Nasi + Daging Dendeng |
Daging Masak Hitam + Sambal tauhu |
Ayam Bumbu Blasahsaja + Sambal tauhu + Terung goreng |
bumbu untuk ayam panggang tue, adalah lebihan awas² daging masak hitam.. (^_^).. Since terlebih blander halia + kunyit + lengkuas + serai dll, so simpan skit untuk masak lauk hari esoknya..
Oklah.. mau share resepi Daging Masak hitamlah kat sinie..
Daging Masak Hitam Simple
Bahan-bahan
500g daging di potong kecil
2 biji kentang -potong wedges
1/2 cawan kicap pekat
sedikit kicap manis
asam keping
garam dan gula secukup rasa
sedikit air jika perlu
Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
5 kuntum cengkih
Bahan Kisar
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merag
8 tangkai cili kering
1 batang serai
1 inc halia
1 inc kunyit
1 inc lengkuas
Panaskan minyak dalam kuali; then tumiskan bahan penumis dan semua bahan yg telah dikisar hingga naik bau dan lada masak/garing dan terbit minyak.
Masukkan daging, biar hingga empuk. Then masukkan kicap pekat, kicap manis dan asam keping. kacau rata dan masukkan kentang yg tlh dipotong wedges. Kalau kuah terlalu pekat, boleh tambah sedikit air panas.. cepat skit kentang empuk nanti.
Then bila kentang dah empuk.. seasonkan dgn garam dan gula. Kalau dah cukup rasanya, bolehlah dihidang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan