Selasa, Julai 16, 2013

Kobis Masak Lemak Putih


Sebelum..


Masa sampai rumai tadi.. mak tengah siram pokok kat laman.. Elok jer keluar kereta, mak terus ckp.. "Bah berbuka kat masjid hari nie.. kita masak simple-simple jer lah".. "Angah tolong masak sayur yer.. mak dah keluarkan tue.."

Tolong masakkan sayur jer? tak mencabar langsung.. hehe (^_^).. so aku pun masaklah sayur yg simple-simple nie.. Kobis masak lemak putih..


Selepas..


nak masak kobis masak lemak putih nie xlah susah.. ada sebiji bawang kecil, seulas-dua bawang putih, lada merah sebiji, kobis, santan cair.. dan sejenis lagi sayur kaler lain untuk tambah seri lauk.. yg aku guna hari nie, kacang parang..

Oh!.. lupa satu lagi.. bahan penting; ikan bilis yg ditumbuk bersama bawang-bawangan.. untuk menyedapkan dan menambah rasa kuah.. Then.. just lebur jer everything. Masukkan semuanya dalam satu periuk kecil.. kacau-kacau sikit bila perlu.

Bila kuah dah mendidih dan sayur dah lembut, gula-garamkan secukupnya.. Then bolehlah tutup api dan hidangkan..



// masak sayur pun nak kongsi.. (^^")..



2 ulasan:

dekdaa berkata...

Uhuhu tak pernah buat masak lemak sbb tak suka lemak-lemak.
Nasib baik laki tak suka lemak-lemak gak :P

NedLi Sakurai berkata...

oh1.. yer ker? ala.. santan cair jer bkn pekat pun (^_^)v.. hehe.. tp bg ned.. kalau masak kobis.. nie antara yg terbest (^_^).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...