Jumaat, Ogos 08, 2025

Day 2: Morning Mists & Minang Memories – Finding Peace in Alahan Panjang



06 JUL 2025 [Sunday]

Pagi yang indah di (Hotel) Villa Kayu Putih, subuh awal di sini dan kami semua hampir terlupa tentang tue.. mujur tak kesiangan (^.^).. Semalam dah janji dengan Adry, nak start gerak pukul 8.30 pagi; jadi, dalam pukul 7.00 turun untuk breakfast. 

Actually, boleh bersarapan di luar café, ada meja dan pangkin khas untuk penginap hotel bersarapan sambil lihat pemandangan yang saujana memandang nie.. Oh, boleh nampak Gunung Talang dari anjungan ini.

 

Gunung Talang

tapi sebab turun lewat, ruangan makan di beranda luar sudah penuh.. Jadi breakfast di dalam cafe sahaja (bakwan sayur dan lontong pucuk paku dia memang terbaik.. sangat sedap).. Usai breakfast, kami keluar ke beranda untuk bergambar, sebelum Adry sampai.



RAINBOW SLIDE CAMBAI HILL
 
 

Cambai Hill adalah taman tema kecik ala² iCity. Per entry Rp.20ribu per person.. and Rp.30ribu per person untuk setiap ride. Ada pelbagai ride yang lain, tapi kurang menarik. Kami datang hanya untuk main Rainbow Slide dan Adry layan jer request kami walaupun tiada dalam itinerary asal. 

 


Bila view di tik-tok slide nie sangat mengujakan.. Erm, memang mengujakan.. tapi sepanjang mendaki ke atas, rasa teruja mula bercampur-baur dengan rasa seriau. Hahaha.. makin nak sampai ke puncak, makin kerap keluar bunyi.. “alaa, takut..”, “boleh ke nie”.. “takutlah..”.. (^^’).. 

Last² decide, slide ke bawah serentak berlima.. Masing² pegang each others’ pelampung dan tak sampai seminit, selamat sampai ke bawah.. (^ ^).

 


Oh.. tak boleh berlama-lama di sini.. kita perlu bergerak ke Pagaruyung.. 4 jam driving untuk ke sana, so dalam 9.45 pagi we get back on the road.. tapi on the way, kita singgah sebentar di Danau Singkarak untuk ambil angin dan beli lemang pisang.



DANAU SENGKARAK

 

Danau Singkarak


Lemang pisang adalah antara kudapan warga tempatan yang wajib dicuba.. Pisang raja dibalut dengan pulut, dibungkus dengan daun pisang dan disumbat dalam buluh lemang.. kemudiannya dibakar.. sedap tapi tak boleh makan banyak.. kudapan manis nie kami kurang gemar.. prefer bakwan dan tempe goreng lagi

Dalam pukul 1.00 pm macam tue, kami berhenti untuk lunch. Kali nie Adry bawa kami makan Nasi Padang di rumah makan area Batu Sangkar, Pagaruyung.



RUMAH MAKAN SAWAH LAMAN

 

 

Alhamdulillah.. dapat makan nasi padang sekali lagi.. dan kali nie, kami pilih lauk yang kami nak sahaja (^^,).. rumah makan yang nie sangat cantik.. dan ada rumah minang berhampiran.. Lepas solat siap² di musolla RM Sawah Laman, kami bergambar sekeping-dua..



 

Pukul 3:15 pm, mula bergerak ke Istana Basa Pagaruyung.. Mari kita melihat dan menghayati budaya dan adat Minangkabau..



ISTANA BASA PAGARUYUNG 

 


Istana ini adalah istana diraja bekas Kerajaan Pagaruyung, terletak di daerah kecil Tanjung Emas berdekatan pekan Batusangkar, Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. 

Istana Basa Pagaruyung bukan sekadar sebuah bangunan megah, tapi ianya adalah lambang kejayaan, seni, dan sistem adat Minangkabau yang kaya dengan tatacara dan nilai hidup.



 

Dari jauh, struktur atap Minangkabau ini amat menarik perhatian, membawa kita menyelami sejarah kerajaan yang pernah menjadi pusat kuasa dan budaya. Ianya dibina semula menggunakan ukiran kayu halus dan warna tradisional. 

Istana cantik ini juga menyimpan kisah ratusan tahun. Ruangan dalamnya dikekalkan setiap susun atur bagi mengekalkan suasana di masa silam. 





 

Setiap ruang punya cerita tersendiri; dari balairung utama tempat raja bersidang, ke dapur tradisional yang memaparkan cara hidup rakyat. 

Jika singgah melawat istana, kita bukan sekadar datang untuk bergambar, tapi juga dapat memahami struktur masyarakat Minang, nilai adat, dan kekuatan ilmu warisan yang masih dijaga. 


 

 

 

..dan di sini ada perkhidmatan penyewaan pakaian adat Minangkabau dengan harga antara Rp35. 000 hingga Rp75. 000, membolehkan kita bergambar dengan latar belakangkan istana dalam pakaian tradisional.. 

Cantik, tapi takpelah.. Biar Shikin dan Liyana saja yang cuba.. (^.^) 

 

Pertemuan di tangga istana (^^')


Oh! Akhirnya.. bertemu jua (^-^)

Sedang elok kami nak bergambar.. tiba-tiba dengar “Oi, pengantin lelaki dah sampai nie..”, hahaha.. Kami semua tergelak besar, bila perasan baju Liyana berpasangan dengan salah sorang budak lelaki dari group warga tempatan nie..

Memang klakar.. boleh pula bertemu jodoh di tangga istana.. (^^’).. kami masing² duk mengusik “pasangan mempelai”.. Sampai menyorok² malu dia.. Rio namanya.. Mula² malu, tapi last² dia join juga kami bergambar..

Nasib tak ada kompang... kalau tak, boleh proceed dah nie.. (^_^)

 

 

Erm.. Lama juga kami bertandang ke istana.. Pukul 5.30 petang baru gerak keluar dari perkarangan istana.. Adry nak bawa kami ngopi.. kali ini kopi herba..



KEDAI KOPI DAUN KAWA PAK MANGKUTA

 


Akhirnya, selepas lebih sejam perjalanan, kami sampai di daerah Bukit Siangin, Bayun Tanjung Alam, Tanah Datar. Ada kedai kopi kecil yang menyediakan kopi daun kawa di sini.. Kedai kopi seperti di kampung².. Kedai ni sediakan air kopi dalam tempurung (sangat unik)..

Tapi tak berani nak minum banyak.. sebab kopi nie, kopi herba.. bimbang terlalu panas.. so, kita order dua tempurung kopi kawa; yang lainnya, kopi kampung biasa.. Lepas tue, dapat pula gorpis; dan kudap² gorengan lain.. Layan..



LALADO RESTO KHAS KAMPUANG

 


Time ngopi tadi, kami hanya icip² dan rasa² saja.. so untuk makan malam nie, kita cuba baksolah pula.. Jadi, Adry bawa kami ke Lalado Resto.. Kita dah masuk daerah Harau dah nie.. Nak cuba bakso urat, bakso beranak dan bakso biasa..

Erm.. sebenarnya silap.. ingatkan bakso tue, sup.. Nak cuba sup urat/tunjang di sini.. rupa-rupanya bakso adalah bebola.. Tahu maksud bakso adalah bebola.. tapi time order tue.. asyik duk teringat bakso urat adalah sup urat.. Tataulah kenapa, lapar barangkali (^^’).. Dah order, makan jerlah (^^,)

Usai makan malam, kami mula bergerak ke Hanum Homestay.. kita bermalam di sini malam nie.. Okaylah, sampai sini sahaja aktiviti kita untuk hari ini.. Jumpa esok.

 

 

Sabtu, Ogos 02, 2025

Day 1: Chasing Clouds to Alahan Panjang – A Scenic Drive Through Padang’s Hidden Highlands




After 7 years not flying abroad.. Akhirnya aku join adik² satu office ke Sumatera Barat, Indonesia.. Ini adalah percutian yang sangat tiba-tiba dan gamble. Totally sudden, like:

Shikin ajak datang discuss di bilik Pah > setuju nak join Trip Giler² Remaja > Nak beli tiket flight tapi tak dapat sbb passport dah mati tiga tahun lepas > Buat passport dan beli tiket flight esoknya > Apply cuti > Boss approvedkan cuti > Buat persediaan untuk bercuti dan kemas luggage 

(^ ^’)..


Dan begitulah percutian kami ke Sumatera Barat bermula..


04 JUL 2025 [Friday]



Dari Kuantan ke KLIA, kami naik MAS (MH1231).. Depart 19:55, so seawal 5.30 dah berada di Airport Sultan Haji Ahmad Shah.. Pukul 6, check in dan Alhamdulillah, abg kaunter MAS berbaik hati beri seat sebelah Shikin.. Pah jer jauh sikit, selang dua row di depan.. Sampai di KLIA jam 8:40, then kami ke KLIA 2..

Perlu berkumpul dengan another two members.. Sorang dari Kelantan, sorang lagi dari Ipoh.. Sementara tunggu Didie dan Liyana sampai, kami makan malam di Kopi Oriental dulu.. Egg tart dia sangat sedap..


05 JUL 2025 [Saturday]

KUL-PDG AK403 Gate L9 07:45 ~ Flight ke Padang awal pagi.. so perlu bersiap² dan check in selewat²nya 05:30.. Usai semua urusan check in luggage dengan staff Air Asia yang kerek tue, kami berlima bergegas ke Gate L9..

Depart on time dan dari KL ke Padang ambil masa lebih kurang satu ke sejam suku.. tapi kami touch down 07:41 (waktu tempatan).. dan Oh! Kapten Budi buat landing sangat smooth yer.. Sukidesu (^ ^).. 



..dan walaupun kami sampai di Minangkabau International Airport 14 minit lebih awal dari yang dijadualkan.. tourist guide kami, Adry dr Tourism Padang Ute dah sampai dah.. Dia dah siap tunggu di luar pintu ketibaan..

Oh.. untuk memudahkan urusan di airport waktu ketibaan, boleh isi beberapa document penting secara online dari Malaysia: 

  • Indonesia Electronic Customs Declaration (e-CD) 
  • SATUSEHAT Health Pass – Show the QR upon arrival. 
  • Indonesia Autogate Facility (e-visa)

So, tempat pertama Adry bawa untuk bergambar ialah di sini (^^’):




RUMAH MAKAN LAMUN OMBAK

Pukul 8.40 pagi, bergerak ke RM Lamun Ombak. Perut dah berbunyi, maka kita mulakan hari kita dengan santapan Nasi Padang. Seperti biasa, kalau makan nasi padang, hanya bayar lauk yang dimakan sahaja..



Tapi sebab first time, so kami nak cuba rasa semua yang dihidangkan.. Siap top-up gulai tunjang, lemak masak minang dan ayam putih lagi.. Alhamdulillah. Sangat sedap dan autentik. Setiap lauk berbeza² rempah dn rencahnya.



MASJID RAYA SUMBAR



Selesai bersarapan, Adry bawa kami melawat sebuah masjid yang sangat cantik — Masjid Raya Sumatera Barat, juga dikenali sebagai Masjid Mahligai Minang. Terletak di Padang dan mula dibina pada 21 Disember 2007; dirasmikan pada 4 Januari 2019 dengan kos sekitar Rp 330 bilion.

Dibina atas tanah seluas 4.4 hektar, dan mampu memuatkan sehingga 20,000 jemaah. Reka bentuknya hasil idea Rizal Muslimin yang menang dalam pertandingan reka bentuk masjid.



Kini, masjid ini dikenali secara rasmi sebagai Masjid Raya Syekh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, nama yang diumumkan pada 1 Muharram 1446H (7 Julai 2024). Uniknya, masjid ini tiada kubah seperti masjid lain. Sebaliknya, atapnya berbentuk gonjong ala Rumah Gadang Minangkabau, simbol budaya dan kisah Hajar Aswad (Kisah perletakkan semula batu Hajar Aswad oleh 4 suku kaum Quraisy).

Struktur bangunan pula direka tahan gempa hingga magnitud 10. Dalamannya dihiasi ukiran Minang dan kaligrafi Asmaul Husna, sementara ruang mihrab berbentuk batu Hajar Aswad dan dilengkapi karpet mewah hadiah dari Kerajaan Turki.



PADANG BEACH



Kemudian singgah sebentar di pantai yang terletak di pusat bandar nie: Padang Beach. Pantai ini memanjang dari Purus hingga ke muara Batang Arau. Lebih dikenali sebagai Taplau (tapi lauik) yang bermaksud "di tepi laut" dalam bahasa Minang.

laluan pejalan kaki untuk orang ramai bersiar² atau beriadah. Tapi memandangkan matahari betul² di atas kepala.. kita bergambar sahaja di sini, dan bergerak ke next stop..



JAMBATAN SITI NURBAYA



i singgah di satu lagi tempat ikonik di Padang — Jambatan Siti Nurbaya. Jambatan sepanjang lebih 100-meter ini melintasi Sungai Batang Arau, menghubungkan bandar Padang dengan kawasan Seberang Padang.

Waktu malam, jambatan ni jadi sangat meriah dengan lampu berwarna-warni dan gerai-gerai makan tepi jalan. Memang sesuai untuk lepak santai sambil layan angin laut.



a jambatan ni diambil sempena watak terkenal dalam novel klasik “Siti Nurbaya” karya Marah Roesli — kisah cinta tragis antara Siti Nurbaya dan Samsul Bahri yang sangat sinonim dengan budaya Minangkabau. 

Di hujung jambatan ni juga ada Bukit Siti Nurbaya, tempat yang dikatakan jadi makam Siti Nurbaya. Sama ada mitos atau realiti, kisah lagend ini telah menjadikannya lokasi yang penuh elemen nostalgia dan budaya tempatan.



KEBUN TEH DANAU KEMBAR


jalanan diteruskan.. kalau ikut itinerary, kami akan melalui kebun teh, ladang strawberry, dan tiga buah danau sebelum sampai di Alahan Panjang.. dan ambil masa 2 jam perjalanan untuk ke sana.. Jadi, dalam pukul 11.15 pagi, kami mula bergerak ke sana.

Plan asal nak singgah di ladang strawberry sebelum ke kebun teh.. boleh petik dan bawa balik strawberry.. tapi tanaman kurang menjadi sekarang nie, maka terus ke kebun teh sahaja.. dan di sini pun ramai yang menjaja strawberry, blueberries jagung dan lain²..



Kemudian kami bergegas ke tiga danau yang popular dan memang sentiasa menjadi pilihan tourist untuk panorama indah dan semestinya bergambar..



DANAU DIATAS (DANAU DIATEH)



Danau Diatas terletak di kawasan Alahan Panjang, Solok, dan berada pada ketinggian lebih 1,500-meter dari paras laut. Dikelilingi ladang sayur dan udara sejuk, pemandangan di sini memang menenangkan. 

Menariknya, ia bersebelahan dengan Danau Dibawah, tapi kelihatan lebih cerah dan terbuka. Aktiviti bot dan memancing pun ada untuk pelancongan santai.




DANAU TALANG


Danau Talang pula terletak berdekatan Gunung Talang, bekas kawah gunung berapi. Airnya jernih kehijauan dan dikelilingi kehijauan hutan dan bukit. Lokasi ni kurang komersial, jadi suasananya lebih damai dan raw..

Sesuai untuk penggemar alam dan pencinta fotografi, especially waktu pagi dengan pantulan kabus atas permukaan tasik.




DANAU DIBAWAH

 


Walaupun namanya “Dibawah”, danau ni sebenarnya lebih dalam dari Danau Diatas dan suasananya lebih misteri — airnya kelihatan lebih gelap dan tenang. Ia terletak agak terlindung di lembah dan sering diselubungi kabus. Ada yang kata ia menyimpan banyak mitos tempatan. Tapi yang pasti, pemandangan semula jadi di sekitarnya memang memukau!



Pemandangan danau yang dari atas nie lebih indah.. Kalau ada lebihan masa; boleh sewa jeep dan explore setiap lurah dan lembah.. mmg akan jadi lebih menarik dan mengujakan.. dengan angin sejuk menampar² muka.. melihat pemandangan indah danau dari kejauhan.. haha.. gitew..



CAFÉ SOLOK RADJO DANAU DIATAS


Around 5.15pm, Adry ajak Gerak ke Solok Radjo.. Kita nak ngopi sambil menikmati pemandangan senja. Café nie memang antara tempat viral.. family dan anak² remaja, untuk menikmati kopi dan hidangan² fusion.. Since kita datang jauh², so marilah kita cuba kopi susu Solok Radjo..



Lama juga melepak di café.. Around pukul 8.30pm macam tue, selesai ngopi dan bergambar semua, kami mula perlahan² bergerak ke hotel.. Malam nie, kami tidur di Hotel Kayu Putih, Alahan Panjang.. Marilah berehat.. esok boleh sambung jalan² lagi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...