Khamis, Januari 29, 2015

Chibi Totoro Bento

Berjaya juga buat chibi totoro (little-white totoro).. Last time x dpt nak buat guna telur ayam serama nie, sbb semuanya tak cantik slps dikupas.. Ini pun, drpd sebelas biji, 5 jer yg berjaya dikupas dgn cantik (^^').. 

Nasib baik uda nak buat sandwich telur, so yg reject tadi boleh dihancurkan dan dibuat sandwich telur.. Kalau tak.. mau semuanya masuk mulut sendiri time mengupas tadi (^^")..


Cute hard boiled eggs + meatballs


Oh!.. hari nie kita makan sayur broccoli dan cauliflower goreng + cute hard boiled eggs (amik telur ayam serama ebah) + tomato cherry dan meatballs in black pepper sauce.

Lauk meatballs, aku just guna sos lada hitam dlm botol.. Tumiskan dgn bawang dan halia.. then tambah air skit, kemudian masukkan homemade meatballs yg tlh digoreng terlebih dahulu..

Meatballs nie buat sendiri jer pagi tadi.. kalau beli yg frozen, dia kurng daging.. Aku guna 400g daging hancur then mixkan dgn mustard + serbuk paprika + tomato sos + garam.. Lepas bulat-bulatkan, goreng (minyak tohor) kejap atas kuali.. dah siap (^_^)v


Chibi totoro di balik cover plastik..


Oklah.. jemput makan semua.. ~Ittadakimasssss..



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...