Selasa, Disember 09, 2014

Roast Chickens with Black Pepper Bento


Ayam Panggang Black Pepper..


So.. hari nie kita makan lauk ayam panggang, bersaladkan timun dan kobis. Ayam Panggang Black Pepper tue.. Ermm.. Kalau dpt tambahkan madu skit, sapukan kat atas dier tue.. uikhs.. mesti lbh sedap (^^")..
Dame! Hachimitsu, dame! (^^,)

Untuk breakfast.. aku just makan tuna mayo tue jer.. cam sedey plak rasanya.. tapi kenyang (^o^)




Untuk smlmnyer menu, aku terlupa nak amik gambar.. tp goreng ayam jer pun.. so x perlulah letak post pasal ayam goreng kot (^^,).. Kita letak yg susah skit nak masak jer..



---------------------------//---------------------------


Ayam Panggang Black Pepper
Bahan Perap:
4 bhgn ayam (quarter bhgn peha)
2 sudu besar lada hitam -kisar kasar
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
sedikit garam

Bahan Rebusan:
sup bunjut
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 inci halia
air secukupnya

Rebus ayam dlm periuk, bersama sup bunjut, bawang dan halia. letak air paras-paras ayam jer. Tapi smlm aku buat sup ayam.. so aku rebuskan sekali 4 bhgn ayam nie..

Campurkan semua bahan perapan.. Bila ayam dah siap rebus, angkat dan toskan.. biar dlm 5 minit, then lumurkan bhn perapan.. Lumur rata. After 30 minit boleh dibakar..

Ataupun, kalau nak simpan untuk masak kemudian, biar ayam sejuk dulu, then boleh simpan dlm peti sejuk. Ltk kat bahagian bawah je pun dah ok.. tp jgn simpan terlalu lama.. nanti ayam rasa x sedap.





Jumaat, Disember 05, 2014

Bento Ayam Masak Serai-Kunyit


Ayam Masak Serai-Kunyit


Hari nie, my sister request nak makan nasi goreng lagi, so kitorng buat nasi goreng for breakfast. Same sunny side up egg with runny-yolk; 2 cocktail sausages and cucumbers.

dan untuk tengahhari, kami lunch berlaukkan ayam masak serai-kunyit pula hari nie ( ^_')..


Senang jer masaknya.. campak² then siap (^^').. Just blender serai 4 batang dgn 3 inci kunyit hidup dan 3 biji lada besar + dan lada kecil.. Then lebur everythings dlm kuali. bila dah nak masak, ltk 2 keping asam dan garam secukupnya.

Wallah!.. Siap sudah (^_^)v.


Breakfast pagi tadi.. (^_^)



Rangga Oh! Rangga..





Khamis, Disember 04, 2014

Beef Soup and Quiche Bento




Nak buat stew asalnya, tp nanti guna banyak sgt tomatoes.. so cancel. Masak Soup tulang /daging jerlah.. dan krn perlu rebus lama, makanya, aku rebus siap² malam tadi. Bangun pagi tadi just panaskan dan tambah sayur.

Erm.. bila dah camnie, mulalah rasa macam nak beli slow-cooker dan food processor. Mudah giler kerja bila ada kitchen tools. Kalau tgk Jamie 15 minutes meal tue.. kejap jer dia dpt siapkan 1 hidangan lengkap.




Oh!.. Untuk breakfast pagi tadi, aku just makan telur setengah masak dan quiche curry.. Asyik buat omelette jer, jemu jugak (^_^)



Double Parking!?

Kat Malaysia nie.. dah jadi lumrah org buat double park. Pegilah memana pun.. terutamanya kawasan bank dan tempat tumpuan awam.. Tapi kalau nak buat double park perlu berhemah..

At the same time bertindak bijak dan comel (^_^).. Salah satu cara adalah dgn meletak note seperti ini:




Confirm orang tak marah.. Err.. at lease, kalau kena kat aku, aku x jadi nak marah (^^,)..



Rabu, Disember 03, 2014

Chicken Ginger & Green Fried Rice Bento




Nasi goreng lada hijau tak nampak, sbb kena tutup dgn telur mata kerbau la pulak (^_^).. Ada kat bawah tue.. Then aku just tambah 2 ketul sosej dan beberapa hirisan timun.

Lauk Ayam Masak Halia Chinese style tue, untuk lauk tgh hari..


Ready to go..


------------------//------------------


Ayam Masak Halia
1/2 ekor ayam sederhana besar
3-4 inchi halia - dipotong julienne
3 biji bawang putih - dipotong julienne
1 biji bawang besar - racik halus
5-7 biji lada kecil - belah dua
1 biji capsicum kuning (sederhana) - dipotong julienne
1 sudu besar sos tiram
sedikit air
garam secukupnya


Panaskan kuali berjeluk dan masukkan ayam, halia, bawang, lada kecil dan air.. biar mereneh. Tutup dgn tudung periuk spy isi ayam masak. Then sesekali kacau, balik²kan ayam biar dia masak rata.

Bila minyak ayam dah keluar dan kuah mula pekat, masukkan capsicum dan seasonkan dgn garam secukupnya. Kacau² dan kemudian bolehlah angkat.



Selasa, Disember 02, 2014

Love Rainbow Black Pepper Beef & Tuna Bento


Daging Black Pepper + Grilled Tuna+ Omelette


Even not so colourful like rainbow bento aku hari nie, tapi aku rasa ceria bila tgk lauk-pauk yg pelbagai nie. Seceria pelangi gitue, cheewah (^^").. hahaha.

Since smlm dah makan ayam, so hari nie kita makan daging pula. Daging goreng black Pepper. Then ada lebih tuna tue aku grillkan ajer; plus omelette yg gebu (^_^)v.




Aish.. dah rasa lapar pula.. mana kengkawan rakan se-pantry aku nie.. Diorng x lapar lagi ke (^^?)..



Isnin, Disember 01, 2014

Fried Chili Chicken & Quiche Curry Bento




Hari nie makan lauk ayam goreng cili pedas dan quiche kari daging.

Jemu makan ayam bakar yg western, so minggu nie kita buat ala Malaysian style.. Lauk org Melayu pulak lah (^_^)v.




Oh!.. ( ^_')

Hari nie aku dpt siapkan bekal kitorng dlm masa 35 minutes jer. So lepas nie prepare semua bahan siap-siap dlm peti ais, pagi tinggal nak masak jer. Dpt jimat masa..

~Jemput makan semua..



Jumaat, November 28, 2014

Omelette and Chicken Nuggets Bento


.. plus a beg full of Hot Fried Drumettes..


Sbnrnya nak buat cauliflower hash brown.. Tp dlm mamai-mamai pg tadi, aku x berapa ingat resepinyer. Main ikut gerak hati jer campur semua bahan (^^").. So last-last jadi omellete. Haha Baka!

..dan kebetulan ada baki isi ayam kisar kelmarin, so aku buat jemput-jemput ayam (^_^).. Sudah lapar.. sy mau makan skrg (^_^)v. Ittadakimas..



//Chicken drumettes tu utk lunch nanti (^_^)v..



Khamis, November 27, 2014

Cauliflower Fried Rice & Fried Chicken Bento




Semalam Diana buat nasi goreng cauliflower.. So hari nie, aku try buat.. Hehee.. Best jugak rasa dia, mcm makan nasi goreng jugak la (^^,)..

Dapat pulak lauk yg meriah camnie.. Aish.. gendang gendut tali kecapilah nampaknya (^_^)..


-----------------//-----------------



Nasi Goreng Cauliflower
1 mangkuk kobis bunga yg telah disagat
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
3 biji cili padi
1 biji lada merah
garam secukupnya.

Tumbuk atau kisar kering semua bahan kecuali kobis bunga. Then tumis bahan-bahan yg telah ditumbuk/dikisar dalam kuali hingga garing. Bila dah garing dan wangi, masukkan garam dan kobis bunga.

Goreng hingga kobis bunga masak. Then angkat. Boleh dimakan dgn ikan bilis goreng, telur goreng or anything else that captures your fancy.


//Sedap dimakan panas² dan pedas.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...