Jumaat, Disember 19, 2014

Totoro Hambāgu Bento


Totoro.. Totoro.. Totoro..


Hari nie, sbb dah lama giler x buat bento bertema, so aku try buat My Neighbour Totoro Hambāgu bento.. Tapi terlupa nk letak misai kat totoro..

Dan rabbit kecik kaler putih yg selalu ader dgn totoro nie pun x dpt nak buat sbbnya, telur rebus aku x cantik lepas dikupas.. huhu.. penat jer gi curik telur ayam katik bah time maghrib semalam.. last-last x jadik (T_T)..


Daging Hambāgu + Meatball + Telur hancur 


Telur rebus yg x cantik tue, aku hancurkan then gaulkan dgn salt and pepper.. tue yg dapat jadik lauk tambahan tue (^^")..

Oklah.. Selamat menjamu selera semua..



// Dah 2 hari hujan.. Langit putih dan kelabu jer.. Air sungai pun dah naik nie.. Janganlah banjir mcm last yr (-_-)..


Khamis, Disember 18, 2014

Shepherd Pie & Ayam Goreng Buncis Bento




East met West kiter hari nie.. hahaha.. east met west la sgt kan (^^")..


Shepherd Pie tue, aku buat last weekend, ada lebih.. so just panaskan dan tambah cheese jer pagi tadi. Breakfast dgn leftover jer hari nie..

Then untuk tgh hari, kami buat ayam goreng buncis.. Senang.. masak sekali harung, dapat dua lauk sekaligus (^_^)





Rabu, Disember 17, 2014

Bento Ikan Belanak Goreng Berlado


For Lunch + Breakfast


Sebenarnya, kitorng nak buat ikan keli masak berlado pagi tadi.. Tapi smlm aku silap bawak turun ikan.. aku teramik ikan belanak la pulak.. Jadinya, goreng jer laa apa yg dah dikeluarkan..

Nanti ikan keli tue buat goreng berlado hijau la pulak (^_^)..




Isi ikan tue sengaja dipotong kecil, supaya boleh goreng rangup-rangup..

Then untuk breakfast, kitorng makan scramble eggs with homemade chicken sausage.. Sbb ada lebih isi ayam bahagian dada yg kalau buat lauk, jarang org makan.. So kami buat sausage sendiri..

Kalau x buat sausage, buat nuggets atau chicken balls (^_^)..


Keylah.. Selamat menjamu selera.



Selasa, Disember 16, 2014

Bento Nasi Goreng & Lauk-pauk


Nasi goreng dan lauk yg meriah.. 


Smlm aku masak stew ayam dan breakfast dgn scramble eggs + homemade chicken sausage. Tapi x sempat nk amik gambar.. agak terkejar-kejar sbb terlewat skit bangunnya..

dan hari nie, walaupun recycle resepi, tp letak jugak lah (^^")..


Daging black pepper + kangkung goreng
Ulam timun dan telur mata


Untuk Nasi goreng cauliflower nie.. kalau nak buat, syarat dia perlu buat pedas², goreng garing².. Then perlu ada lauk telur goreng dan timun.. Kalau tak.. tak rasa mcm makan nasi goreng (^^")..

..keylah, happy lunch semua!



No-Bake Lemon Cheese Cake



~Sekadar gambar hiasan   


No Bake Lemon Cheese Cake (For Atkiners)
500gm Cream Cheese
100ml Whipped cream
20 sachets Equal sugar
2 tbsp Gelatin
1/3 cup air perahan lemon

Pukul cream cheese dan whipped cream berasingan hingga kembang, then combinekan keduanya. Masukkan Equal sugar (jika mau kurngkan manis dia, hanya guna 15 sachets)..

Then masukkan air perahan lemon. kacau rata. last sekali, larutkan gelatin dlm sedikit air suam, kemudian mixkan dlm bancuhan awal tadi..

Tuang dlm loyang, then sejukkan dlm peti ais. Bila dah sejuk, boleh lah makan. Sila potong kpd 12-16 bahagian atau lebih.. Then sehari makan 1 bahagian saja..  (^_^)v


Kalau isi dlm bekas kecil/ mangkuk cupcake.. lagi senang, bahagi dlm 20 bekas, buat potion skit-skit then sehari makan satu bekas..


~bolehlah buat hilangkan rasa nak makan cake/manisan (^_^)


-----------------------//-----------------------





Ahad, Disember 14, 2014

Gurlz Day Out (III): Gambang Safari Park

Aku baru perasan post nie masih di dlm ruangan draf.. Cerita nie berlaku setahun yg lepas kot (^^").. Cik Puan Widaad dah tinggi dah skrg nie.. Tapi since nak share jugak kesah keriangan nie, so aku up lah..

Better late then never.. (^^,) hehe..


------------------//------------------


[Wednesday - 7 November 2013]

Yeay!.. Hari nie kami ke Gambang Safari Park!! Yokata desu ne~ (^_^)v..

Gambang Safari Park nie, taman tema terbaru kat Pahang.. terletak bersebelahan dengan taman tema air Gambang Water Park.. kalau dr rumah kami.. ambil masa lebih kurng 30-35 minit jugak la..

dan dah namanya Safari.. so theme park nie ala-ala taman haiwan di hutan Savannah konsepnya (^_^)


Menuju ke Simba Plaza..


Dari pintu masuk nak ke dalam safari park, perlu lalu laluan beratap nie dulu.. Agak jauh juga untuk sampai ke kawasan park kat dlm nie..

Sila pakai kasut yg bersesuaian.. (^.^)v




Since sampai sini tadi awal pagi.. so kitorng tunggu jap before Animal Show start. Show nie start pkl 11.30 am.. dan walaupun masih limited haiwan yg buat persembahan, tp masih terhibur (^_^)..

Terutamanya bila burung kakak tua tue performed..


The Animal Show


Kemudian kami ke Petting Kingdom dan the Malayan House.. terletak berhadapan dengan Village Arena nie. Dalam Petting Kingdom ada banyak haiwan comel dan jinak.. mcm arnab, ular..

Then ada juga alpaca, llama, guanaco, wallaby dan possum sekali dlm nie.. Erm.. teringat ke kartun The Emperor's New Groove, bila nampak alpaca dan llama nie (^_^)..


the Petting Kingdom

the Malayan House


Kemudian, kami menuju ke kawasan tram.. untuk tour around area Wild Savanah tue.. to see all the animal dlm habitat sebenar, katanya..

Tapi before tue.. kami lalu di kawasan kandang zirafah nie.. (^_^). Girin nie x takut orang.. seronok kami beri zirafah² nie makan..


Kandang Zirafah

dalam tram


Bila tram dah penuh, kami pun mula gerak pusing kawasan wild savannah nie. Seronok sbb lain skit suasana dia.. kalau kat Zoo Negara, kita berada agak jauh dgn haiwan² nie..

Tapi kat sini.. sgt dekat. Sebelah cermin tram jer jaraknya (^_^)v.. Jom kita tengok gambar..




Around 1 and half an hour jugalah tour keliling wild savannah nie.. Dr tram di kawasan wild savannah, kami jalan kaki naik ke atas semula.. Menuju ke Simba Plaza/ Village Arena..

OTW tue, ada kawasan yang masih belum siap sepenuhnya.. tapi dah dibuka untuk public: Sky Garden -the House of Insect (Invertebrates). Diorng tempatkan semua serangga kat sinie..


at the Night Jungle Area..


Then.. kembali menuju ke Simba Plaza/Village Arena semula.. Then kami rest kejap dan lunch kat area Egyptian Market, before melawat Farm Village..


Farm Village


Oh! masa kat Farm Village nie tadi.. Maksu pun tunjuklah kat semua.. Nie lembu.. Nie kerbau.. yg nie kuda padi.. then bila sampai di kandang lembu tenusu yg kaler hitam putih tue.. Widaad get excited..

"Widaad tau nie!!".. "Widaad tauu!!"... "Ha, apa nie Widaad?", tanya maksu.. "Iniii kambiiinggg!!!".. kelu kejap lidah maksu.. (^^').."Ini lembu tenusulah".. balas maksu.. "Ooo lembu, Widaad ingat kambing tadi.."

(^o^).. klakalah widaad nie..


.. then kami lawan kuda pula di Saddle Castle..




Macam-macam jenis kuda ada kat sini.. Ada Belgian horse, kuda terbesar dan tertinggi kt sini.. ada Friesian horse dari Netherlands.. ada Appaloosa horse yg mcm harimau bintang bulu dia.. berbintik-bintik..

Then ada Quarter horse, which is an America breed dan tak ketinggalan, kuda-kuda pony yg comel..


Colouring Contest


Around pukul 4.15 pm, kami naik ke Simba Plaza.. nak lepak surau sat.. sekali sampai kat area plaza, ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.. So, bebudak nie pun join la..

Ralit mewarna bawak ke pkl 5 lebih.. Snap dua tiga keping gambar dengan simba jap.. then terus ke surau.. Nak lurus-luruskan kaki dan solat..




Lepas maghrib baru keluar.. Nak pegi carik makanan untuk dinner. Kami pilih kawasan dining di Egyption Market sekali lagi.. kali nie makan Nasi Briani dan Ayam Tandori pula..


@ Simba Plaza..

jumpa kawan.. kembar Widaad (^^,)


Mmg kami sengaja lepak di sini sampai malam.. sbb activiti dia dr pagi sampai malam.. tp since kawasan nie masih baru, tak banyaklah aktiviti sangat..

So banyak gap yg kami perlu pepandai sendiri penuhi before sampai waktu show-show yang telah ditetapkan.


@Village Arena

The Tarsan Adventure Show..


..dan kami nak tunggu pertunjukkan African Yabara Fire.. pkl 9.45pm baru start.. so untuk menghabiskan masa, kami turun ke bawah Egyption Market, menuju ke area White Lion Santuary..

Masa kami dtg nie.. mak harimau putih baru shj dpt baby. ada dua ekor.. so diorng tempatkan di sini untuk mak harimau berehat..


the big white cat..


Akhirnya, yg ditunggu pun tiba.. Waktu malam, selain Night Jungle, Yabara Fire nie mmg dinanti-nantikan. Show nie diorng buat depan Village Arena jer.. area Village Courtyard.




Memang betul-betul sampai ke malam kami kat Gambang Safari Park nie.. Pukul 10.30 pm pun masih pusing-pusing dlm gift shop (^^').. Pkl 11.00 pm baru nak gerak balik ke kuantan..

Sampai rumah dah nak pkl 12.. Aki siap tunggu.. Sorry Aki.. (^_^)v


Masa untuk balik..


Apa-apa pun kami enjoy hari nie. penat sbb seharian lepak dlm safari.. so berbaloilah korng bercuti skolah di kuantan tahun nie (^_^)..



Jumaat, Disember 12, 2014

Ginger Chicken (Again) Bento




For lunch, makan ayam masak halia dan broccoli goreng.. Then for breakfast, Kita ada scramble eggs, mini sausages and tuna.

Simple giler makan tuk hari nie. (^_^)




Khamis, Disember 11, 2014

Pandan Chicken & Siakap Masak Sweet Sour




Hari nie, lets' have Siakap Masak Sweet Sour for Lunch..


Since ikannya sgt besar, so terpaksa kerat dua bahagian.. Separuh untuk aku, separuh lagi adik aku boleh tapau tuk dia ke skolah.. Harap dia suka lauk hari nie .. (^_^)

Ayam pandan tue.. sebenarnya silap perap (^^").. sepatutnya ader serai dan halia kisar.. tp aku x letak.. haha tuelah.. xnak tgk resepi before buat.. main ikut sedap hati jer..

Fungsi balut dgn pandan supaya serai dan halia tak berderai time goreng.. tp aku x letak serai-halia.. Just dapat bau wangi pandan jerlah lepas goreng.. Tp takpe, lepas nie kita buat yg betul² ikut resepi..



Rabu, Disember 10, 2014

A Gift From Hawaii


Arashi Blast In Hawaii


Uda-chan menang Arashi Blast Giveaway. Saiko na~!.. Haha.. Uda yg menang, aku yg seronok (^^").. thehe.. Seronoklah.. boleh pinjam CD uda nie nanti.

Cuba tgk budak yg hostkan giveaway nie.. Dr notes yg dia tulis pun boleh tau.. nampak sgt dier kipas-susah-mati Arashi (^_^)..




Banyak jugak yang Uda dapat.. Satu box kot, goodies konsert Arashi kat Hawaii yg bebaru nie.. Ada uchiwa (kipas tangan), notebook, CD, getah rambut.. postcard.. etc.

Huhuu.. seronoknya.. aku menang giveaway bento pun x seseronok nie (^^,)..




//o(^-^o) (o^-^)o -seronok masih tak habis..



Hamburger Steak (Hambāgu) Bento


Hambāgu in Hello Kitty Bento theme (^_^)


Hari nie adik aku rajin, tlg aku siapkan bekal pepagi.. atau maybe dia dah bosan dgn lauk yg aku masak selama nie.. hahaa (^^")..

Actually, steak hambāgu nie dia dah siapkan dr ahad lepas dah, so pepagi tadi dia just masak sos dan panaskan dalam kuali jer.. Dan untuk side dish, kami saute broccoli dgn butter dan garlic.



---------------------//---------------------


“Hambāgu” (pronounced hahm-bah-goo) adalah transliteration of English term, hamburger; yg asalnya patty meat nie dpt nama dr sebuah bandar di German, Hamburg. Tapi bila sampai kat Jepun, diorng tukar bunyinya jadi hambāgu (^^,).


Hamburger Steak (Hambāgu)
Ingredients A
300g daging cincang
1 biji soft tofu/ 170g cauliflower yg tlh disagat halus
1 cup serbuk roti (optional)
1 biji telur
1 small onion - diced
2 ulas bawang putih - minced
2 sudu makan susu segar
1 teaspoon jintan manis
Garam dan black pepper secukupnya

Ingredients B
3 sudu soy sauce
2 sudu oyster sauce
1 sudu cuka makan
1 sudu sos nandos
1/4 cup water
5-6 cendawan shiitake - potong nipis
2-3 urat daun bawang - potong panjang²

Campurkan semua ingredient A, mixkan sebati.. Then kepal-kepalkan, buat 4-5 kepal. then leperkan macam bentuk daging burger. Panaskan kuali, then panggang kesemuanya atas kuali.. Bila daging dan masak, angkat dan ketepikan.

Gunakan kuali yg sama untuk buat sauce hambāgu.. Masukkan semua bahan B, kecuali daun bawang. Kacau rata then masukkan hambāgu.. Tebalik-tebalikkan supaya sauce serap ke dlm daging.

Tutup kuali dan biar hingga kuah sedikit pekat, then seasonkan dgn salt and pepper.. dan masukkan daun bawang. Bila kuah dah betul-betul pekat, bolehlah diangkat hambāgu tue tadi dan hidang.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...