Ahad, Februari 22, 2015

Cheesekut Cake


Minum petang.. dgn kopi O


Hari nie nk share resepi cheesekut yg kitorng buat mlm semalam.. Cake jenis 'no-bake' camnie, lebih sedap kalau disimpan dlm fridge semalaman..

Esoknya makan, barulah #yummyyummyinmytummy gitu (^^')..





Actually, si Fara nie.. dia dah nak balik KL, then dia request cheesekut la pulak (^^").. Aku dahlah tgh berpantang benda manis nie.. ( ^_')

Bunyi mcm duduk oversea jer KL tue.. duk teringin makan macam².. Start dr keropok sagu macik Habsah tapi x dpt sbb kedai tutup sempena CNY; ganti dgn sata Che Din.. then choco-chips cookies.. pastu last cheesekut..


Layankan jelah.. Sian pulak dah minta, kan? (^_^)



---------------------//---------------------





Cheesekut Cake
Bahan-bahan:
4-5 sachets Nestum 3 in 1
250g Cream Cheese
1/2 tin Susu Ppekat
1-2 cawan Susu Full Cream
1 paket Biskut Cream Crackers cap Ping Pong

Pukul cream cheese bersama susu pekat hingga kembang. Rendam biskut dlm susu full cream untuk melembutkan biskut sekejap, then susun dalam bekas kek. Sebaiknya alas bekas dgn cling wrap supaya mudah utk dikeluarkan nanti.

Susun biskut penuh satu layer.. boleh patahkan biskut untuk memenuhi ruang yg kosong. Then lapiskan dengan mix cream cheese tadi.. Jangan tebal sgt.. agak² dah tutup biskut pun ok.. then tabur nestum..

Ulang sehingga biskut dan lenlain habis. Tapi mesti akhiri dgn lapisan cream cheese dan taburan nestum. Then tutup dgn cling wrap, sejukkan dlm peti ais semalaman.. Esok pagi bolehlah dikeluarkan dan dipotong kecil² sblm dihidang..



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...