Rabu, Julai 24, 2013

Asam Pedas Ikan Aji-aji dan Peria Katak




Baru 15 hari puasa.. dan ulang lauk asam pedas.. Haa! Nampak tak? kitorng dah xder idea nak masak apa sebenarnya (^^").. erm.. lagipun nak buat camner kan, ibuku org melaka.. (^_^)v.

So hari nie, ikan aji-aji masak asam pedas dengan peria katak. kenapa peria katak? sbb favourite mak saya jugak... so mmg kalau mak yg beli sayur, peria katak adalah kemestian.. kalau aku yg pegi market, paling wajib timun, carrot dan brokoli.

Tapi.. walaupun pahit.. sedap tau kalau buat asam pedas.. cuma kalau x tahan pahit, boleh tukar dgn terung bulat, bendi, peria biasa pun ok jugak.. ikutlah selera memasing..


ASAM PEDAS IKAN AJI-AJI + PERIA KATAK

1 ekor ikan aji-aji sederhana besar - dikerat 3
3 biji buah peria katak - potong melintang-serong
2 keping asam keping
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
5-6 helai daun limau purut -disiat kasar

Bahan tumis bumbu: -blend sampai hancur
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • segenggam cili kering 


Rebus peria katak. Bila dah lembut, tapis dan buang airnya. Ketepikan kejap. Tumis bawang-bawangan, kunyit dan cili kering hingga wangi. Masukkan air skit dulu bersama asam keping dan ikan..

Bila dah nak mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa, kalau kuahnya kurang atau terlebih pekat, boleh tambahkan air skit lagi. Then boleh masukkan peria katak dan daun limau purut. Tunggu kejap.. then bolehlah tutup api dan angkat.

Sedia untuk dihidang (^_^)v.


 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...