Ahad, September 18, 2016

Cuti² Pulau: Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI), Mersing


Pulau Rahsia..


16SEP2016[FRI]-Kuantan/KL to Mersing
Cuti sempena Hari Malaysia kali ini, kami ke Mersing Johor. Teringin nak main pantai dan ber-island hopping. Thanx to Posh, selaku ketua kumpulan dan mastermind trip kali ini.. Jasamu dikenang (^_^)v..

Group terbahagi kpd dua: Group KL dan Group Kuantan.. Posh, Wan dan Dayah dr KL.. Diorng ikut Air Hitam-Keluang-Mersing.. Kami (aku, Fara, Radie dan Iffah) lalu Pekan-Rompin-Endau-Mersing..

Gerak awal dr Kuantan sebab nak singgah makan tengahari di Leban Chondong, nak rasa udang galah.. Kalau lalu, bolehlah singgah di kedai² makan di sini.. Tapi harga agak mahal (^^")..

Sekilo (udang mentah) RM75++.. Ambil seekor udang galah masak tomato + nasi putih + ulam bendi + air limau kosong ais, kena RM31.50 (^^").. berpeluh membayar. Mujur sedap.. kurang sikit sesalan di hati (^_^)..

Lepas lunch kami terus ke bandar Rompin, misi berikutnya: Mencari Ikan Bilis. Tapi disebabkan public holiday, banyak kedai yang tutup.. so pilihan agak terhad.

Then naik ke Endau dan sampai di Mersing. Sebelum ke homestay, singgah makan keropok dan minum petang di pantai Air Papan.. Cantik pantai dia..


Pantai Air Papan, Mersing


Dalam 5.00 pm kami gerak ke Taman Intan Jaya.. nak ambil kunci dan refresh di homestay.. Sedang relax² di homestay.. Posh send gambar diorng lepak² kopitiam di Kluang..

Highway jammed teruk katanya.. Maka diorng singgah kopitiam dan makan roti kaya.. ironi sangat (^^')..


Geng KL..


.. dan kerana itu, tetiba teringin nak makan roti bakar.. padahal baru lepas makan keropok, goreng pisang dan air kelapa di Air Papan tadi (^^')..

Maka kami pun keluar ke bandar Mersing.. Cari juga Seri Mersing Kopitiam yg buat sendiri kaya spread dia.. tapi tak jumpa. Last² jumpa Chamek Kopitiam di hujung blok deretan kedai.. Let's trylah se-round..




Tapi.. apakan daya.. kedai dah nak tutup, menu banyak yang dah habis (-_- ).. dan sedang elok habis minum.. Posh and the geng sampai Mersing. Diorng terus ke Brother Joe Seafood, dan kami berjumpa di sana..

Nampaknya hari nie.. sblm ber-island hopping esok.. kitorang jalan² cari makan dan restaurant-hopping dahulu (^^")..



--------------------------//--------------------------




17SEP2016[SAT]-TLSI Island Hopping Trip

berkumpul di Jeti Mersing


Ikut janji dgn group pakej perlu berkumpul di jeti Mersing pkl 6.30pg dan bergerak dalam pkl 7.00pg. #lambattinggal. So kami gerak keluar dr homestay around that time.. 5 minit jer dah sampai ke jeti Mersing..


Pulau Raja
Pulau pertama, kami ke Pulau Raja. Asalnya nak mandi-manda dan bergambar di sandbank, tapi air tengah pasang.. so just main air di kawasan cetek tue jelah. Kemudian kami masuk ke kawasan paya bakau..


Bersedia untuk terjun (^^,)

Berhampiran Pulau Raja..

Kawasan Paya Bakau..


Pulau Rahsia
Seterusnya ke pulau rahsia.. di sini kami breakfast ringan sambil mendengar briefing dari brother Awie. Aktiviti pertama di pulau nie ialah mendaki bukit then selfie sampai lebam kat atas sana (^^")..

Mari! Hayaku!


Mulakan dengan bismillah..

Alhamdulillah.. berjaya sampai ke atas..


Sangat mencabar stamina kami yg jarang² beriadah nie (^^').. Tapi bak kata guiders semua.. lek-lek jer.. Kalau penat (read: sempot) boleh berhenti di tepi dan beri laluan kepada mereka yang boleh teruskan pendakian..

Penat!! Tapi berbaloi..




Tengoklah pemandangan dari atas nie.. cuma jangan terlalu rapat ke pinggir.. sebab dia tak bertebing.. so kalau tergelincir, memang terus masuk laut.. Huhuu.. taknak bayangkan.




Okey.. nie gambar ihsan dr Bro Awie #pulaukita pula..


Posh + Nature

All of us!


Habis bergambar di atas, tibalah masa yang lebih mencabar.. nak turun ke bawah perlu lebih careful.. silap haribulan boleh tergolek; dan sila pakai kasut yang bersesuaian..

Masa yang diambil untuk turun agak lama juga, sebab perlu lebih berhati-hati.. Maka, sementara menunggu semua orang turun dan sampai ke bawah.. kami lepak di kawasan batu merah di sekitar pulau..




Then kami dibawa ke bahagian pulau yang bertebing tinggi, masih di pulau yang sama, tp di bahagian sebelah lainnya.. dan aktiviti terjun tiruk pun bermula..

Sampai jer kat port terjun tiruk, mmg sgt teruja tapi hati doki² (^^")




Kawasan dia sangat cantik dan terpencil.. sangat isolated.. macam kolam besar dan ada laluan antara dua tebing tinggi.. Then ada kawasan tebing yang menganjur menghadap ke laut which is adalah lokasi untuk buat terjun tiruk.

Kalau berhati waja, boleh panjat hingga ke level 3.. dan aku hanya mampu di level satu sahaja.. itu pun bukan terjun tiruk.. tapi lompatan menyelamatkan diri namanya (^^")..


satu..

dua..

terjunn!!!


Tiga gambar terjunan di atas bukanlah gambar penulis, harap maklum (^^,).



Pulau Harimau + Pulau Rawa
Selesai aktiviti di sini, kami meronda dan 'check-in' di Pulau Harimau dan Pulau Rawa. Tak boleh turun di Pulau Harimau, sbb dah jadi kawasan larangan.. Then lalu Pulau Rawa.. Mengintai resort mewah dari kejauhan..

Pulau Rawa tidak termasuk dalam pakej #pulaukita nie (^_^)..


Pulau Harimau

Tumpang lalu .. Pulau Rawa (^_^)..


Pulau Hujung
Sudah tiba masa untuk lunch, maka kami singgah di Pulau Hujung. Lepas lunch, boleh bersnorkeling jika mahu. Tapi aku tak larat dah nak masuk air.. siap terlelap bawah pokok kat tepi pantai tue..

sedar² dengar suara riuh-rendah, bebudak nie main slide masuk laut.. Nampak mcm seronok, tapi tak tergamak rasanya nak main macam tue di tengah² lapang nie (^^")..


Pulau Hujung


Group² lain jer yang join.. Posh pun try sekali jer.. Fara, Ipah dan lenlain sambung snorkeling. Diorng kata coral di pulau nie cantik² dan banyak sangat sarang ikan nemo. Banyak giler!

Tapi tak larat juga nak join.. pandang dari darat jerlah sambil berbaring di atas air bean bag.. Oh, heaven!


Lari dari bahang mentari..

Maldive Malaysia (^^,)..


Pulau Tengah + Pulau Besar
Dalam pukul 4, kami bergerak ke Pulau Tengah.. dan snorkeling di kawasan sekitar. Di sini juga antara lokasi best untuk snorkeling.. coral besar² dan tempat himpunan pelbagai jenis ikan..

Cuma.. Air agak kelabu dan tak ramai yang turun.. masing² penat snorkeling dan bermain slide di Pulau Hujung tadi agaknya.

Selang 40 minit.. semua naik boat dan kami ke Pulau Besar. Orang boat suruh lepak² di pulau sebab air tengah surut area jeti di Mersing.. Daripada lepak atas boat dan mabuk, lebih baik lepak di pulau. Boleh juga makan burger sambil cuci mata kat sini (^_^)..



Banyak aktiviti boleh di buat di Pulau Besar sebenarnya.. Boleh keliling pulau naik basikal atau sambung snorkeling di bawah jeti.. fish-watching (^^") pun boleh.. banyak group ikan bilis melompat² di permukaan air.. acah² dolphin.. haha.

Oh!.. kalau tahu awal, kami bawa baju bersih.. Boleh bersihkan diri, salin pakaian dan solat siap² kat sini. Ada kemudahan surau dan bilik air.. yelah sementara nak tunggu pkl 5.30 pm, daripada duduk saja (^_^)..


So.. sampai di darat dalam 6.10 pm, terus gegas balik hotel (nie sekali dgn pakej).. Tepi jeti jer hotelnya, dekat sangat (^_^)..


Maka, berakhirlah sudah trip pulau kami kali ini. Sangat enjoy.. pakej yg disediakan juga sangat² berbaloi dan menyeronokkan. Dapat hiking, snorkeling, berendam dan terjun tiruk..

TQ to Geng #pulaukita.. dan semua guiders pulau. Kalau sesiapa nak cuba macam trip kami nie, boleh hubungi diorng di sini: FB Awie Ismail



#pulaukita #gedixsampaimuntah #notmytaste #gengtingtongpulau #mersing #rompin #islandhopping #leklekjer #olabolaboy #xyahlahsombongsangat #gedx #jeti #tlsi #cuticutipulau #pulaurahsia #lambattinggal #maldivemalaysia #dahsampaikataapa #selfiesampailebam #snorkeling




4 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum.

Memang sangat menarik.

Nak minta share harga untuk pakej.

Terima kasih.

NedLi Sakurai berkata...

Anas...
kitorng amik pakej yg bermalam.. so RM200/person. kalau taknak bermalam.. boleh amik pakej A; RM160/person kalau tak silap..

but, apa2 better direct dgn geng #pulau kita tue terus. Boleh usha fb diorng:
https://www.facebook.com/awie131

Unknown berkata...

Terima kasih atas perkongsian info..

Bagaimana dengan homestay di Taman Intan Jaya? Adakah termasuk dalam pakej?

Terima kasih sekali lagi.

NedLi Sakurai berkata...

itu tak.. itu booking asing (^_^)..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...