Selasa, Julai 31, 2012

Travel Log: Umrah 2012 (1)

(^_^)..

Alhamdulillah.. sekali lagi dpt menjejakkan kaki di bumi Mekah dan Madinah.. dan dah slmt pulang pun... Last 2 week mmg sgt menyeronokkan.

ermm.. Setelah hampir 15 thn, terubat juga rasa rindu.. tp dah rasa rindu balik semula dah nie, haa camner? (^-^).. Semoga dpt pegi lagi kan.. harap-harap next time dpt buat haji la plaks..

Oh!.. kalo ikut senarai nama kat tabung haji, thn 2040 baru sampai giliran.. (^^').. semoga masih sihat dan kuat untuk beribadah time tue ~amin


Di LCCT, 2 jam before bertolak..


15JUL2012 [AHAD]

Lepas subuh di Aman Siara (rumah abgwan) kami semua gerak ke LCCT.. Actually flight kami pkl 10:45 am, tp biarlah sampai awal.. biar selesai semua urusan check-in dan pengagihan tiket/ boarding pass awal-awal.. Lagipun pihak Rayhar nak briefing semua jemaah before kami berangkat..

Umrah dan ziarah kali nie, kami pegi berempat jer.. aku, Uda, mak dan bah.. yg lenlain, pegi next time la plaks yer (^_^).. tp bah ngan mak, ader geng² surau diorng join sekali; Hj.Jusoh + Macik Mina dan Pacik Mail + Macik Leha. So kira meriah juga la bila pegi ramai².. mcm last time (^-^).

So, kali nie naik Air Asia X.. not bad-lah Air Asia X nie.. service baik, cabin crew ok.. makanan yg disediakan ok.. pilot pun ensem ok.. and kami take off pun on time.. so xderlah apa² yg mendukacitakan walaupun khabarnya Air Asia nie masih baru buat penerbangan ke Jeddah..

.. and Alhamdulillah, sampai tepat seperti yg dijadualkan.. kami mendarat di King Abdul Aziz International Airport lebih kurng pkl 2.20 pm waktu tempatan..

Tapi sebab urusan di airport yang agak ketat dan cerewet, maka jam 5 lebih baru settled. Sabar jer la.. (^^").

After selesai urusan airport dan ambil semua bagasi; kami kumpul ramai² kat kawasan kuning seperti yg di-info oleh wakil Rayhar masa kat Mesia pagi tadi.. perlu tunggu bas untuk ke Madinah pula. Around 6:00 pm, kami bertolak.

Di luar kawasan airport, barulah dapat jumpa dgn wakil Rayhar di sana. So legalah hati bila dah ada org yg menguruskan perjalanan kami ke Madinah.. OTW kami berhenti kejap untuk solat dan makan di hentian rehat di sana..

So.. after 6-7 jam perjalanan; maka sampailah kami semua dengan selamatnya di kota Madinah. Kami check in di Dallah Taibah. Hotel nie betul² menghadap pintu pagar masjid Nabawi. 5 minit jer jalan kaki. Sangat mudah kalau nak bersolat di Masjid sepanjang berada di Madinah nie nanti.

After dapat kunci bilik; masing² berehat dengan selesa di bilik masing².. and thanx to Rayhar.. bagus ustaz yg bawa kami nie; setiap kali perlu baca doa ke apa-apa ke.. dier akan lead rombongan kami.. Sangat membantu.. terima kasih (^_^)v.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

la baru mencongok nak baca.... abiskan cepat.. doakan tahun depan kami pon nak p sana gak..huhuhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...