Little Akihabara inside the Airport (^^') |
24032017 [FRI] - Let's say Till Then..
Sudah sampai masa untuk pulang.. Awal kami check out, 5.30 am dah keluar dari hotel. Tapi sempat singgah Convi-store Lawson jap, nak belikan pensel picit tak perlu picit untuk anak² buah. Then baru gerak ke station berhampiran..
Breakfast sambil tunggu train |
Di Daimon St., train sampai dalam pukul 6.20 am dan dari situ kami terus ke Narita. Hala balik nie, kami berpecah nanti. Uda, Nana dan Maryam akan naik MAS. Kami yang selebihnya akan naik JAL.
Sampai jer airport, terus check in. Then Uda dan Fara pergi tukar SUICA, kami tunggu kat depan pintu masuk imigration. Kali nie macam ramai sikit orang, so sementara tunggu Fara dan Uda, kitorng beratur siap² untuk masuk imigration.
Dari situ, kami menghala ke gate masing². Uda dan Nana departed on time. Flight diorng awal; lebih sejam awal dari kami. Then JAL sepatutnya gerak pukul 11.05 am tapi delay.. Tak pasti pula kenapa. Dalam 40 minit baru kami berlepas.
tetiba lapar ais-krim dan coklat Meiji (^^").. |
Since flight delay, kami merayap jap ke kedai² berhampiran gate. Jumpalah banyak kedai² souvenir dan manisan. Tapi kali nie, tak beli dah mochi yang comel² tue.. sebab dah banyak sangat chocolate kami bawa balik nie.
Oh! Ada Fa-So-La Tax Free Akihabara store kat sini.. kedai yang jual pelbagai barangan "Made in Japan" nie mmg sangat meriah; ada makanan, kraftangan, elektronik, jam tangan dan juga patung² figure.
Team MAS |
Team JAL |
Bila dapat naik JAL nie, ingatkan dapatlah bergambar dengan badan kapal terbang yang ada poster Arashi tue.. Tapi tinggal harapan jelah.. haha. Jangankan kata poster Arashi, poster mereka individually pun x jumpa kali nie..
Yang ada cuma Ninomiya-chan nie jer ha.. Itupun mujur keluar iklan kat skrin TV comel depan nie.. (T_T) huhuuu..
Meals agak limited, sebab request Halal-food, so banyak lah yang kami x dapat.. dan walaupun dah makan ice-cream sebelum naik tadi.. tapi still nak juga macam yang budak sebelah aku nie dapat.. Kenapa tak di-offer kami Häagen-Dazs tue? Naze desuka??
Ninooo!! Kiteruuu?? |
Meals agak limited, sebab request Halal-food, so banyak lah yang kami x dapat.. dan walaupun dah makan ice-cream sebelum naik tadi.. tapi still nak juga macam yang budak sebelah aku nie dapat.. Kenapa tak di-offer kami Häagen-Dazs tue? Naze desuka??
lunch dan snack. (^_^) |
Alhamdulillah.. Selamat mendarat di KLIA around 6.30 pm. Kami just bersantai² sebelum naik KLIA Express.. Then sampai Putrajaya, abg Chik datang amik kami.
Berakhirlah percutian kali ini.. Baru sampai Mesia nie pun dah rasa rindu sangat kat bau angin Japan.. Ha, camne? (^^").. Semoga dapat menjejakkan kaki lagi ke sana.. ~Amin
#sisterstrip #cheyamjalanjepun #MASjuadihatiku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan