Khamis, Ogos 02, 2012

Travel Log: Umrah 2012 (3)


Bah dan kawan-kawan jemaah lelaki..


17JUL2012 [SELASA]
Deng!.. kejap dah hari ketiga ne~? ( ^_')

Hari nie kami solat subuh di perkarangan masjid jer. Saja nak rasa solat di luar.. Suhu x panas sgt time² subuh camnie.. dan xlah sejuk sgt. Just nice. Oh!.. seperti biasa, solat Subuh di sini xder bacaan Qunut..

Seperti smlm, activiti lawatan bermula selepas kami ber-breakfast di hotel. Tentatif hari nie, melawat tempat² bersejarah di sekitar Madinah. Since lokasinya agak jauh dr hotel, so kami perlu naik bas. Around 6.30 am, bas bergerak ke tempat bersejarah yg pertama:



Masjid Quba'


Masjid Quba’
Masjid ini terletak di perkampungan Bani 'Amru ibn 'Auf iaitu kira-kira 3 kilometer dari arah selatan kota Madinah. Ia merupakan masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW selepas baginda berhijrah dr Mekah ke Madinah.

Rumah Saidina Ali RA bin Abi Talib terletak di belakang masjid nie, dan diceritakan bahawa, Rasulullah SAW selalu menunggu Saidina Ali RA sampai, sblm mereka mula solat fardu.

Antara fadilat jika mendirikan solat di Masjid Quba ialah sama ganjaran pahala ibadat umrah. So kami tak lepaskan peluang untuk membuat solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat hajat dan solat sunat Dhuha di sini..

Then kami bergerak ke tempat ziarah kedua, Bukit Uhud..




Bukit Uhud


Bukit Uhud
Bukit Uhud yg berpasir dan berbatu² coklat ini merupakan bukit yang terpanjang di Madinah dengan ukuran dari timur ke barat lebih kurang 7 km. Ia terletak di bahagian utara Madinah iaitu 5 km dari kota Madinah.. Letak duduknya seperti mengelilingi kawasan rendah di tengah²nya.

Katanya terdapat sebuah gua di situ, di mana merupakan tempat berehat Rasulullah SAW bilamana perang berhenti seketika.


Bukit Rummat- Makam para Syuhadah Perang Uhud..



Perang Uhud
Pada tahun ke-3 Hijrah.. berlaku perang besar di sini; iaitu Perang Uhud. Perang berlaku antara tentera Islam Madinah (700 org) dipimpin oleh Rasulullah SAW dan tentera Quraisy Mekah (3000 org) dipimpin oleh Abu Sufyan, Khalid al-Walid dan Ikrimah Abi Jahl..

Di sini juga, baginda Rasulullah SAW tlh tumpah darahnya dgn banyak sekali akibat perang. Menurut kata Ustaz Herman, pernah satu ketika, Rasulullah SAW terjatuh ke dalam lubang dan pengsan, dan semua yang ada, sangka baginda telah wafat pd ketika itu.

Sehingga ada di antara tentera Islam yg telah menyerah diri kepada pihak musuh.. Tapi kemudian, Baginda bangkit semula, walaupun badan baginda penuh berlumuran darah.. ('_' )


Bah dan Pcik Jusoh..


Menurut sejarah, dalam Perang Uhud ini .. tentera Islam telah kalah akibat keingkaran tentera pemanah Islam supaya stay di atas Jabal Rummat (Bukit Pemanah) sama ada menang atau kalah sehingga diperintahkan.

Tetapi setelah melihat sebhgn tentera lawan melarikan diri akibat dipanah mereka, mereka keluar drpd tempat persembunyian (di Bukit Rummat) untuk mengambil senjata & harta yg ditinggalkan oleh pihak musuh.

Kerana keingkaran itu dan begitu leka mengutip harta yg ditinggalkan musuh; mereka diserang tentera berkuda Quraisy. Akibatnya, 70 orang tentera Islam telah syahid termasuklah Hamzah Abdul Muttalib. Mereka kemudiannya dikebumikan di hadapan Bukit Rummat; yg kini.. makam ini telah dipagarkan

Erm.. ( ^-‘)..

Kalo dulu dibenarkan panjat naik ke atas Bukit Rummat tue.. tp kali nie x bagi plaks.. maybe sebab kesuntukkan masa kot.. lepas lawat² di bawah bukit dan sekitar maqam, kami di minta naik semula kedlm bas untuk ke tempat seterusnya..



Ladang Tamar Uthman
Dah sampai sini, mmg wajib pegi ladang tamar kan? (^_^).. So kami pegi melawat ladang nie.. actually bukan pegi melawat ladang sangat pun.. lebih ke kedai jual tamar dan chocolate kat sblh ladang tue (^^”)..


Asyik membeli chocolate (^_^)..


Kalau dah sampai sini, mmg x sah kalau tak beli kurma nabi (kurma Ajwa). Kelebihan jika amalkan makan kurma nabi (makan 7 biji sehari) boleh terhindar dr sihir dan keracunan.. dan semestinya perlu berselawat ke atas Nabi SAW masa makan kurma nie (^_^)v.


Mak yang sedang beramah-tamah


Memang bermacam jenis kurma ada dijual di sini, dari yg muda sampai yg masak ranum.. ada yg telah dikilangkan, dibuang biji dan diganti badam.. ada yg disalut coklat.. mmg rambang mata.. yg best bleh rasa sebelum beli (^^,)..

Tapi harga dier agak mahal berbanding kalo beli di pasar biasa.. tp yg pasti, buah tamar kat sini dijamin dr tanah Madinah. Takda tamar import dr luar.


Mak yang happy sbb dpt kurma ajwa


Lama jugalah kami satu bas memborong buah kurma kat sinie.. kebetulan masa kami sampai tadi.. hanya group kami yg ada, so mudah nak membeli-belah dan merasa setiap kurma yg ada..

Then bila dah selesai.. kami bergerak ke Masjid Qiblataini..



di Masjid Qiblataini


Masjid Qiblataini (Masjid 2 kiblat)
Masjid ini terletak di barat laut Madinah berdekatan dengan Wadi 'Aqiq dan Universiti Islam Madinah. Merupakan satu lagi masjid yg bersejarah dalam Islam; kerana peristiwa 2 kiblat. Asalnya, masjid yg didirikan oleh Bani Salamah ini berkiblatkan Baitulmuqaddis di Palestin.

Kiblat kearah Baitulmuqaddis telah menyebabkan orang Islam diejek oleh kaum Yahudi yg juga beribadah berkiblatkan Baitulmuqaddis. Setiap kali nabi kita berdoa supaya Allh SWT turunkan perintah agak ditukar kiblat solat bagi umat Islam.

Then, stlh sekian waktu, Allah SWT telah menurunkan wahyu memerintahkan Rasulullah SAW agar menukar kiblat ke arah Kaabah-Baitulharam di Mekah, seperti mana kita solat skrg nie..

Kisahnya, Rasulullah SAW mendapat wahyu ketika beliau sedang mengimamkan solat Zohor di sini.. dan ketika itu wahyu turun (ketika dalam rakaat kedua), bila diperintahkan, maka baginda rasul terus menukar arah kiblat yg dr asalnya Baitulmuqaddis, ke Baitullah. Semenjak drpd itulah, masjid ini diberi nama Masjid Qiblatain.. Masjid 2 Kiblat.

Masjid Qiblatain ini cantik sangat, aku suka masjid yg kaler putih.. Macam masjid terapung di Terengganu tue (^-^).. Oh!.. Menurut sumber juga, kiblat lama dahulu adalah hampir bertentangan.. lebih kurng 180° dgn kiblat ke arah Kaabah. Jadi kiblat lama tue sekarang dah jadi bahagian pintu masuk utama Masjid Qiblatain.

Seterusnya kami ke pasar tamar dan kemudian balik ke hotel.. OTW lalu Masjid Tujuh dan Masjid Bilal.. Tapi x sempat singgah; cuma lalu dan ambil gambar dr atas bas sahaja.. (Nak kejar solat zohor berjemaah di masjid Nabawi, sbb tue kena cepat²..)



Masjid Tujuh


Masjid Tujuh
Masjid Al-Sab'ah atau Masjid Tujuh ini terletak di kawasan Jabal Sila' (Bukit Sila') iaitu di sebelah barat laut Madinah. Asalnya ada tujuh buah bangunan berasingan tp skrg telah disatukan, jadi 1 masjid saja.. yang dikenali sebagai Masjid Al-Fath.

Disekitar kawasan ini dulu berlaku perang khandak dan masjid² di atas bukit ini adalah tempat di mana umat² islam bersolat berjemaah dan pasukan mereka kekal disitu..


Dalam bas.. OTW balik ke hotel..

cam unik laks pizza hut tulis jawi (^_^)..


Aktiviti selepas ziarah tadi adalah yg berhampiran dgn masjid nabawi.. Then Magrib dan Isyak pun di Masjid Nabawi saja.. x kemana-mana dah.. cumanya lepas Isya’.. kami buat ziarah/salam wida’/ Salam selamat tinggal.. sbb esok dah nak gerak ke Mekah dah..




2 ulasan:

kuizikel berkata...

we want more!

NedLi Sakurai berkata...

hehe.. okey.. will be updated soon (^-^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...