Memaparkan catatan dengan label Memory lane. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Memory lane. Papar semua catatan

Isnin, Julai 06, 2015

Makan Dalam Talam




Setiap kali Ramadhan, mesti teringat zaman blajar matrik kat Kolej Mara Banting dulu.. Group usrah kitorng suka buat majlis berbuka ramai², makan dlm talam..

Rindu ( ^_')..



//Kat mana kat Kuantan nie ada buat majlis berbuka makan dlm talam erk? macam nak trylah (^_^)



Jumaat, Mei 15, 2015

Bila Takde Kerja..

Bila dah takde kerja (read: takde mood lg nak buat kerja).. kita layan jap how-old.net nie (^^")


Hanoi, Vietnam (2014)

Doraemon 100's Days, Kuala Lumpur (2014)

Doraemon 100's Days, Kuala Lumpur (2014)

Hokaido, Japan (2012)

UniMAP, Perlis (2015)

Hot Air Balloon Fiesta, Putrajaya (2010)

Disney Land, Paris (2010)


Ok.. dah boleh buat kerja dah (^^,)..



Ahad, Ogos 18, 2013

Ada Apa Dengan Cinta?


Nicholas Saputra


Tengah tgk movie lama nie kat TV3.. (^_^). Lama gile kot, awal tahun 2000 dulu. Actually movie nie yg buat org kita start tgk movie kisah² cinta dr tanah seberang.. Mcm cerita Kuch-kuch Hota Hei gak la.. lepas tue semua suka tengok hindustan..

erm.. banyak kenangan movie nie.. sebab utama kitorng tgk berkali² movie nie sudah semestinyalah heronya; Rangga. haha.. sampai siap minat sorang classmate secara berjemaah yg muka iras Rangga. Selalu gaklah usha dia time kuliah dan rasanya dia pun tau muka dia kachak mcm Rangga.. (^_^)

Ada satu scene yg semua org (kengkawan aku lah masa nie).. duk berangan bila dah berboypren nanti nak buat scene mcm Rangga dan Cinta. Main masak² di dapur; baling² bawang dan lempar tepung.. hahah.. rindulah kat korng.. korng ingat tak pasal nie? korng dah lupa kot (^^')..

Start dr tgk cerita nie jugaklah.. kitorng suka ulang² dialog Ranga dan Cinta.. "Ka-chang rebuss!".. "Kamu suka?.. Suka bangat"..tak lupa juga ada yg duk hafal puisi² Rangga dan Cinta sambil tetiba mendeklamasikannya dlm bilik sensorang..

Ermm.. I miss those good old days..

Perempuan
Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karena cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur dihatimu
Yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya
Meninggalkan hati untuk dicaci
Baru sekali ini aku melihat karya surga dalam mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta
Tapi aku pasti akan kembali
Dalam satu purnama
Untuk mempertanyakan kembali cintanya
Bukan untuknya
Bukan untuk siapa
Tapi untukku
Karena aku ingin kamu
Itu saja


Oh!.. dan aku rasa bila ayah Rangga panggil Rangga 'monyet' tue adalah sangat kiyut.. and I used that term to call my favourite one.. Harap ia x dianggap kurang sopan.. atau sesuatu yg x molek ( ^_')..

erm.. I miss my monyet.. Dah 6 thn dah.. Apalah khabar dia skrg nie.. ( -_-)



Jumaat, April 05, 2013

Watashi wa Marēshia desu (^_^)v

kemas photo galery kat hanset tadi.. Pastu terjumpa gambar nie (^_^)..




Hahaa.. klaka plaks biler ingat balik.. ('∀ `)

Masa nie kat Chitose Airport.. Kami tgh tunggu kat Gate 2 untuk ke Narita.. Tengah² lepak, tetiba dtg dua org mamat Jepun nie mintak nak amik gambar sesama.. (tp kamera aku kat Farah.. yg ada kamera enset jer.. so agak blur)

Actually 3 kali dier datang area kitorng duduk tue.. Kali pertama diorng just jalan sana-sini sambil ambil gambar dgn pose² maut.. Aku ngan uda just pandang dan senyum sesama sendiri.. sbb diorng mmg sgt pelik..

Pastu datang skali lagi; pandang² uda.. pastu dier senyum sambil lambai².. uda balas senyum sambil angguk.. aku pandang pelik dan gelakkan ajer.. Then diorng pegi sambil gelak² dan tolak² sesama sendiri..

Kali ketiga diorng terus straight pegi kat uda.. then tanya.. bleh ambil gambar sesama tak? hahahah.. klakalah dorng berdua nie.. rupa-rupanya.. duk pi-mai-pi-mai dr tadi tu nak ajak amik gambar ke? malu nak mintak kot? (^-^)..


Lepas amik gambar sesama.. borak² skit.. then nak kena naik flight dah (ke Kansai).. diorng lambai² sambil jerit.. "Malaysia good!.." kami lambailah balik.. walaupun segan sbb dier jerit agak kuat (^^').. tp layankan ajer.

aii.. mcm² jenis manusia nie kan? (^__^)




Rabu, Ogos 25, 2010

Duit durian...


Smlm dlm kelas Dr.Nan, ader bincangkan pasal system untuk registration budak2 tadika.. then biler Dr. sebut pasal pembayaran duit yuran, tetiba jer aku rasa nak tergelak.. sbb teringat kat adik aku, H bukan nama sebenar..


Lebih 20 thn dulu; budak bertuah nie balik dr taski dan terus menuju kat Mak..

'H' : Mak, ustazah suruh bayar duit durian
Mak : Duit durian? duit durian aper nie?
'H' : Ustazah kata kena bayar duit durian
Mak : iskh.. mana mak ader beli durian ngan ustazah..
'H' : Ustazah kata kena bayar duit duriaaaann... //*guling2 kat lantai dah 


Esoknya, mak pun pegi la ke taski dan bayar duit durian yuran tersebut.


Ahad, Ogos 15, 2010

Sahur oh! Sahur..




Aku balik kuantan.. saja nak sahur hari first kat rumah (^^,).. then kebetulan najla ngan aneem tido kat rumah, sbb abgwan & kakuda ader urusan kat KL.. so first sahur ngan kitorng laa budak² nie.. kejut punyer laa lama.. tak nangis pun cuma asyik terpinga² (^^i)..

pastu termenung pandang nasik; makan pun secuit dua jer.. x selera kot. Yelah, bangun² je kena makan nasi laks.. x pun tak sempat nak set mind lagi (^^')..

biler kejut² kan budak² nie.. teringat kisah bersahur kitorng masa tido umah Teh satu masa dahulu.. lama dah kisah nie, we all darjah 2 ke darjah 1 time tue.. x berapa nak ingat sbb dah lama x makan tempe (^^i)..


Time tue aku ngan Radie tido umah Teh kat Jengka.. mlm tue Teh dgn yakin ckp jgn risau, esok Teh masak dan kejut utk makan sahur.. then esoknya seperti kebiasaan, kami dikejutkan utk bersahur..

bersahurlah kami tanpa curiga walau sekelumit jua..


Hampir 10 tahun kemudiannya baru Teh bukak cerita.. Barulah kami tahu kenapa Teh x bersahur bersama.. rupa²nya masa we all bangun tue dah pkl 6.30pg.. Teh takut kitorg buat alasan "Teh x kejut sahur kami tanak puasa". So Teh tukar semua jarum jam ke pkl 5.00pg.. termasuk jam tangan dia dan jam tangan radie.. (aku x pakai jam)..

tutup langsir.. dan berpura-pura konon² blum imsak.. haha bertuah betul Teh aku nieh. (^-')



Sesungguhnya tidak salah tindakan Teh itu.. (^_^). kalo kitorg x sahur.. rasanya mmg x puasa kot hari tue.. tp sah² dah terbatal puasanya, cuma dpt ganjaran berlatih puasa jer laa hari tue.. (^_^)


OKlah.. Selamat berpuasa semua, gandakan amalan... semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kiter semua.~ amin (''/\).. korng doalah sama!

Rabu, Disember 16, 2009

Storm Warriors..




Almost 12 yrs kot.. aku tunggu sequel movie Pedang Setiawan nie.. huhuhu.. so bleh agak tak camner melompat²-nyer hati aku biler dgr movie the Storm Warriors nie nak kuar? Hahha yu yu ne~..

First movie dulu (Storm Riders) tayang masa aku skolah menengah.. time tue aku rasa dlm kelas aku, aku jer budak pompuan yg baca komik pedang setiawan.. lebih detail lagi, aku sorang jer budak pompuan bertudung labuh yg baca komik pedang setiawan+ lukis gambar nie feng mcm nak giler dan rasa mcm nak nangis (ker dah nangis dah pun (^^i)..) biler mak x bagi tgk kat cinema masa movie nie kuar...

Jenuh tunggu videotape movie nie.. biler dah dpt, mcm nak retak video-player aku sbb asyik tgk ulang² dan berasa sgt kagum biler tgk efek² dan teknik berlawan antara Awan dan Badai, siap admired kat rambut hitam kebiru-biruan Awan (Kyaa..!!) plus kagum cam nak pengsan bila Badai mendarat dgn kokkainyer time dier guna hikmat angin puyuh dier tue.. hahahah giler.. Saiko naa~

Haha ingat lagi time tue.. kitorg ader pertandingan choral speaking.. so setiap kali ader sessi latihan, before cikgu dtg, few boys akan nyanyi² theme song lagu nie.. ye diorg nyanyi lagu cina nie walaupun diorng tatau ckp cina (^^i).. dan aku hanya mampu pandang dan dgr, walaupun hati berkibar-kibar berkobar-kobar nak ikut nyanyi sama (^^ii)...

Oh!.. tp aku dah lama benti baca komik Pedang Setiawan.. (ader lg ker komik nie? Ke dah tamat dah?..) so aku takder idea langsung camner kesinambungan citer asal so masa tgk Storm Worrior nie, aku totally kosong.. terima jer aper yg diberi seadanyer (^_^)


Erm.. ( ^_')

jom kasik review skit..





Actualy sequel nie x laa sequel directly from previous movie.. tp they still kekalkan the same Cloud (Aaron Kwok) and Wind (Cheng EKin) as their main charactors. For this time, diorng focuskan pd new storyline..

Kali nie, movie nie start dgn kemunculan Lord Godless lakonan Simon Yap, warlord dr Jepun yg cuba menguasai tanah China dgn tipu muslihat. Bersama-sama dgn anaknya, Heart (lakonan almost-be-my-bf Nicholas Tse) tlh meracuni kesemua pahlawan² china termasuk Cloud and Nameless (Tanpa-nama)..

Then atas pertolongan Wind, Cloud & Nameless berjaya melepaskan diri tp diorng still kena berusaha dan berlatih bagi mengembalikan tenaga dalaman masing² utk menentang Lord Godless+ konco²nya nanti.. (^^,)

So kaedah latih tubi paling express adalah trains-the-devil-inside-u (^^i)... oleh kerana Wind kurang bersifat amarah berbanding Cloud, so Wind dipilih untuk berlatih bersama Lord Wicked, sbb Wind diyakini bleh diubati kalo evil menguasai dirinya nanti. then Cloud terpaksa berlatih dgn tanpanama utk memahirkan ilmu pedang dia..




Cloud + Tanpa Nama


Tapi sessi mendevilkan diri Wind tlh terganggu dan meyebabkan Wind bertukar kpd Maou (setan–yg-sukar-dibendung-lagi) So.. besides menentang Lord Godless, Cloud and Wind terpaksa melawan the Devil inside Wind jugak.

Scenes masa Wind jalani proses mendevilkan diri tue, ada ala-ala Spiderman III skit, tp Wind mmg kakkoilaa dgn baju hitam putih dan rambut teknik rebornding.. walaupun dah tua skit kan.. tp oklah.. ~nampaknyer kehebatan botox dan plastic surgery tidak dpt menutup kesan penuaan hero-hero kesayangan aku ini.. (‘_^)

Dlm movie kali nie, beberapa watak baru diperkenalkan mcm Er Meng (2nd Dreamer), Lord Wicked and Piggy King. Kalo baca komik kenal la kot sapa-sapa kan.. tp dah luper laa. Lama sgt.. aku ingat pasal Er Meng jer.. dier selalu utus² surat chenta ngan Nie Feng (Wind)... so dier muncul kali nie as Wind's lover laa slp Wind dikecewakan Chi-Chi.

So.. ending dia agak mudah nak predict, tp at the end ader sedikit twist (^^i).. dan aku sedikit gembira dalam kekecewaan yg mendalam biler citer nie berkesudahan cenggitue... so aku cdgkan, kpd peminat2 Pedang Setiawan... silalah tgk citer nie.. biar kiter sesama kecewa dgn ending movie nie (^^ii)

Aku kasik 7 bintang drpd 10, sbb Wind sgt kakkoi dan jalan cerita dier mmg menarik! dan CGI pun sgt superb.. btw knp rambut Cloud dah tak kebiru-biruan lg? Knp? hah..hah? Tim kai?.. hahaha rambut tue yg mahal tau.. dah habis pewarna rambut kot.. takpelah dimaafkan (^_^)



//aii.. nolstalgic betul laa citer nie.. teringat zaman-zaman tergila-gilakan Cheng Ekin dulu (^^!!)

Rabu, Mac 18, 2009

Don't stop looking for love...

"it can be found.. in the strangest places..... Just when you've given up,
along comes a miracle.. that turns your life around... so don't stop!! looking for love...."

Apersal asyik citer hal kejiwaan je nie erk!? Ermm.. maybe sbb musim cuti skolah la kot... tempias.. (^^ii)

oh!.. aku terbaca artikel nie kat satu forum.. (^^,)

-----------------------------


Thousands asked to be Tube cupid
Thursday, January 11, 2007


With his slick haircut and MP3 player, he looks like a typically bored commuter on his way home.

But this sharp-suited Tube passenger could be Mr Right for a lovesick woman halfway across Europe.

German tourist Melanie Speth encountered the mystery man while visiting London and has now launched a worldwide e-mail appeal to find him.

Despite being too shy to strike up a conversation, she managed to snatch a photo of him on her mobile phone.

That picture and a message pleading to find him has now been forwarded to thousands of Londoners in the hope she will eventually track him down.

In her e-mail, Miss Speth signs off 'nothing ventured nothing gained' and asks recipients to sent the e-mail on. That is exactly what people will do, according to IT specialist Carl Ng.

He said: 'Humorous things like this just spiral. I wouldn't be surprised if it ends up in the man's inbox.'

In broken English, the e-mail reads: 'Now I haven't neither his name, nor his e-mail address, because I don't had the trust to speak to him! I have only this one picture! And now I am back in Germany and I can't forget him! That's why I have this crazy idea!'

Miss Speth took a Tube from Tower Hill to Westminster at 5.30pm on November 3. The man got off at Embankment. Her e-mail ends: 'I hope you send this to as much as possible that I find him! And maybe to mingle with him, if he wants this!' If you know the man, or are him, call Metro on ……..
-----------------------------


Sebelum terlupa, aku nak tanyer amoi.. lepas ko baca pasal nie, ko marah tak kat aku sbb x kasik amik gambar mamat_Kachaks_Bawak _MyVi Hitam kat Ringlet hari tue? (^^ii)…

I’m sorry (^^)v..




Oh!... ( '_' )

berbalik pasal artikel di atas…

Lepas baca pasal nie.. aku teringat kat pakwe kachaks bermata hazel, berkot hitam, berkemeja light purple dan berlesung pipit di pipi kiri yg kitorng jumper masa naik tube kat Vauxhall dulu.

Kitorng bump into this handsome-man pd April 18, 2007.. 5 bulan after kes minah German nie jumper pakwe ensem mcm jude law (skit²) nie (^^i)… ~London Tube mmg tempat jumper pakwe ensem kot (^^i!)

kalaulah uda amik gambar mamat tue ( yg for sure aku dan kak eta akan buat peace sign fingers kat sblh dier sbb kami berdiri sgt dekat (^^ii)… ) dan kalo aku baca artikel nie lebih awal… aku x leh jamin aku takkan buat perkara yg sama .. hohohohooo (^.^)


eh! luper laks, kesudahan citer dprd tindakan kamikazi minah german nie, they ‘ve found him! (And he's single...) (^_^)/

Baca kat link ni : Mystery Metro Heartthrob Found




-----------------------------


NEW UPDATE [5.00pm]
kredit to OnaX sbb bersusah payah menjejak kasih kisah first date Awek German & Pakwe ensem ala Jude Law nie...

Sila baca di sini : Our Great Date -by Tube Couple



Jumaat, Februari 27, 2009

Kisah Aku & Budak Afro

~takder…takde.. kali nie aku mmg cerita betul pasal mamat afro.. bkn mcm hari tue yer (^^,)

Semalam aku pg Pasaraya Eng Hong, carik barang dapur skit. Then terpaksa parking jauh, kat depan Klinik Al-Farabbi.. tapi xpelah, xderlah jauh sgt... dan biler terpandang pintu klinik, tetiba teringat kisah aku dgn sowang mamat berambut afro nie… (^^ii)





Erm… ( ^_’)

Masa tue aku form 5 kalo x silap… aku demam, agak teruk… so mak bawak aku pg klinik Al-Farabbi… Lepas daftar, aku duduk kat kerusi menunggu, kebetulan aku sowang jer pesakit yg menunggu.

Then tetiba dtg seorg mamat kiyut, berbaju kotak² coklat+merah bata dan berambut kerinting ala afro.. tak menyempat-nyempat terus serbu masuk ke bilik doctor.. Bengang giler aku time tue..

Aku pandang mak.. mak x perasan, mak tgh baca surat khabar, dan kerana aku x berapa sihat, aku malas nak amik pusing.. tp mulut bebel² sensowang.. dan dlm x amik pusing tue, aku rasa mcm pernah jumper jer mamat kurng sopan tue tadi…

Lepas pk-pk, aku dah dpt ingat.. dier org yg sama, aku dan Chua jumpa kat Kuantan Parade. Masa tue kami ditugaskan utk jual tiket konsert Raihan, anjuran skolah utk menambah duit kutipan amal sekolah (SMART, Kuantan). .

Memang dierlah salah sorang drpd 2 org abg yg aku dan chua tarik hari tu.. dan aku sgt yakin sbb waktu tue, kat kuantan nie.. hanya dier sorang jer yg ader rambut ala afro cenggitue (^^,)

Aku ajak chua jual tiket Raihan kat diorng nie bukannyer aper.. Sblm tue, aku ada insiden lain ngan mamat afro nie, kat bas stand depan Hospital (HTAA, Kuantan).. haha tp takpelah, insiden ala-ala manja tue aku simpan utk diri aku jerlaa (^^i)


Oh!.. (‘ .^)

Berbalik pd aku yg tgh tunggu doctor tadi nie… terasa mcm lama la plaks.. nak-nak bila hati sedikit bengkek pasal kes potong queue… aku mmg pantang org x respek org lain nie.. Dalam hati dah menyumpah² dah mamat afro tue…

Biler dah lama sgt menunggu, aku pun pegilah toilet kejap, nak kasik sejuk skit hati yg kian membakar... Elok jerk aku keluar dari toilet, nurse panggil nama aku…

So.. aku pun berjalan ke bilik doctor, sambil mata mencari mamat afro kat kaunter ubat… Kalo ader kat situe, aku nak jeling dan tunjuk muka x puas hati sbg tanda protes.. Tapi dier takder, dan aku rasa mcm satu kesilapan besar laks pegi tandas time tue…

Aku masuk bilik doktor dgn longlai ( sbb aku demam.. aku x larat).

Sesampai jer kat bilik doctor.. aku hanya mampu tersenyum kambing dan menggaru² kepala yg x gatal. Lalu, bergemalah pertanyaan berbaur malu sendiri di dlm hati...


... "Dier nie doktor ker?" (^^ii)


Moral of the story : Janganlah kiter bersikap terburu-buru dan terus menyumpah org tanpa usul periksa.. kerana kelak, kita jua yg akan menyesal..


//Nasib baik aku x pegi sound atau tarik dier keluar dr bilik doctor masa awal² tue kan?… kalo tidak, sapa yg malu?.... Mereka dan keluarga mereka.. Hahahaha.. baka!(^^!I)


Khamis, Februari 19, 2009

Anak Kucing Radie


Tadi.. nampak sekor anak kucing dlm longkang.. basah-basah bulu dier duk kejar aper ntah dlm tue… then tetiba teringat laks kesah yg menimpa anak kucing radie nie…


Erm… ( ^-‘)

Masa kecik² dulu.. radie, uda, emi dan aku mmg satu geng la.. so kalo ader kenduri- kendara mmg selalu berkumpul dan main sesama….

Ada satu waktu tue.. mak ngah buat kenduri.. hampir semua sepupu-sepapat berkumpul kat situe. Masa nie kitorng semua kecik-kecik lagik.. aku ngan radie darjah 1 kot.. eh! ker darjah 2.. ~err.. x baper ingat (^^ii).. x kisahlaa..

Then kitorng satu geng nie sibuk duk main dengan anak² kucing radie. Ada dlm 4 ekor anak kucing kecik² yg aktif giler… mmg geram kalo tgk anak kucing yg perut buncit², bulu kembang² skit sbb sejuk, tinge capang² pastu x reti duduk diam tue kan? Hoho (^.^)

Pastu.. kebetulan apit (bukan nama sebenar) adik kpd emi xder geng. Geng dier semua x sampai lagik kot time tue, so dier join kitorng.. main ngan anak kucing radie yg gebu-gebu tue.

Tapi kitorng x clicks sgt ngan apit.. sbb dier baru 4 thn. Tak best nak ajak main masak² atau cikgu² (^^ii).. so lepas main ngan anak kucing, kitorg tinggalkan apit sorang². Lagi pun dia leka tgk anak kucing menyusu…

Selang x lama, radie ajak gi tgk anak kucing dier balik.. pastu tgk², dah hilang sekor. Carik punya carik.. jumpa apit kat belakang rumah, tgh main air kat tepi tempayan…


Kitorng sambung-sambung lagik carik.. Tiba-tiba radie teriak, sbb nampak anak kucing dier tercungap-cungap dan tenggelam-timbul kat dlm tempayan..  

Aku agak kaget sbb semuanyer berlaku dgn pantas.. sedar-sedar maklong dah beri hukuman yg setimpal kat apit... Sian apit..

Bila semua dah tenang, dan anak kucing tue dah diberi pertolongan cemas … Mak long tanyer apit, kenapa masukkan anak kucing dlm tempayan.. then apit jawap dgn jujur.. sgt jujur aku rasa..

“Apit nak ajar dier berenang”...


.. (^^ii)



Rabu, Januari 07, 2009

Tersesat di Zon Lelaki....



Kelmarin sesambil lipat kain yg bertimbunan (stok 3 hari, baru kering sbb kuantan hujan x benti2) Aku tgk tv sensowang.. dah jadik habit, kalo nak lipat kain mesti tgk tv.. kalo tidak xleh nak lipat (^^i)..

Pastu boring-boring xder citer.. lipat selai.. tukar chanel sekali, lipat selai.. tukar chanel sekali.. then tetiba tertukar chanel 808... hohoho.. Boyzone Reunion Konsert in Belfast..

Giler aa.. lama betul tak layan tgk boyzone.. dan tak sangka, suara abg Ronan Keating masih menggegarkan jiwa.. oh! ~doki-doki (óÒ,)


erm.. ('_^)

Boyzone mmg digilai time sekolah dulu, selain BSB.... masa tue kalo BSB dikenali dgn best dance group/acapella.. Boyzone laks dgn madley performance ~err.. kalo x silap aku ler (^^ii)

Tapi time tue aku x minat Ronan sgt... aku lebih suker Stephen... walaupun Ronannyer suara lebih machos kan (^^,).. then biler dpt tau si stephen nie gay.. terus beralih arah ke Ronan laks (^^ii)..

Bebudak boyzone yg lenlain x ensem & menonjol sgt.. tp kalo ditanyer drpd 4 org tue nak pilih sapa.. si stephen pun akan pilih Ronan kot... logicnyer (^^!)haha

Masa Ronan kawen dulu, aku kecewa... siyes ckp.. sgt kecewa.. hahah bongoks betul.. siap doa semoga Ronan cerai after 2 yr kawen ngan Yvonne... sekali dah anak tiga dah tak cerai-cerai lagik diorng skrg nie.. hahaha (^-^)/


OKlah.. nie lagu boyzone yg paling aku suker... walaupun Words,You Need Me, Don't Stop Looking for love, No Matter What tue pun sedap gak.. tp Father and Son paling special aku rasa..

Father and Son ~Boyzone, ft Cat Steven..
It's not time to make a change
Just relax, take it easy..
You're still young,that's your fault..
There's so much you have to know

Find a girl, settle down
If you want, you can marry
Look at me... I am old
But I'm happy.

I was once like you are now
And I know that it's not easy
To become when you've found
Something going on

But take your time,think a lot
Think of everthing you've got
For you will still be here tomorrow
But your dreams may not...

How can I try to explain?
When I do.. it turns away again
And it's always been the same
Same old story

From the moment I could talk
I was ordered to listen
Now there's a way, and I know
That I have to go away
I know, I have to go...

It's not time to make a change
Just sit down, and take it slowly
You're still young, that's your fault
There's so much you have to go through

Find a girl, settle down
If you want, you can marry
Look at me... I am old
But I'm happy

All the times, that I've cried
Keeping all the things I knew inside
And it's hard
But it's harder to ignore it

If they were right.. I'd agree
But it's them.. they know
Not me That I have to go away




~ Masa Ronan angkat kening dan senyum bila sampai part "look at me, i'm old but i'm happy" tue, cute.. (^^,)


Isnin, Januari 05, 2009

Aneem & Najla...




abgwan ngan kak uda singgah umah jap pagi tadi b4 htr budak berdua nie ke sekolah (^^i)... sowang ceria giler.. sowang blur hahahah...

gambar nie aku amik, khas untuk makde aneem dan najla yg berada diperantauan...

Weh Da.. ko teringat sapa biler tgk budak berdua nie? cuba recall image-image around tahun 1995-1997... depan gate rumah kampung baru.. balik dr taski (^^,)


kalo jumper gambar lama tue akak up kan kat sinie nanti (^^ii)


-------------------------




dah jumper (^^,)... haha.. mcm dejavu la plaks (^^i)


Farah & nana.. 1996- balik dr taski

tak ingat sapa yg amikkan gambar time nie, kak chah kot .. hehe siyes sgt berharga moment nie.. dgn beg mekah cam baru balik dr masjidnyer.. tudung senget dan slipar jepunnyer (^^i)...

~update : 6 Jan'09





//huhu.. rindu kat rumah kampung baru...

Isnin, Oktober 20, 2008

Nostalgia Hitam-Putih



Bleh cam tak dr muka bebudak nie, siapa yg kena paksa pg sekolah masa umur 3 thn? (^^i)


Yang aku ingat, aku pernah pg tadika nie, teman abgwan yg perlu masuk sekolah time tue.. dan selalu dipinggirkan sbb aku paling x happening (^^!)..

Abgwan laks.. walaupun aku susah-payah bangun pagi yg sepatutnyer time tue masih bleh tido sampai pkl 10, tp dier x pernah layan aku kat sekolah sbb dier ader kengkawan dier sendirik...

Tp masa awal2 jer laa... lepas-lepas tue.. diorng-diorng nie ok jer ngan aku.. siap ader geng dan dolls sendirik.. lepas main, sorok satu tempat spy esok bleh sambung main dan x diambil oleh geng lain(^_^)v

erm.. gambar nie cikgu tadika kitorng yg amikkan rasanyer... dan seperti biasa aku x ingat walau sorang pun nama kawan-kawan aku termasuk cikgu tadika... hahah.. ~nama org aku cepat luper laaa (^^!!)




Jumaat, September 26, 2008

Hohoho Balik Kampung...


mesti ramai dah mula balik kampung hari nie (^^,)... fara ngan nana pun dah sampai dah pagi tadi.

Tahun nie macam last yr.. aku x merasalah keriangan balik ke kg sbb mmg dah sedia ader duduk kat kg (^^i).... kalo idak mesti lebih syok haha..

teringat laks masa study dulu... selalunyer kalo time nak cuti untuk balik raya nie, akulah antara manusia terawal yg kemas beg.

Lagik seminggu nak cuti aku dah siap kemas-kemas beg.. sampai ila ngan D rasa jeles laks tgk aku dah siap-siap kemas beg.. haha punyer lah bersemangat nak balik raya.

Dan alhamdulillah.. aku dulu mudah.. x perlu susah2 naik bas.. selalunyer aku tumpang radie jerk balik kuantan.. x pun mak dtg amik kat UM... tak pun balik ngan abgwan atau kak nora... memana yg balik dulu laaa.. yg penting dpt sampai kuantan awal (^^')

erm.. x pernah rasanyer aku balik raya naik bas (^^!)...



sempena org berpusu2 nak balik raya nie... aku tujukan lagu nie, khas untuk semua umat Islam yg nak balik dan berhari raya di kampung.. dgn ucapan: Berhati-hatilah di jalan raya.. (^_^)v

Balik Kampung~ Sudirman



Khamis, September 11, 2008

Aku, buku nota dan Diana

heheh.. smlm aku kemas2 kotak lama.. then terjumper nota kuliah aku masa blajar dulu... selak-selak buku tue sesatu.. tetiba jumper lirik lagu nie (^^i)... hoho sungguh mengimbau kenangan...


DIANA (1957 )
(9 weeks at #1 - 25 weeks on chart )

I'm so young and you're so old
This, my darling, I've been told
I don't care just what they say
'Cause forever I will pray
You and I will be as free
As the birds up in the trees
Oh, please stay by me, Diana

Thrills I get when you hold me close
Oh, my darling, you're the most
I love you but do you love me
Oh, Diana, can't you see
I love you with all my heart
And I hope we will never part
Oh, please stay by me, Diana

Oh, my darlin', oh, my lover
Tell me that there is no other
I love you with my heart
Oh-oh, oh-oh, oh don't you know I love you, love you so
Only you can take my heart
Only you can tear it apart

When you hold me in your loving arms
I can feel you giving all your charms
Hold me, darling, hold me tight
Squeeze me baby with-a all your might
Oh, please stay by me, Diana
Oh, please, Diana
Oh, please, Diana
Oh, please, Diana


aku tak ingat sapa yg intro lagu nie kat aku.. tp yg pasti.. lagu nie antara lagu yg kompem kitorng akan karaokekan sambil menari-nari dlm bilik time ketensenan menghadapi exam (^^ii)..




//.. rindulah nak lepak-lepak kat KKTAZ..


Selasa, Julai 22, 2008

Hana Kimi - School life?



aku baru jerk habis, buat marathon citer jdrama nie

Memula ingat citer nie cuma ader versi Taiwan, tp lepas tgk kat website Kudin, ader post ttg citer versi-jepunnyer...

x sangka versi Jepun lebih besh... (^^,)





Citer nie pasal sowang awek jepun (Mizuki) yg duduk kat US, tp dtg ke Jepun dgn satu misi: membantu idolanya (jaguh lompat tinggi).. kembali beraksi di padang..

Hanya ada satu cara jer untuk dier membantu idolanyer (Sano); dier mesti masuk sekolah yg sama dgn Sano dan menjadi kawan karib Sano..

Oleh kerana Sano pg ke all-boys school, so Mizuki terpaksalah menyamar jadik budak lelaki... (^-^ )





kagum betul ngan org jepun nie... boleh dier dpt pelakon-pelakon lelaki ramai giler cenggitue.. mau dekat 50 org tue, utk 3 dorm asrama(^^i).. comel² & kacak² laks tue.. huhu (o.O)

cuba kiter kat mesia nie, balik-balik muker zack zaidi, farid kamil, piere andre...

Itu pun nasib baik lagik.. kalo diorg still amik awie/rosyam nor jadik budak skolah lagik, mau meletup tv kat rumah sbb dah x sanggup nak tayang drama-tv tue (^^!i)


oh!... ('_^ )

citer nie.. mmg awal² lagi dah x logik dah.. dier siap tulis lagik, sila abaikan ketidaklogikan dlm drama ini...(^^i)so tgk untuk suka-suker jer laa..

Tapi aku enjoy tgk citer ala-ala comik style nie.. dan apa yg penting (kerjaa.. sama), lepas tgk citer nie, aku teringat kat senpai aku masa kat Bentong dulu (^^i)...

watak Sano sgt_sgt_sgtlah mirip dgn dier... dr segi watak, penampilan, ketinggian.. rambut & features pun aderlah skit² ruper hero nie... huhuhu... ('.^)

aku patut suruh Zack tgk citer nie... mesti dier pun akan teringat kat abg_senior_kelas_atas, masa form 1 dulu, yg selalu kitorg usha, setiap kali Senpai turun/naik tangga sebelah tingkap kelas kitorg (^^!!)...

hoho.. ingat lagik muker Zack.. tersengeh² gelakkan aku setiap pagi sambil bawak cerita pasal Senpai..

Since zack duduk aspuri, dan Senpai kat Aspura, boleh dikatakan setiap aktiviti Senpai slps waktu sekolah, mesti zack kongsi ngan aku (^^,)

erm.. rindulah plaks.. zaman skolah kat bentong...



// pojan, tolong simpan Jdrama Hana Kimi yg adik ko dl tue yer, nanti aku dtg KL bawak HDD (^^ii)



Khamis, April 10, 2008

Rindu berdetik lagi....


...kat mana nie erk?Bukit Uhud kot.. npk mcm Bkt.Uhud jer(^^!)


Malam semalam, masa tgh lepak-lepak main game chocolatier, tetiba dpt call dr sowang member nie. Lama x borak-borak ngan dier.. alih-alih smlm dier call.. hampir sejam jugak berboraknyer.. then dier ckp , next month diorg satu family nak pg buat umrah.

Huhu.. seronoknyer.. (^_^)

Erm.. kalau org tanyer, confirm aku akan jawap, aku nak pegi lagi ke sana. Rasa rindulah.. rindu nak bertawaf keliling kaabah.. rindu nak buat saie dan panjat Bukit Marwah & Safa..

Rindu nak berkejar-kejar dan berlari-lari ke masjid sbb nak rebut rakaat pertama dgn imam - selalu leka tgk tasbih kat sepanjang jalan ke Masjidil Haram sampai org dah mula qamat dah..

Huhu.. ingat lagik time bertadarus dan berlumba-lumba dengan uda & radie untuk habiskan satu/dua juzuk setiap hari.. pastu time 'mandi-manda' (^^!!) di telaga zam zam, masa berkumpul dan bergerak beramai-ramai untuk keluar bermiqat pun.. Huhu rindunyer saya.. (^_^)


ermm berniat di miqat.. (‘_~)


(‘^.^)oh!.. ader satu kesah nie.. Masa tue kami perlu pegi ke Tana’im untuk berniat. Kami sewa sebuah van, kongsi reramai... kira tong-tonglah bayar tambang..

Masa tue semua org ada, parents, tok, neklong, uda, nana, farah, radie dan 3 org pacik dr group umrah yg duduk satu hotel ngan kitorng. Lebih kurang 13 org kot semuanyer, termasuk sowang pak arab - driver yg bawak van tue..

Kitorng gerak ke Tana’im seblum subuh lagi, spy dpt solat subuh kat masjid sana. lepas semua urusan kami selesai.. kami pakat² naik van yg sama jugak untuk balik semula ke Mekah.

On the way balik, suasana time tue mmg senyap giler, ibarat kalau pin jatuh pun bleh dengar.Subuh gelap-gelitalah katakan.. so untuk naikkan semangat pepagi buta tue,kitorng bertakbirlah reramai..

Pastu biler dah lelama, van tue sunyi sepi balik semula.. Masing-masing diam jer.. Nana plak dah tertido kat sebelah mak.. Selang 2-3 minit kitorg stop bertakbir.. tetiba nana terjaga dan takbir kuat².. “Labbai Kallah Humma Labbaik...... Labbaikala. Syarikalaka Labbaik..” (^^!!)..

Pastu nana mcm terpinga-pinga dlm kemamaian.. last-last satu van gelakkan dier.. dengan driver/pak arab yg blur-blur tue pun tergelak besar, sbb tetiba jer nana menjerit dengan penuh bersemangatnyer (^^i)..

Dalam keadaan letih-letih sampai tertido pun, bleh mengigau² nak buat umrah (^^,)


Erm.. tp tuelah.. lama dah kitorng pg.. thn 1997 kot kalo x silap.. harap-harap dpt pegi lagik nanti (^-^).. maybe kali nie dpt buat haji plaks ke.. (~amin..)

Sabtu, Mac 08, 2008

Hari Mengundi...



~Marilah mari kita mengundi, amalkan kewajipan pada negara!!!~

Aku baru lepas dr gi mengundi nie tadi (^^!!)… saja jer gi awal²… alhamdulillah xderlah ramai sgt org… so x sampai setengah jam dah selesai dah. Nie first time nie aku gi ngundi pilihanraya, rasa berdebar² pun ader, cuak ader…. Excited pun ader gak tadi (^0^)….

Ntah apa² ntah (^^ii)..



Erm.. ingat lagi masa kat SMK Bentong dulu… masa tue sekolah buat pendedahan awal kat kitorng. Untuk memilih pemimpin badan pelajar kami sendiri. Lebih kurang 7 org calon mengempenkan diri memasing.. dan 4 jawatan dipertandingkan. Jawatan Ketua Pengawas Lelaki, Ketua Pengawas Perempuan.. dan penolong ketua pengawas memasing sendiri.

Suasana masa tue mmg mcm time pilihan raya betul². Siap tampal poster.. minggu berkempen & manifesto, penamaan calon (yg nie pengetua yg putuskan).. edaran flyers aper semua, dan hampir semua AJK tertinggi Badan Pengawas jadik SPR.

Kitorng jadik tukang sediakan tempat membuang undi, susun atur hari mengundi, membuat kiraan undi dan memastikan tiada huru-hara atau tunjuk perasaan berlaku pd hari tue (^^!).. Seronok.. mmg sgt seronok.

Masa kat Matrik pun ader sekali buat camnie… kitorng buat hari mengundi untuk pilih AJK/biro² badan pelajar. Tp time nie aku bleh mengundilaa sbb aku x join group SPR (^^,)… Paling seronok masa malam berkempen…

ingat lagik ader sowang calon tue digugurkan oleh pengetua KMB sbb calon nie ada mslh disiplin tp masa malam berkempen tue.. dier naik pentas dan memaklumkan bahawa dier terpaksa tarik diri sbb mslh kesihatan… (^_^) senget betul budak nie.. tp dier mmg jenis klaka-klaka dan huha-huhalaa…

Time tue yg menang mostly calon² favouritelaa… salah sowangnyer Jedli aku (akulah yg menambah undi dier tu (^o’).. ) logiknyer kan? Calon peberet nieh.. (^^!!)…

yelah sahsiah diri tue penting… takkan nak pilih calon yg huha-huha dan asyik buat mslh kot? Berbading calon yg setiap isnin & khamis, lepak surau time zohor/lunch sbb puasa sunat dan jadik tukang azan almost setiap kali masuk waktu…

setiap hari jumaat pakai baju melayu kaler merah/hitam dan kopiah putih.. Dahlah pandai berzanji/mengaji, muker plaks bersih jerk.. sejuuukkk.. jer mata mak aku bakal mak mertua memandang (,ðð)..

eh!('_^!)
ok kembali balik kpd kisah mengundi..

Time kat U pun pernah sekalik kot.. tp kali nie aku x pegi ngundi (sbb aku kena balik kampung time tue), aku x pg dgr masa malam berkempen.. aku x jadik AJK –SPR, aku x libat aper-aper pun time nie… cumer satu jerk aku buat… aku curik satu poster salah sowang calon masa tue.

Aku curik, pastu tampal kat bilik (^^i)v.. Sapa nama budak tue erk? Ermmm… nama dier mcm org dr China skit.. mcm unik skit aa.. dikalangan kengkawan dier, diorng panggil dier lizard jer (err… aku panggil dier lokong (^^!!)...)

Masa curik poster tue, waktu malam aaa… lepas dinner ngan kengkawan, kitorng singgah kejap kat Fac.. curik sekeping.. (aku simpan sampai skrg seh.. ader dlm kotak bawah katil tue…)

ingat lagik masa tue pojan sakat aku… "ko amik nie kan, nanti kena tangkap tau.." (^^!!).. aku percaya ckp pojan tue, cuaklah kejap… tp lantak laa, janji aku dpt gambar lokong aku (^^i')

Giler betul.. Nie semua gara-gara terlalu angau obses dengan calon parti a.k.a mamat Chinese kidal_yg_terre_programming itew.. (^^!!)


Aiyak..(~_^i) menyimpang lagik...

Oh! Pernah sekali time matrik dulu kot... Aku pernah join org berkempen untuk pilihan raya.. siap pakai pin button party kat tudung, pegang bendera kecik, dan sesama berkempen. Masa tue kat mana erk? Shah alam kot kalo x silap.. ikut nana & ona.. seronok.. mmg seronok.

Kitorg ikut group² org kuat parti berkempen di kawasan kejiranan.. kebetulan ader sowang member kitorng masa kat matrik time tue, ayah dier jadik salah sowang calon yg bertanding.. kiranyer mcm tolong member berkempen gak laa... seronok giler time tue..

Tp tuelah.. sebulan sblm hari mengundi nie.. asyik kecoh pasal kes SPR kurang telus la.. tektik² kotor setiap partilah.. undi hantulah.. undi rasuahlaaa.. undi paksalaaa.. kenapa perlu ader semua nie kan?...

Erm.. so kepada calon yg dipangkah dek aku, calon-calon yg dipangkah dek org lain.. calon yg menang terutamanyer.. tolonglah.. Amalkan cara hidup bermoral, jauhi rasuah, jangan makan harta anak yatim, hindarkan diri dr mengambil hak org lain, tunaikan janji-janji, jalankan amanah yg diberikan dengan baik..



//Hoho.. ingat senang nak jadik pemimpin? Kat dunia berat.. kat Akhirat lagik berat weh.

Jumaat, September 28, 2007

Selepas 16 Hari Berpuasa di Bulan Ramadhan ini...



erm.. hari-hari duk makan nasik berlauk jerk.. boring gak kan? Tgh-tgh perut berkeroncong Untuk Ana nie... tetiba teringat laks time kacik2 dulu... masa zamn kitorng bleh main request jerk nak makan aper kat mak (^^!!)

time tue. sekolah rendah kot... dlm darjah 4, darjah 5 kot.. biler puasa jerk.. kitorng adik -beradik bleh mintak menu aper untuk berbuka..

kiranyer kami bertiga amik turn aa memasing.. nana ngan farah kecik lagik, so diorng kena makan kat bawah.. dan xleh nak request aper2 untuk menu berbuka -haha sapa suh diorng x posa.. (^^i)..

kebanyakkan menu yg kitorng mintak mmg agak bukan-bukan la.. tp mak tetap masakkan untuk kitorng... (sebab tue anaknyer gumuk-gumuk dan sihat2 belaka..

antara menu pelik yg kami pernah mintak...



  • Nasi lemak sambal kerang (abgwan) - org makan nasi lemak waktu pagi2 jerk laa (^^!!)
  • burger ayam special (uda) - terbekenan org putih budak sowang nieh.. (^^,)
  • Nasi ayam (aku) - nie x pelik sgt kot
  • mee sup (aku jugak) - nie pun biasa...
  • mee kari (abgwan) - mmg peberet abgwan .. tp kami pun suker so oklah...
  • nasi minyak + ayam masak merah - x ingat sapa mintak nieh... uda kot (^^)v
  • bubur lambuk - yg nie aku kot...
  • laksam (aku)
  • mee jawa - abgwan yg mintak...err kotlaaa (^^!!)..
  • mee goreng basah (uda)
  • makaroni bakar - aku gemar jugak yg nieh hohohohooo (^.^)V
  • Kuew Tiau Kerang (uda)


dan macam-macam lagik.. semuanyer mak masak sendirik .. yg paling kesian time tue bah la.. sbb bah nak nasi time berbuka.. tp demi anak2 (yg masih perlukan dorongan dan rangsangan untuk berpuasa) bah mengalah laa..

erm... dalam rela tue... biler dah masuk 2 minggu bah bunyi2 jugak.. nak makan nasi putih (^^!!)



Khamis, Ogos 09, 2007

I'll Never Break Your Heart

" I'll never break your heart, I'll never make you cry, I'd rather die than live without you, I'll give you all of me, Honey, that's no lie.. "



baru jer lepas dengar lagu nie (^^).. tetiba teringat laks zaman gila-gila remajaku... study dulu (^^!!)

erm.. ('_^)

Dalam tahun 1999, kitorng matrik kat Kolej Mara Banting, Selangor... bilik aku ngan Adie selalu gak jadik tempat berkumpul.. then satu malam nieh... kitorng berkumpul reramai sbb nak siapkan asignment untuk kelas Fizik 2.

Time tue, ada Ona, Nana, Lisa, Gie, aku dan Adie.. memula tue semua tekun jerk buat kerja.. then.. tetiba salah sowang start nyanyi lagu nie... pastu aku sambung, then gie plaks berbunyi dr atas katil... pastu nana join.

dan biler sampai part kena ada back up singer tue.. ona plaks sambung kat belakang.. heheh dah mcm kior sekolah dah.. harmoni sungguh kitorng nyanyi time tue.. last2 kitorng semua letak pen dan nyanyi lagu nie sampai habis... (^_^)

~erm.. kalaulah dpt record time tue..

erm.. kejap jerk erk masa berlalu, skrg nie, masing2 dah bawa hala tuju memasing... Adie dan kawen dgn afdal last year, Lisa pun dah kawen, dah ada anak pompuan sowang pun... Nana baru dpt master... Ona dah jadik Engineer kat Klang... oh!... Gie sowang aku lost Contact... last thing i heard .. dier jadik cikgu.. tp tatau posting kat mana...





// rindu korang semua!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...