Khamis, Jun 11, 2015

Blissful Bali Trip - Indeng² Sekitar in a Day


~Tanah Lot, Bali    


[SAT-30 May 2015]
Hari nie kami nak jalan-jalan sekitar pulau Bali.. sebelum berjalan jauh dan mengambil masa seharian.. let's have a heavy breakfast (^^')..


Our breakfast today (^_^)v 


Selesai breakfast terus pg jumpa tourist guide.. Kita boleh ambil one day tour pakej yg mmg banyak di sini. Pengangkutan ke tempat² terpilih disediakan sekali dgn supir/tourist guide. Dalam banyak² tue, kami pilih Mr. Kadek..

Drpd 6 pakej yg diberikan.. Tour 2: Batubulan-Tegalalang-Ubud-Tanah Lot nampak lbh menarik. dan even smlm sbnrnya dah buat plan-trip sendiri, tp terlupa nak include traffic factor dlm tue.. So bila Mr. Kadek sampai, discuss².. dan akhirnya kami follow dia je..

Dia lebih maklum dan arif pasal Bali nie.. kang terkejar² pulak (^^').. So kami mulakan dengan menonton one of tarian traditional Bali; Barong Dance..



Barong Dance @Batubulan

Tari Barung + Keris


Nak tgk tarian traditional Bali.. so kami pilih untuk menonton tarian Barong. Lokasinya ialah di daerah Batubulan. gerak dr hotel tadi pkl 8 lebih.. dan sampai di rumah pementasan tue around 9.20 am. Lagi 10 minit nak start.

Lps beli tiket, terus masuk dan amik seat (free seating). Tiket utk menonton atau entrance masuk memana destinasi perlancongan adalah x termasuk dlm pakej.. So perlu sediakan siap².. dan harga tiket tadi Rp100k..

Sementara tunggu nk start, Uda ajak bergambar (^^")..




Oh!.. adik Ronan Keating duduk kat baris depan seat kitorng.. haha.. Tapi segan plak nak ajak selfie sesama (^^')..




Sebut pasal Barong Dance, actually tarian nie ada pelbagai.. Yang nie, Tari Barong + Keris. Ia menceritakan pertarungan antara kebaikan vs kebatilan. Barong adalah binatang purbakala mewakili kebaikan dan Rangda, mewakili sebaliknya..

Erm.. lepas menonton persembahan diorng nie.. boleh dikatakan agak membosankan (^^").. Bukan jiwa kot.. Rasa cam nyesal gak.. sbb lepaskan peluang tgk Kecak Dance..



Sweet Dragonfly UC Silver @Batubulan
Then kami singgah kejap kat kilang kraft perak dan emas nie.. Actually memula ingat boleh tgk org/tukang canai tue buat kerja.. tp xder. Diorng lbh kepada ruang pameran utk jualan barangan perhiasan emas/perak je..


Sweet Dragon fly UC Silver..


Kecewa sekali lg.. patutnya kami minta untuk ke Desa Celuk. Kat sana boleh tengok pekerja bertukang dan mencanai emas dan perak.. Tak pun ke Tohpati Village.. ada org mencanting batik dan tenunan kain..

Takpelah.. mari pegi melihat sawah padi huma pula (^-^)v..



Coffee Plantation/ Rice Terrace @Tegalalang

Bali Pulina Coffee Plantation


Agak lewat di sini dan perut dah lapar (^_^).. tp Kadek kata kita makan di Ubud nanti. Ada kedai Halal yg dia yakin Halal.. Dah dia pun x yakin nk makan kat sini, takkan kita nk memandai yakin (^^")..

So.. nielah ladang kopi yg dimaksudkan..


Ladang kopi yang cantik..


Di Tegalalang.. kami dibawa melawat ke ladang kopi nie dulu.. Cantik tempatnya.. ada cafe menghadap sawah padi huma yg botingkek-tingkek..


Kedai kopi dlm ladang


Kalau rajin pusing ladang.. boleh ke kawasan tinjau; boleh lihat pemandangan dr stage nie tuk view kawasan sawah padi dgn lebih dekat dan jelas..


Stage Tinjau Kembang Kopi

Rumah mewah tepi sawah..


..dan semestinya di sini, yg popular ialah kopi luwak.

Rasanya semua org tau dari mana terhasilnya coffee luwak nie.. dan katanya hanya di Bali, Jawa dan Sumatera shj yg menjadi kopinya.. Sbb guna Luwak liar.. dan hanya 300kg setahun shj diorng hasilkan utk diagih² satu dunia..


En. Luwak yg garang


Katanya lagi, biji² kopi ini dikumpulkan dan diproses secara bersih dan dipanggang separuh matang, before ditumbuk dengan palung sehingga tidak merosakkan rasanya. Tapi kami x try pun.. Tak lalu (^^").. dan rasa was².

Oh!.. Yg seronoknya tadi.. masa nk ke sini.. kami lalu kawasan kampung.. tp sepanjang² jalan, penuh dengan deretan kedai² yg menjual pelbagai kraftangan penduduk tempatan..


Kedai sepanjang jalan..


Then sebelum ke Ubud, kami berhenti kejap tuk lihat pemandangan padi huma di sini pula.. Oh! ada bayaran masuk, Rp10k/person..

Key, jom tgk gambar..


Tegalalang Rice Terrance

Deretan kedai di Tegalalang..



Lunch @Ubud
Around 1.15 pm mula bergerak ke Ubud.. untuk lunch dan cari sedikit ole-ole. Kadek bawa ke kedai masakan Padang.. kecil jer kedainya, tp bersih dan ownernya Muslim..

Kami makan bertiga jer.. tapi style makan masakan Padang kan amik lauk hidang.. Lepas pilih lauk, jadi berlebih la pulak.. (^^'). Semua nak rasa, tenggiri masak lemak; kari tempe-tauhu; sambal hijau; begedil kentang; telur dadar dan kari kulit lembu (^^,)..

Oh!.. plus ice lemon tea.. so tak heranlah kalau harganya sampai Rp123k (^^!). Lauk masakan Padang nie, rasanya sama jer mcm masakan org kita, tp sambal hijau dan kari kulit lembu tue, baru first time try dan rasa. Sedap!

Usai makan.. kami bergerak ke Ubud Market..


Menuju ke Ubud Market


Ubud Palace
Kadek drop kitorng kat simpang jalan, sementara dia pegi park keta. Since kami x beli line telco di sini dan bimbang x dpt nak reach dia, so just janji jumpa semula around pkl 3.30 kat depan Ubud Palace entrance..

dan kebetulan Ubud Palace nie paling hampir dgn kitorng.. so kami masuk dan lawatlah sekejap..


Ubud Palace


Nothing much.. just mcm istana tinggal. Then kami terus ke market di seberang jalannya pula..


Ubud Market
Market dia padat (^^').. laluan nak masuk pun sempit, boleh berlaga bahu dibuatnya. dan namanya pasar kan, lebih kurng mcm pasar payang dan padang besar.. Mmg macam²lah ada kat sinie, sampai rambang mata nak pilih..


pelbagai ole-ole..

Kedai jual kopi Bali dan kopi Luwak


dan kami tersilap.. patutnya jalan kat street dulu.. lebih murah harga barangannya dan lbh banyak pilihan. Unless kalau nak cari kopi bali.. ada dlm bangunan kat tingkat atas, blakang² skit kedainya.


penjaja di street area..



Sunset View @Tanah Lot
Untuk ke sini tadi, amik masa sejam setengah. Packed traffic punya kerja (^^').. kami sampai dalam pukul 5.05 pm.. ada lebih kurng 40-50 minutes sblm matahari terbenam..

Bayar tiket dan park keta (Rp30k/head; Rp5k/parking).. Then Kadek bawa kami ke sana. Perlu jalan kaki skit, tapi taklah jauh sgt.. so dapatlah menikmati pemandangan yg indah² ini..


Pura Karang Balong

menghala ke pura utama

Pura Tanah Lot


Tanah Lot mmg antara daerah tarikan pelancong di Bali. Di sini terletaknya dua pura (kuil hindu) yg dibina utk upacara pemujaan dewi laut. Di sebelah utara dikenali sbg Pura Tanah Lot.

Sebuah lagi yang kat atas tebing menganjur ke laut dan tebingnya bersambung dgn tanah besar; berbentuk seperti jambatan tue, dikenali sbg Pura Karang Bolong. Katanya yg nie mirip dengan pura di Uluwatu.

Apa² pun, kami ke sini sbb nak tgk sunset.. Sbb Tanah Lot terkenal sebagai tempat yang indah untuk melihat matahari terbenam.





Oh!.. Kami sempat berkenal² dgn saudara baru nie; Joselyn nama dia.. Orang tempatan, tapi lupa plak nak tanya dr mana (^_^).. Jakarta maybe..


with Joselyn


Mentari di balik awan..


Lepak sampai 6.15 pm kt tepi tebing sbb nak tgk sunset, tp matahari dilindung dek awan. So pasrah jer. Around 6.30 pm bergerak balik ke Kuta..

Sedikit jammed.. Sampai hotel nk dekat pkl 7.50 pm..


Lepas refresh.. Pegi lepak tepi kolam lagi sekali.. sambil minum ice ginger tea. Tapi still xleh lelama.. tak tahan nyamuk (^^').. dan kami hanya makan (read: habiskan) bekalan makanan yg dibawa dr M'sia sbg dinner kami malam nie..

Beg dah x muat.. perlu kurangkan mana yg patut (^^")..



Tips/ Note Tambahan:
  • Beli souvenir di Ubut Market (bhgn luar/ streets area).. atau cari ole-ole di Pasar Seni Guwang, di daerah Sukawati.. lebih murah dan berbaloi berbanding yg dlm bangunan dan Street market sebelah Beachwalk Mall. Boleh tawar-menawar hingga 60% dr harga asal..
  • Barong dance agak membosankan. Kalau perlu pilih, better amik Kecak dance.. utk ditonton, bukan try menari (^^")...
  • Cuba air avocate chocolate diorng. Sgt Enak!
  • Sila elak makan streets food. Dikhuatiri tak halal dan kurng bersih.
  • Boleh guna US dollar.. most of tour pakej yg ada in US dollar.

Tourist Guide:
  • Gede (+6281246668370) - Non-Muslim; jumpa dlm blog orang lain.
  • Made (+6282147911081) - Non-Muslim; jumpa dlm blog orang lain.
  • Kadek/Dex (+6282146156666) - Non-Muslim; tp boleh tlg carikan kedai makan Halal. Bagus dan sgt punctual.. Sgt recommended (^_^)v. Each tour pakej: USD40-USD50.
  • Ucok (+6285935064277) - Muslim; suggested by Kak Wawa Syukur pun ok kata Kak Wa.
  • Abdul (+6285238100135) - Muslim; jumpa dlm blog orang lain, katanya bagus dan sgt ok.




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...