Jumaat, Ogos 22, 2025

Day 1: Chasing Clouds to Alahan Panjang – A Scenic Drive Through Padang’s Hidden Highlands



After 7 years not flying abroad.. Akhirnya aku join adik² satu office ke Sumatera Barat, Indonesia.. Ini adalah percutian yang sangat tiba-tiba dan gamble. Totally sudden, like:

Shikin ajak datang discuss di bilik Pah > setuju nak join Trip Giler² Remaja > Nak beli tiket flight tapi tak dapat sbb passport dah mati tiga tahun lepas > Buat passport dan beli tiket flight esoknya > Apply cuti > Boss approvedkan cuti > Buat persediaan untuk bercuti dan kemas luggage 

(^ ^’)..


Dan begitulah percutian kami ke Sumatera Barat bermula..


04 JUL 2025 [Friday]



Dari Kuantan ke KLIA, kami naik MAS (MH1231).. Depart 19:55, so seawal 5.30 dah berada di Airport Sultan Haji Ahmad Shah.. Pukul 6, check in dan Alhamdulillah, abg kaunter MAS berbaik hati beri seat sebelah Shikin.. Pah jer jauh sikit, selang dua row di depan.. Sampai di KLIA jam 8:40, then kami ke KLIA 2..

Perlu berkumpul dengan another two members.. Sorang dari Kelantan, sorang lagi dari Ipoh.. Sementara tunggu Didie dan Liyana sampai, kami makan malam di Kopi Oriental dulu.. Egg tart dia sangat sedap..


05 JUL 2025 [Saturday]

KUL-PDG AK403 Gate L9 07:45 ~ Flight ke Padang awal pagi.. so perlu bersiap² dan check in selewat²nya 05:30.. Usai semua urusan check in luggage dengan staff Air Asia yang kerek tue, kami berlima bergegas ke Gate L9..

Depart on time dan dari KL ke Padang ambil masa lebih kurang satu ke sejam suku.. tapi kami touch down 07:41 (waktu tempatan).. dan Oh! Kapten Budi buat landing sangat smooth yer.. Sukidesu (^ ^).. 



..dan walaupun kami sampai di Minangkabau International Airport 14 minit lebih awal dari yang dijadualkan.. tourist guide kami, Adry dr Tourism Padang Ute dah sampai dah.. Dia dah siap tunggu di luar pintu ketibaan..

Oh.. untuk memudahkan urusan di airport waktu ketibaan, boleh isi beberapa document penting secara online dari Malaysia: 

  • Indonesia Electronic Customs Declaration (e-CD) 
  • SATUSEHAT Health Pass – Show the QR upon arrival. 
  • Indonesia Autogate Facility (e-visa)

So, tempat pertama Adry bawa untuk bergambar ialah di sini (^^’):




RUMAH MAKAN LAMUN OMBAK

Pukul 8.40 pagi, bergerak ke RM Lamun Ombak. Perut dah berbunyi, maka kita mulakan hari kita dengan santapan Nasi Padang. Seperti biasa, kalau makan nasi padang, hanya bayar lauk yang dimakan sahaja..



Tapi sebab first time, so kami nak cuba rasa semua yang dihidangkan.. Siap top-up gulai tunjang, lemak masak minang dan ayam putih lagi.. Alhamdulillah. Sangat sedap dan autentik. Setiap lauk berbeza² rempah dn rencahnya.



MASJID RAYA SUMBAR



Selesai bersarapan, Adry bawa kami melawat sebuah masjid yang sangat cantik — Masjid Raya Sumatera Barat, juga dikenali sebagai Masjid Mahligai Minang. Terletak di Padang dan mula dibina pada 21 Disember 2007; dirasmikan pada 4 Januari 2019 dengan kos sekitar Rp 330 bilion. Dibina atas tanah seluas 4.4 hektar, dan mampu memuatkan sehingga 20,000 jemaah. Reka bentuknya hasil idea Rizal Muslimin yang menang dalam pertandingan reka bentuk masjid.



Kini, masjid ini dikenali secara rasmi sebagai Masjid Raya Syekh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, nama yang diumumkan pada 1 Muharram 1446H (7 Julai 2024). Uniknya, masjid ini tiada kubah seperti masjid lain. Sebaliknya, atapnya berbentuk gonjong ala Rumah Gadang Minangkabau, simbol budaya dan kisah Hajar Aswad (Kisah perletakkan semula batu Hajar Aswad oleh 4 suku kaum Quraisy).

Struktur bangunan pula direka tahan gempa hingga magnitud 10. Dalamannya dihiasi ukiran Minang dan kaligrafi Asmaul Husna, sementara ruang mihrab berbentuk batu Hajar Aswad dan dilengkapi karpet mewah hadiah dari Kerajaan Turki.



PADANG BEACH



Kemudian singgah sebentar di pantai yang terletak di pusat bandar nie: Padang Beach. Pantai ini memanjang dari Purus hingga ke muara Batang Arau. Lebih dikenali sebagai Taplau (tapi lauik) yang bermaksud "di tepi laut" dalam bahasa Minang.

Ada laluan pejalan kaki untuk orang ramai bersiar² atau beriadah. Tapi memandangkan matahari betul² di atas kepala.. kita bergambar sahaja di sini, dan bergerak ke next stop..



JAMBATAN SITI NURBAYA



kami singgah di satu lagi tempat ikonik di Padang — Jambatan Siti Nurbaya. Jambatan sepanjang lebih 100-meter ini melintasi Sungai Batang Arau, menghubungkan bandar Padang dengan kawasan Seberang Padang. Waktu malam, jambatan ni jadi sangat meriah dengan lampu berwarna-warni dan gerai-gerai makan tepi jalan. Memang sesuai untuk lepak santai sambil layan angin laut.



Nama jambatan ni diambil sempena watak terkenal dalam novel klasik “Siti Nurbaya” karya Marah Roesli — kisah cinta tragis antara Siti Nurbaya dan Samsul Bahri yang sangat sinonim dengan budaya Minangkabau. 

Di hujung jambatan ni juga ada Bukit Siti Nurbaya, tempat yang dikatakan jadi makam Siti Nurbaya. Sama ada mitos atau realiti, kisah lagend ini telah menjadikannya lokasi yang penuh elemen nostalgia dan budaya tempatan.



KEBUN TEH DANAU KEMBAR


Perjalanan diteruskan.. kalau ikut itinerary, kami akan melalui kebun teh, ladang strawberry, dan tiga buah danau sebelum sampai di Alahan Panjang.. dan ambil masa 2 jam perjalanan untuk ke sana.. Jadi, dalam pukul 11.15 pagi, kami mula bergerak ke sana.

Plan asal nak singgah di ladang strawberry sebelum ke kebun teh.. boleh petik dan bawa balik strawberry.. tapi tanaman kurang menjadi sekarang nie, maka terus ke kebun teh sahaja.. dan di sini pun ramai yang menjaja strawberry, blueberries jagung dan lain²..


Kemudian kami bergegas ke tiga danau yang popular dan memang sentiasa menjadi pilihan tourist untuk panorama indah dan semestinya bergambar..



DANAU DIATAS (DANAU DIATEH)



Danau Diatas terletak di kawasan Alahan Panjang, Solok, dan berada pada ketinggian lebih 1,500-meter dari paras laut. Dikelilingi ladang sayur dan udara sejuk, pemandangan di sini memang menenangkan. 

Menariknya, ia bersebelahan dengan Danau Dibawah, tapi kelihatan lebih cerah dan terbuka. Aktiviti bot dan memancing pun ada untuk pelancongan santai.



DANAU TALANG


Danau Talang pula terletak berdekatan Gunung Talang, bekas kawah gunung berapi. Airnya jernih kehijauan dan dikelilingi kehijauan hutan dan bukit. Lokasi ni kurang komersial, jadi suasananya lebih damai dan raw..

Sesuai untuk penggemar alam dan pencinta fotografi, especially waktu pagi dengan pantulan kabus atas permukaan tasik.




DANAU DIBAWAH



Walaupun namanya “Dibawah”, danau ni sebenarnya lebih dalam dari Danau Diatas dan suasananya lebih misteri — airnya kelihatan lebih gelap dan tenang. Ia terletak agak terlindung di lembah dan sering diselubungi kabus. Ada yang kata ia menyimpan banyak mitos tempatan. Tapi yang pasti, pemandangan semula jadi di sekitarnya memang memukau!

 


Pemandangan danau yang dari atas nie lebih indah.. Kalau ada lebihan masa; boleh sewa jeep dan explore setiap lurah dan lembah.. mmg akan jadi lebih menarik dan mengujakan.. dengan angin sejuk menampar² muka.. melihat pemandangan indah danau dari kejauhan.. haha.. gitew..


CAFÉ SOLOK RADJO DANAU DIATAS


Around 5.15pm, Adry ajak Gerak ke Solok Radjo.. Kita nak ngopi sambil menikmati pemandangan senja. Café nie memang antara tempat viral.. family dan anak² remaja, untuk menikmati kopi dan hidangan² fusion.. Since kita datang jauh², so marilah kita cuba kopi susu Solok Radjo.. 



Lama juga melepak di café.. Around pukul 8.30pm macam tue, selesai ngopi dan bergambar semua, kami mula perlahan² bergerak ke hotel.. Malam nie, kami tidur di Hotel Kayu Putih, Alahan Panjang.. Marilah berehat.. esok boleh sambung jalan² lagi.


Ahad, September 29, 2019

Masjid Trail - Terengganu



Trip ke Terengganu nie untuk temankan mak dan bah ke majlis reunion maktab di Kerteh. Dah alang² jadi driver, co-pilot dan merangkap bodyguard; kita buatlah Masjid Trail @Terengganu.. Kali ini kita cover Kerteh dan Kuala Terengganu (^_^)..


[SABTU SEP 21, 2019]



La Hot Spring
On the way ke Kerteh.. Sempat singgah Kolam Air Panas Kg. La. Kawasan air hangat ini terletak di pendalaman Hulu Besut; lebih kurang 28 km dari bandar Jerteh.

Kawasan riadah yg lebih dikenali sebagai La Hot Spring nie telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1992; tetapi buat penduduk tempatan, kawasan ini sudah lama wujud dan sering dikunjungi..



Kami hanya singgah sebentar sebab memang tidak merancang untuk ke sini asalnya.. Kebetulan nampak papan tanda kawasan rekreasi, nak juga tahu cantik ke tidak.. Tak sangka kolam air panas nie perlu masuk jauh ke dalam (^^')..


Masjid Lapan Kubah
Then teruskan perjalanan ke Masjid 8 Kubah. Ini adalah masjid ke-dua. Masjid pertama tadi, di Kampung Anak Ikan.. Tapi terlupa nak ambil gambar (^_^)..



Berbalik kepada Masjid Lapan Kubah, atau juga dikenali sebagai Masjid Russia ini agak menarik perhatian kerana senibinanya terinspirasi daripada mercu tanda terkenal Moscow; St Basil Cathedral.

Masjid yang terletak di Kampung Lapan Kotak, Jerteh ini dibina di kawasan sawah padi, di tengah² kampung.. dan katanya sejak ianya mula digunakan pada tahun 2017, memang tidak putus² orang datang melawat dan bersolat di sini.

Ok.. Mari ke masjid seterusnya..


Masjid Ulul-Albab
Masjid kayu cengal yang terletak di Kampung Seberang Jerteh, Jerteh, Terengganu nie, senibinanya menjurus kepada senibina Melayu Islam. Sesekali lihat seperti istana di zaman kesultanan melayu Melaka (^_^)..



Sebenarnya, masjid ini mengambil contoh senibina Masjid Kampung Laut, Tumpat, Kelantan; yakni masjid tertua di Malaysia yang dikatakan berusia lebih 250 tahun. Oh! Masjid ini juga dikenali sebagai masjid tanpa paku.. hebat bukan?..

Apa pun, suka dengan senibina masjid nie.. Cantik dan unik.

Selesai urusan di sini... Kita bergerak ke hotel, check-in dan hantar mak dan bah ke majlis reunion. Then aku dan Uda sambung jalan² sampai terlajak ke Kelantan (^^')..


Pantai Tok Bali
Apa yang menarik di sini yer? Erm.. Setakat yang dapat dilihat, pantai dan laut serta pelbagai gerai menjual keropok dan makanan laut yang buat ramai orang datang ke sini.. Tak nampak pula orang mandi manda.. Mungkin ombak kuat masa nie..

Tapi suka pula kami berdua menyusur tetambak laut nie.. kalau rajin lagi, boleh hampir dengan rumah api tue (^_^)..



Habis puas bergambar, kami ke Happy Container Cafe Tok Bali.. Menarik juga tempat nie. Hipster and happening..

Just having our dinner here, selfie sikit then balik ke bilik. Sambung esok pula..




-----------------//-----------------





[AHAD-SEP 22, 2019]
Majlis reunion mak dan bah, semalam sahaja.. so hari nie, activiti bebas.. So bolehlah berjalan² pusing bandar (^_^).. Kami keluar agak lewat sikit hari nie, tapi nak cari nasi dagang dan laksam kuah putih.

Tak jumpa pula tempat² makan yang viral area Jerteh-Besut nie.. So just singgah di salah sebuah kedai di tepi jalan.. Mujur ada menu yang kami cari..

Kemudian, dalam pukul 11.00 bergerak ke Pantai Bukit Keluang..




Pantai Bukit Keluang
Cantik kawasan nie.. dan banyak aktiviti boleh dilakukan.. selain mandi-manda dan berpiknik, ramai juga yang datang untuk hiking.. Di bahagian atas Bukit Keluang nie, katanya pemandangan sangat cantik, tapi kami tidaklah memanjat naik ke atas..

Sekadar cuci mata dan menyusur pantai sahaja (yang mampu)..




Pantai Bukit Keluang nie berdekatan dengan Pulau Redang, kalau tidak disebabkan jerebu, mungkin boleh nampak pulau dari pantai.. Air laut pun cantik jer.. tapi kami tak mandi laut.. Tak bawa baju gantian pun.. memang datang sekadar nak ambil angin..

Selain tue, apa yang menariknya tempat nie, kalau kita menyusur lagi ke kanan pantai, boleh jumpa dinding² bukitnya bergua.. Boleh lepak dan piknik.. main nyorok² ke (kalau berani (^^")..)..

Yang datang memancing pun ramai juga..




Masjid Islah



Kami singgah sebentar di sini, kebetulan satu jalan hala balik dari pantai tadi.. dan suka tengok masjid nie.. remind me of Masjidil Haram (^_^).. Masjid nie, terletak di Kampung Limbungan, Besut..

Then kami ke Pantai Air Tawar.. for late lunch, seterusnya balik bilik. Penat juga walaupun bukan pergi banyak tempat pun. Since semua orang dah penat, dinner pun kami makan berhampiran tempat penginapan sahaja (^_^)


-----------------//-----------------




[ISNIN-SEP 23, 2019]
Nak gerak balik ke Kuantan dah hari nie, tapi nak sambung cari masjid lagi.. area Kuala Terengganu pula.. Nak singgah Pasar Payang dan lawat Jambatan Angkat Terengganu yang viral tue (^_^)..


Masjid Kristal



Walaupun kerap juga masjid nie kami singgah, tapi tak pernah lagi ke Islamic Heritage Park yang terletak bersebelahan sahaja.. dan kali nie pun kami tak singgah juga.. Malaysia panas sangat, tak larat nak jalan² dalam taman tue..

Mari kita ke masjid yang seterusnya..

Masjid Abidin



Masjid ini dulunya dikenali sebagai Masjid Putih atau Masjid Besar dan ia merupakan masjid DiRaja negeri Terengganu lama. Ianya dibina oleh Sultan Zainal Abidin II antara tahun 1793 dan 1808. Tapi sekarang nie dah ditambah-baik dan digantikan dengan bangunan batu.

Oh.. Pasar Payang baru berhampiran sahaja dengan Masjid Putih nie, jadi kami ke pasar sekejap untuk cari baju kaftan Hana dan Kak Yam..





Dawn Bridge (Jambatan Angkat) Terengganu
Alang-alang dah sampai kan.. Ambillah gambar sikit, walaupun hanya dari kejauhan (^^')




Masjid Terapung
Masjid terakhir untuk trip kali ini: Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.




Masjid nie masjid (di Malaysia) yang paling aku suka.. Senibina dia sangat simple, minimalis, putih-bersih tapi nampak sangat elegan dan nampak sangat "mewah" dan "megah" tapi dalam lingkungan kerendahan hati.. Err.. macam mana tue (^^')..


Pantai Kemasik
Akhir sekali kami singgah di Pantai Kemasik.. Mak dan bah nak makan ikan dan sotong celup tepung(^_^)..




Alhamdulillah.. selesai sudah trip jalan-jalan cari masjid kami untuk kali nie.. next time kita plan negeri lain pula.. (^_^)v


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...