Rabu, Julai 17, 2013

Ayam Percik Sempoi

Actually dr semalam nak masak ayam percik nie.. tp lupa nak suruh nana tolong belikan ayam.. so hari nielah baru buat.. erm.. tp nie yg sempoi-sempoi jer la.. x panggang beria atas dapur arang semua.. bakar dlm pemanggang ajaib nana tue jer..


ambil gambar pun sempoi-sempoi jer..


Bila dapat makan apa yg tekak nak rasa.. mmg puas hati (^_^).. dan punyalah nak makan juga ayam percik nie tadi.. sanggup tumbuk semua awas-awas tue dengan anak lesung (blander aku baru saja ditamatkan perkhidmatannya..)

.. dan nasib baik ader lada boh.. kalau tidak mau pijar tangan menggiling lada plaks tadi.. haha (^o^).. Tq nana sbb tolong belikan bahan-bahan tuk masak ayam percik nie tadi.. Next time sila tolong lagi yer (^^,)..

ok.. resepinya..


AYAM MASAK PERCIK

  • 4 keping peha ayam
  • 1 kotak santan
  • 4 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3-4 biji buah keras
  • 2-3 keping asam keping
  • sedikit gula melaka
  • air dan garam secukupnya


Garam kunyitkan ayam, dan panggang sehingga masak. Kalau nak goreng pun boleh jugak. Bila dah masak boleh ketepikan.

Tumbuk lumat atau blander bawang-bawangan, serai, halia, buah keras dan kunyit hidup then tumiskan dengan lada boh. tumis lama skit sampai naik minyak. Then masukkan air, santan dan asam keping.

Kacau perlahan lahan dan biar sampai masak.. then masukkan gula dan garam.. Bila dah cukup rasa masam, manis dan masin nyer (+ pedas).. masukkan ayam yg telah dipanggang/ goreng tadi, dan masakkan sekejap lagi.

Biar kuah percik mesra dengan ayam dalam 10-15 minit, sambil-sambil tue boleh pekatkan kuah. Bila kuah dah pekat.. tutup api dan hidang..



//Oh!.. perut masih lagi berasa selesa.. (^-^)v..


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...