Ahad, Disember 14, 2014

Gurlz Day Out (III): Gambang Safari Park

Aku baru perasan post nie masih di dlm ruangan draf.. Cerita nie berlaku setahun yg lepas kot (^^").. Cik Puan Widaad dah tinggi dah skrg nie.. Tapi since nak share jugak kesah keriangan nie, so aku up lah..

Better late then never.. (^^,) hehe..


------------------//------------------


[Wednesday - 7 November 2013]

Yeay!.. Hari nie kami ke Gambang Safari Park!! Yokata desu ne~ (^_^)v..

Gambang Safari Park nie, taman tema terbaru kat Pahang.. terletak bersebelahan dengan taman tema air Gambang Water Park.. kalau dr rumah kami.. ambil masa lebih kurng 30-35 minit jugak la..

dan dah namanya Safari.. so theme park nie ala-ala taman haiwan di hutan Savannah konsepnya (^_^)


Menuju ke Simba Plaza..


Dari pintu masuk nak ke dalam safari park, perlu lalu laluan beratap nie dulu.. Agak jauh juga untuk sampai ke kawasan park kat dlm nie..

Sila pakai kasut yg bersesuaian.. (^.^)v




Since sampai sini tadi awal pagi.. so kitorng tunggu jap before Animal Show start. Show nie start pkl 11.30 am.. dan walaupun masih limited haiwan yg buat persembahan, tp masih terhibur (^_^)..

Terutamanya bila burung kakak tua tue performed..


The Animal Show


Kemudian kami ke Petting Kingdom dan the Malayan House.. terletak berhadapan dengan Village Arena nie. Dalam Petting Kingdom ada banyak haiwan comel dan jinak.. mcm arnab, ular..

Then ada juga alpaca, llama, guanaco, wallaby dan possum sekali dlm nie.. Erm.. teringat ke kartun The Emperor's New Groove, bila nampak alpaca dan llama nie (^_^)..


the Petting Kingdom

the Malayan House


Kemudian, kami menuju ke kawasan tram.. untuk tour around area Wild Savanah tue.. to see all the animal dlm habitat sebenar, katanya..

Tapi before tue.. kami lalu di kawasan kandang zirafah nie.. (^_^). Girin nie x takut orang.. seronok kami beri zirafah² nie makan..


Kandang Zirafah

dalam tram


Bila tram dah penuh, kami pun mula gerak pusing kawasan wild savannah nie. Seronok sbb lain skit suasana dia.. kalau kat Zoo Negara, kita berada agak jauh dgn haiwan² nie..

Tapi kat sini.. sgt dekat. Sebelah cermin tram jer jaraknya (^_^)v.. Jom kita tengok gambar..




Around 1 and half an hour jugalah tour keliling wild savannah nie.. Dr tram di kawasan wild savannah, kami jalan kaki naik ke atas semula.. Menuju ke Simba Plaza/ Village Arena..

OTW tue, ada kawasan yang masih belum siap sepenuhnya.. tapi dah dibuka untuk public: Sky Garden -the House of Insect (Invertebrates). Diorng tempatkan semua serangga kat sinie..


at the Night Jungle Area..


Then.. kembali menuju ke Simba Plaza/Village Arena semula.. Then kami rest kejap dan lunch kat area Egyptian Market, before melawat Farm Village..


Farm Village


Oh! masa kat Farm Village nie tadi.. Maksu pun tunjuklah kat semua.. Nie lembu.. Nie kerbau.. yg nie kuda padi.. then bila sampai di kandang lembu tenusu yg kaler hitam putih tue.. Widaad get excited..

"Widaad tau nie!!".. "Widaad tauu!!"... "Ha, apa nie Widaad?", tanya maksu.. "Iniii kambiiinggg!!!".. kelu kejap lidah maksu.. (^^').."Ini lembu tenusulah".. balas maksu.. "Ooo lembu, Widaad ingat kambing tadi.."

(^o^).. klakalah widaad nie..


.. then kami lawan kuda pula di Saddle Castle..




Macam-macam jenis kuda ada kat sini.. Ada Belgian horse, kuda terbesar dan tertinggi kt sini.. ada Friesian horse dari Netherlands.. ada Appaloosa horse yg mcm harimau bintang bulu dia.. berbintik-bintik..

Then ada Quarter horse, which is an America breed dan tak ketinggalan, kuda-kuda pony yg comel..


Colouring Contest


Around pukul 4.15 pm, kami naik ke Simba Plaza.. nak lepak surau sat.. sekali sampai kat area plaza, ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.. So, bebudak nie pun join la..

Ralit mewarna bawak ke pkl 5 lebih.. Snap dua tiga keping gambar dengan simba jap.. then terus ke surau.. Nak lurus-luruskan kaki dan solat..




Lepas maghrib baru keluar.. Nak pegi carik makanan untuk dinner. Kami pilih kawasan dining di Egyption Market sekali lagi.. kali nie makan Nasi Briani dan Ayam Tandori pula..


@ Simba Plaza..

jumpa kawan.. kembar Widaad (^^,)


Mmg kami sengaja lepak di sini sampai malam.. sbb activiti dia dr pagi sampai malam.. tp since kawasan nie masih baru, tak banyaklah aktiviti sangat..

So banyak gap yg kami perlu pepandai sendiri penuhi before sampai waktu show-show yang telah ditetapkan.


@Village Arena

The Tarsan Adventure Show..


..dan kami nak tunggu pertunjukkan African Yabara Fire.. pkl 9.45pm baru start.. so untuk menghabiskan masa, kami turun ke bawah Egyption Market, menuju ke area White Lion Santuary..

Masa kami dtg nie.. mak harimau putih baru shj dpt baby. ada dua ekor.. so diorng tempatkan di sini untuk mak harimau berehat..


the big white cat..


Akhirnya, yg ditunggu pun tiba.. Waktu malam, selain Night Jungle, Yabara Fire nie mmg dinanti-nantikan. Show nie diorng buat depan Village Arena jer.. area Village Courtyard.




Memang betul-betul sampai ke malam kami kat Gambang Safari Park nie.. Pukul 10.30 pm pun masih pusing-pusing dlm gift shop (^^').. Pkl 11.00 pm baru nak gerak balik ke kuantan..

Sampai rumah dah nak pkl 12.. Aki siap tunggu.. Sorry Aki.. (^_^)v


Masa untuk balik..


Apa-apa pun kami enjoy hari nie. penat sbb seharian lepak dlm safari.. so berbaloilah korng bercuti skolah di kuantan tahun nie (^_^)..



4 ulasan:

Alongxp berkata...

7 november 2013? ke salah tulis? hehe...

saya tak pernah sampai lagi kat gambang safari park ni

NedLi Sakurai berkata...

Tak.. tak salah tulis pun Alongxp. Mmg tue post tahun lepas.. terlupa nak publish.. Kelmarin baru perasan ada dlm bhgn draft (^^")..

amoi berkata...

aku baru gi ahad lepas haha..tapi tak sempat masuk savannah sbb sampai lewat huhu

NedLi Sakurai berkata...

sekarang mesti dah banyak haiwan dia kan? kawasan reptilia dah dibuka kpd public, moi?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...