Selasa, September 13, 2016

Berhari Raya di Kuantan




Selamat Hari Raya Qorban. Kali nie kami beraya di Kuantan, sbb mak ada buat korban area kawasan perumahan kami di sini. Lagi pun dah 3 kali raya, kami tak beraya dengan Tok (^_^)..

Raya Qorban kali nie rasa lain skit.. rasa lebih seronok sebab terlibat dr process menyembelih - melapah - memotong daging - mencuci daging dan tulang - menyediakan bahan dan awas² - merebus tulang - memasak sup.

Total hours - lebih kurang 6 jam 30 minit (^^.)..


Menguliti kulit lembu..

rewang² potong daging qorban..

Bah dan farid tolong kecil²kan tulang


Since ada banyak tulang.. maka kami buat seperiuk besar sup tulang+gearbox+daging. Ikut resepi Pakchu: Sup Tulang Ala Siam (^^,)..

Bila dah ikut resepi pakchu.. perlu suruh pakchu gradingkan.. Pakchu kata ok, tapi kurang daun ketumbar dan air asam jawa.. Baikk!! Akan diperbaiki lagi dari masa ke semasa.. (^^")..


Dah siap sup (around pkl 4.14pm) baru dapat berbaju raya.. Baru dapat join secara rasmi makan-makan dan beraya dengan sanak-saudara yang datang ke rumah (^_^)..


oklah.. jom share gambar beramai-ramai..


Ara tak puas hati (^^")..

Selepas Ara boleh terima kenyataan di atas..


Sila lihat Ara (budak kenit berbaju hijau kilat) dalam gambar.. muka tak puas hati bila makngah lebih pandai posing daripada dia.. Hahahaa..


Okey.. kasi perabis gambar lg dua keping (^^,)..


Sepupu-sepapat..

Anak-cucu-cicit Hjh Rokiah (mana yg ada at the moment shj)


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...