Kitorg buat family gathering kat Chalet Harapan Riverview bah. Saja jer mak ngan bah plan family day nie since kitorng mmg dah 2-3 thn x buat gath.
Lagipun perlu buat meeting pasal koperasi keluarga tue.. So.. berkampunglah kitorng kat Paloh Hinai, Pekan sehari dua malam.
Actually semua perlu berkumpul kat sana dlm pkl 10.30 pg.. tp memasing sibuk nak siap-siapkan makan tgh hari aper semua… so last- last dlm pkl 12 lebih baru masing-masing sampai.
Selepas pembahagian bilik, mak long & anak-anak dah bentang² tikar ajak makan bawah pokok ala-ala picnic style… (^^!!) ngadap ke sungai la plaks kan.. lagikla bestnyer (^_^)
Tp, since aku AJK BBQ.. aku agak busylah skit semalam… nasib baik ader abg farouk, pak teh ngan pak chu.. tolong hidupkan api dan menyediakan tempat untuk BBQ malam semalam.
Dan since AJK minum petang (merangkap ahli keluarga AJK tersebut) memasing dtg lewat atas sebab-sebab yg tidak dpt dielakkan.. so aku pun jadi antara org penting gaklah untuk menjayakan program² semalam .. hahahah (eh! Riak la plaks… (^^i)..)
Lepas settledkan hal kat kantin.. mandi-mandi, solat aper semua… memasing berkumpul kat tanah lapang depan gate Chalet.. acara sukaneka bermula.. seronok gak buli anak-anak sedara kitorng nieh(‘_^)… game paling happening game lumba tarik upih dan isi air dlm botol..
Pic 1 : Acara tarik upih
Pic 2 : Antara peserta² yg mengambil bahagian
Oh!. Hampir keseluruhan acara, anak-anak abg Jidan menang besar.. katanyer dier mmg dah latih anak-anak dier kat rumah untuk acara-acara sukaneka nie spy boleh bolot hadiah hamper yg telah disediakan (^^’).
Pic 3 : Peserta acara rebut gula-gula berpayung
Sukaneka kali ini dikelolakan oleh family teh dan chu, manakala emi dan apit plak jadik host ala-ala abg zoey dan mat kacau (^^').. Tapi sukaneka terpaksa dihentikan sekejap bila hujan mulai lebat ~udalah nie, dengki betul.. haha (^^,)
Pastu dlm pkl 5 camtue.. mak ngah sekeluarga sampai.. then ai ngah turun padang untuk join sukaneka.. Oh!.. tp aku xleh join sukaneka lepas pkl 5 tue.. sbb nak uruskan hal-hal BBQ malam nanti
Terima kasih sekali lagik kepada pakteh, pak chu dan abg farouk.. kerana membantu menguruskan hal ehwal membakar ayam-ayam, sosej-sosej dan sebagainyer itew.
Pic 4 : Makan time!!!!
Then.. lepas maghrib majlis BBQ dan penyampaian hadiah pun bermula… tengah-tengah makan.. baru family Chik Mie sampai.. nasib baik anak-anak dier AJK basuh pinggan.. heheh kalo idak mmg x aci tau dtg lambat-lambat niekan (^^,)
Then.. lepas makan.. yg meeting teruskan dgn meeting koperasi.. kami yg anak² dan cucu² yg x bermeeting nie, sambung tengok pertunjukkan bunga api plaks..
AJK malam persembahan (kakteh dan abg chik) sibuk-sibuk usung pelita punjut dan minyak tanah ke tanah lapang depan kantin. Sesambil tue.. memasing agih-agihkan bunga api kat bebudak kecik² nie..
Mana ntah diorng dpt bunga api.. walaupun x banyak, tapi kira berbaloilah diorng bawak bunga api mlm smlm.. seronok gak dpt tgk budak-budak enjoy main bunga api.. (^^,)
Pic 5 : Maklong Izah dan anak-anak (^^i)
Then dlm pkl 11 lebih aku dah masuk bilik dah.. x larat.. rasa mcm nak tercabut pinggang.. Mujur ader izah, dan ipah.. tqlah korng.. tolong kemas dan basuh pinggan lepas makan-makan semalam.
Tapi masa antara sedar dan lelap tue.. tetiba dgr suara ai ngah main teka-teki kat luar bilik ngan abg long, kak long, radie… sapa ntah lagik… dan sesambil nak lena sempat gak aku menjawap soalan teka-teki ai ngah dlm hati (^^!!)
Pastu.... Sedar-sedar dah pagi .. dan sedar-sedar kitorg dah agak kesiangan.. (^^!) nasib baik para ibu a.k.a mak-mak sedara dah bertungkus lumus di dapur (^^!!)
Lepas selesai urusan pagi... terus ke kantin, sesampai kat sana, terdengar² dah ai long bertanya² kat semua AJK Senamrobik (^^i)… dalam senyum-senyum ai long tue, masih ader sinisnyer (^^ii)
mintak maaf la yerk.. kitorng kesiangan.. kalo x terus menolong kat dapur, kompem x bersarapan lagik kiter semua pkl 8 pagi tadi (^^i)
So.. selepas sarapan kitorng siap-siap untuk ke kubur Arwah tok ki di padang polo… then berkumpullah reramai di sana plaks… kecuali family mak long, sbb dier dah ziarah dua hari sebelum puasa kelmarin.
Keluarga Hjh Rokiah
Alhamdulillah.. gath kali nie ramai yg hadir.. yg xder cumer :
- Abg Nan sefamily ~ diorg kat US
- Kak ngah pidah sefamily ~ kak ngah demam teruk + morning sickness
- Abgwan sefamily ~ nak kejar balik ke Melaka plaks
- Uda ~ dier di perantauan, tgh makan kerepek pedas agaknyer(^^i)..
- Along + Angah kechik ~ Perlu siapkan homework yg melambak² katanyer
// Walaupun penat tp seronok… (^^)v
// Oh!... kitorng baru balik dr TC nie.. giler ramai org… memalam raya pun ramai… dah kitorng x dpt nak makan kerang rebus+ keropok lekor tepi pantai (T_T)
2 ulasan:
best tu ada family day...
hahah... tp hari ray jer bleh nak buat sbb time tue semua org balik ktn (^^!!)
Catat Ulasan