamis, November 13, 2014

Bento Bebola Daging




Suka pulak tgk bekal hari nie.. kalerful (^_^)v

Menu tuk hari nie.. Kita makan berat skit. Meatballs dan garden salad(?).. Then tuna chunks and timun jepun + celery sticks.


For lunch


Sayur tue, aku goreng tumis air sebenarnyer.. so tak perlukan salad dressing dah. Then meatball tue, aku seasonkan dgn salt, pepper, paprika, mix herbs, dan lada sulah.. (Habis semua herbs kat herbs rack aku letak (^^")..)

Oh!.. ada bawang merah yg dipotong dadu kecil² jugak dlm tue..


For breakfast


Then.. for my breakfast.. aku makan tuna dgn timun dan celery jer.. Jemu makan telur dadar.. so tukar lain hari nie (^_^)v..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...