Sabtu, September 23, 2017

The Road to East El Dorado: Sg Lembing




Ona dan Posh turun Kuantan nie.. sebab esok-lusa kami ada larian di Teluk Cempedak.. Alang² datang Kuantan untuk larian TC, biar datang Kuantan awal skit.. boleh bawa jalan² ke Sg. Lembing (^_^)..

Dr rumah nak ke Sg. Lembing, ambil masa 40-45 minit juga.. dan sebelum nak sampai ke pekan kecil Sg. Lembing, kita akan lalu jambatan gantung nie dulu..


Jambatan gantung Sg. Lembing 


Selesai bergambar di jambatan gantung Sg. Lembing, kami teruskan perjalanan.. Just 5 minit drive, then akan jumpa pintu gerbang Sg. Lembing.

Seperti biasa, wajib bergambar di setiap landmark (^^").. Sampai ada pelancong dr Penang tue, siap pelik, kenapa kami park tepi dan beramai² di situe.


Pintu Gerbang Sg. Lembing


Err.. kitorng try nak redo Beatles' Famous Walk across Abbey Street tue.. Nampak macam sama tak? Hahaa.. Tapi nampak jauh sangatlah pula.. Dahlah x cukup 4 orang (^^").


Muzium Sungai Lembing
Tempat tuju pertama adalah muzium.. Sungai Lembing terkenal dgn kawasan perlombongan bijih timah.. so kami ke muzium dulu, untuk belajar sejarah (^^")..

Harga tiket, RM2.00.. Boleh beli di kaunter tiket di pintu pagar di bawah.. Sila beli sebelum mendaki bukit naik ke museum.. Kalau tidak, nanti sesia jer kena turun bawah semula (^^,)..



Sebahagian daripada ruang pameran museum..

di luar museum..


Then kami ke kawasan bekas lombong. Terletak bersebelahan jer dengan museum, but till perlu drive ke sana.. Tiket Masuk ke lombong, perlu beli asing. RM15.90 per person..


Lombong Bijih Bawah Tanah
Lombong nie mempunyai kedalaman sedalam 610 - 700 meter. Ketinggian terowong adalah dari 12 kaki sehingga 200 kaki. Panjangnya pula adalah 322 kilometer dan ini telah menjadikannya lombong yang terdalam di dunia.

Semasa lombong ini digali, tiada peralatan moden digunakan. Pelombong menggali lombong secara manual dan dengan bantuan bahan letupan. So pekerjaan melombong ini adalah pekerjaan yg berisiko tinggi.


Oh!.. untuk masuk ke dalam, boleh naik train kecil nie.. then perlu jalan kaki. Kawasan lawatan yg dibenarkan hanya di first level sahaja, atas sebab² keselamatan.




Ruang laluan untuk pelawat agak selesa, dan sejuk. Diorng dah upgrade dan buat ruang aliran udara. So takde rasa lemas, panas atau terkurung.

Then, walaupun hanya satu level jer kita boleh explore, diorang ada sediakan lif simulator untuk para pengunjung merasa sendiri pengalaman bagaimana para pekerja bergerak dari satu tingkat ke tingkat yang seterusnya.


di dalam lombong


Okey sambung skit lagi pasal lombong nie..

Mula dibangunkan pada tahun 1886 oleh William Frazer, mewakili syarikat The Pahang Mining Company Limited yang berpusat di London. Pada tahun 1888, syarikat bertukar kepada The Pahang Corporation Limited (PCL) kerana masalah kewangan.

Then pada tahun 1906 PCL telah di tutup dan di ambil alih oleh Syarikat Pahang Consolidated Company Limited (PCCL). Sepanjang tempoh berkenaan sehingga tahun 1915 terowong sepanjang 40 batu telah di korek..

Then ada beberapa peristiwa dan kisah yang menarik berlaku di sini. Yang paling diingati ialah Peristiwa Kecurian 1 Juta. Kes ini sehingga sekarang menjadi misteri dan masih belum diketahui siapa dalang disebaliknya..


Kawasan pameran Peristiwa Kecurian 1 Juta

di kawasan menunggu dan cafe..


Selesai sudah aktiviti kami di Sg. Lembing.. walaupun pada asalnya kami nak ke Crystal House dan 3D Art Gallery juga.. tapi ada plan lain di Kuantan, so dalam pkl 4.00 pm kami bergerak balik ke Kuantan..



-------------------------//-------------------------


Di Kuantan, kita sambung jalan² ke kedai KRIM. Adik² dah tunggu.. nak celebrate birthday Ona (^_^).. Asalnya nak bawa Ona dan Posh ke Kula Cake..

Tapi x jadi sbb kedai tue full house.. so kami pindah lokasi ke KRIM.


Happy Sweet 17, Ona (^_^)v

Budak paling happy, walaupun bukan birthday dia..




.. dan celebration kami tidak berakhir di sini.. Selepas maghrib, kami sambung meraikan tetamu dr KL nie di Jaman Tori (^_^)..





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...