Rabu, Julai 30, 2014
Edisi Raya: Sambal Tumis Sotong Kembang
Ini lauk favourtie Fara. Kakchik mmg suka sotong kembang buat sambal camnie. Nie request dr dialah nie. Tapi aku pun suka juga. Rasanya masak sambal jer yg best kot.. buat lauk lain, aku x pernah cuba lagi..
Erm.. Waktu musim raya camnie, sambal sotong kembang nie sgt sesuai dimakan dgn lontong. Kalau hari biasa, makan dgn nasi lemak atau rojak sayur (pecal) pun sedap.. (^_^)v. Cubalah..
Sambal Tumis Sotong Kembang
600g sotong kembang
2 biji bawang besar -dikisar
4 ulas bawang putih -dikisar
2 senduk cili boh
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara: Potong sotong memanjang ikut saiz kegemaran, cuci dan toskan. Then panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang telah dikisar bersama cili boh. Kacau dan masak sehingga naik minyak.
Tambahkan sedikit air, masukkan sotong, asam keping dan kacau. Biarkan sekejap hingga sotong lembut. Kemudian bolehlah ditambah garam dan gula. Kalau suka bawang Holland, boleh dipotong bulat² dan masukkan. Biar dlm seminit-dua before angkat untuk dihidang.
Label:
Resepi / Masakan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan