Isnin, Disember 29, 2008

We are 100% Green

Seawal pagi aku dan Nana dah tunggu Dayah kat Universiti Station. Aku perlukan seorg penunjuk arah utk ke Bukit Cerakah @ Bukit Cahaya Seri Alam... Dalam pkl 8 Dayah sampai dan kami terus gerak..

Sesampai kat sana... Ona, Mar dan Raihan masih x sampai lagik. So lepak² sat sambil melihat kenderaan satu-persatu memenuhi parking lot kat luar gate Bukit Cerakah.

Then.. dlm pkl 9 suku Ona sampai. Tanpa lengah, kitorng terus beli tiket dan bergegas ke tempat sewa basikal.. nasib baik masih ader basikal untuk disewa (^^ii)



Taman Padi


Mar dan Raihan x biasa naik beskal.. so hanya kitorng berempat jer terkinja-kinja yg excited nak menjelajah Bukit Cahaya dengan menaiki Basikal… Diorng just naik shuttle bus yg disediakan.

Tempat tuju pertama ialah Rumah 4 Musim (^_^)/.. tp kitorng singgah-singgah rayau main beskal di tepi bendang (taman padi), Taman Koko dan Taman Haiwan kejap before sampai ke sana.



peserta XPDC berbasikal di Bukit Cerakah


Memandangkan lokasi Rumah 4 Musim jauh di atas bukit sana, so sila bayangkan sendiri bagaimana bersusah-payahnyer manusia² yg kurng bersenam ini mengayuh basikal hingga ke puncak ~ sapa punyer idea main beskal kat bukit cerakah nie, hah? (^^!)

Dlm 11 suku kitorg sampai kat rumah 4 musim.. selepas hilangkan lelah dan sejukkan badan kejap.. kitorg bersiap-siap untuk masuk ke dlm dan menikmati musim sejuk di negara khatulistiwa..

Shugoi!!\(^-^)/




Skrg nie musim salji.. suhu kat dalam mencecah -2˚C.

Nasib kurang baik bagi Mar dan Raihan sbb diorng x bawa jaket untuk melindungi diri dr kesejukan. ~Tiada perkhidmatan sewa jaket disediakan di sini, harap maklum… (‘_^ )








Lepas puas main snow fight (suka-suki jerk… ) we all cadang nak lawat menara pantau dan Taman rempah-ratus.. tp nak merasa naik shuttle bus plak.. so perlu pulangkan basikal dulu dan naik bus dr bawah..

Tapi bila sampai jer kat bawah.. ramai sgt org beratur untuk naik shuttle bus.. so kitorg batalkan saja niat kitorng tue.. Next time la dtg lagi Bukit Cerakah nie.. lagik pun besar sgt.. x sempat nak explore sehari jer (^^,)

Then gerak balik rumah untuk berehat sekejap.. lepas asar kitorng keluar semula ke Kuala Selangor untuk tgk kelip-kelip..

Tapi kami sampai terlalu awal... Sampan² hanya beroperasi after 7.45pm.. so kitorng lepak-lepak di wakaf/pangkin berhampiran sambil makan nasi lemak/ laksa..

Since skrg nie cuti skolah then bertembung laks ngan cuti krismas, so mmg ramai giler org dtg nak tgk kelip-kelip.. dan sekali lagi kitorng perlu beratur panjang. Tapi mujurlah kitorng cepat.. xderlah lama sgt menunggu sampan



Menunggu sampan..


Masa menunggu tue, terasa mcm kat lokasi scene dlm citer Pendekar Bujang Lapok (^^ii).. yg kena beratur ramai² nak tunggu sampan tue (^^!)..


Oh!.. (‘_^ )

Kitorng terpaksa sewa 2 buah sampan sbb 1 sampan hanya boleh muat 4 org penumpang shj, dan sewa untuk 1 sampan ialah RM40. Kira berbaloilah untuk pengalaman yg kiter dpt.. (^^,)

Menurut kata pacik yg bawa kitorng tue, kelip-kelip hanya duduk di pokok Berembang saja sbb kelip-kelip nie gemar makan daun pokok Berembang. Dan pokok-pokok ini banyak tumbuh di tepi-tepi sungai.

Masa tgk kelip-kelip tadi hari dah hujan.. tp mujurlah hujan sbb xderlah nyamuk spt yg pojan dan ila ckp masa diorng pegi dulu.. dan nasib baiklah cuma renyai-renyai.. sbb kalo hujan lebat, kelip-kelip pun tanak keluar (^^i)



Ona dan Nana, dlm sampan tanpa kelip-kelip


Ow.. owwh!.. dan aku baru tau.. kelip-kelip atau api-api x sama dengan kunang² rupernyer ~ nampak sgt tak selalu tgk discovery chanel (^^!)


erm.. ('_^ )

walaupun we all sgt enjoy, tapi ada sedikit frustlaa, sbb xder aper bleh dibawa blk sbg souvenir.. nak amik gambar xleh, nanti kelip-kelip lari.. nak tangkap sekor bawak balik pun xleh, RM1000 tue sekor harga denda dier (^^ii)... Ada kedai cenderahati pun, x bukak laa plaks.. Aiishh (‘_^ )..


oh!(^_^)

aktitivi hari nie masih blum berakhir lagi… kitorng plan nak makan ikan bakar plak, so we all singgah kat Jeram yg mmg terkenal dgn medan Ikan bakar..

Sesampai kat sana.. kitorng masih mengalami mslh yg sama.. umat manusia yg sgt ramai. Lebih x bestnyer.. utk medan selera seluas itu, hanya ada sebuah kedai saja yg akan masakkan utk semua org..

Dan walaupun confirm lambat giler baru bleh makan, kitorng amik juga risiko utk menjamu selera di situ.

Selepas lebih sejam.. hanya minuman jer yg sampai. Itu pun di hujung-hujung kelewatan waktu. So, lepas letak duit untuk bayaran air yg tlh diminum.. kitorng blah.. (‘_~ )

Actually kitorng nak kejar tgk wayang citer Bolt 3D kat midValley.. kalo tidak, kitorg tunggu gak sampai semua lauk siap .. mmg teringin sgt nak makan ikan bakar pun.

Kesudahannya... malam tadi, kitorng dinner hotdog yg keras roti bunnyer + mashed potato segera + popcorn + coke yg dijual di luar GSC MidValley.. bleh laa..


//Next time aa makan ikan bakar.. senang² masak sendiri jer kat rumah.. puas hati (^^ii)


8 ulasan:

kuizikel berkata...

woowoo.. gi lg nanti.. i nak merasa gak berada di perantauan (mrujuk kpd aksi snow fight).. heh

NedLi Sakurai berkata...

(^_^) bleh.. bleh.. aku mmg nak gi lagik... sbb hari tue x sempat nak pg menara pantau tue..

menara tempat scene romantik hairi othman & maya karim dlm seri dewi malam tue.. (^^,)

pastu nanti aku nak pg sekali lagik.. nak rasa musim autumn laks..

Tanpa Nama berkata...

ikut!!! ikutt!!! IKUUUUTTTTT!!!!

NedLi Sakurai berkata...

kena plan pelan2 erk ona (^^).. nanti kiter pg lagk... sbb tak puas kan hari tue..

walaupun dtg seawal pg.. but still x dpt nak jalan semuatempat (^^i)

Tanpa Nama berkata...

SALAM KENAL.. UKHTIY..

Tanpa Nama berkata...

asufi- indonesia
salam kenal ukhtiy

ym/e:m/fs:gaboenk_007@yahoo.com
add

dropmental berkata...

juz drop by nak mengenang kisah lama... hehe nih aktiviti kita hujung tahun kan?? i wonder hujung tahun nih nak buat ape ek..?? huhuu

NedLi Sakurai berkata...

kenapa aku nampak kurus time nie erk? haha (^^i!)..

hujung thn nie? ko plan aa.. turun kuantan ne~? aku bawak gi makan keropok lekur + mandi sungai pandan? (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...