Isnin, Julai 19, 2010

La Bella Vista.. (A beautiful life)


Sesungguhnya gerak hati seorang wanita itu sangat hampir dengan ramalan yang tepat


(^-').. errmm...

Kisah ini adalah berpunca daripada ke-baka-ness seorang traveller (^^i)..
Tapi takpelah.. untuk panduan dan iktibar kepada diri sendiri dan orang lain juga.. Semoga tidak berulang kembali..

Hazukashi.. hontoni hazukashi.. (^^!)..


------------------------------------



Hari terakhir di Florensa, kami empat beradik perlu naik Eurostar Italia untuk ke Rom.. Pagi tue agak tergesa² sebab fara nak belikan bah sarung buku kulit.. Then hampir² terlewat untuk sampai ke train stesen.. Alhamdulillah, nasib baik sempat..

Then kami ke gerabak no.21 yang pastinya sangat jauh ke belakang.. Perlu heret beg jauh skit. Bila dah sampai, tiba² fara tanya kenapa tiket masih tak distamp (Last time tak dapat naik flight di France sebab tiket tak distamp.. so fara sangat alert pasal nie)..

So dier ngan nana pergilah ke kaunter semula, sambil aku dan uda tunggu bersama sebahagian beg² yang ada.. Then uda tak sedap hati, Uda kata nak tengok adik² takut diorng tak sempat naik.. bila uda dah agak jauh aku jerit.. tanya boleh naik dulu tak?

Sebab rabun aku nampak tangan uda mcm buat “NO” sign.. so aku tunggu je sambil pegang beg fara di tangan kanan, beg pack aku sandang di belakang; beg plastik bekal makanan di tangan kiri; dan beg sling silang dr bahu kiri ke kanan.. (Sarat tak?.. kesian kan.. Sila kekalkan rasa kesian tue (^^')..)

After 5 minute budak² nie tak balik² gak lagi.. so aku gerak dari tempat tunggu diorng sambil cari diorng.. Then nampak sayup² budak baju merah naik train kat depan.. Takkan diorng naik kot? Tak nampak pula nana dan fara naik sama.. So aku jalan lebih laju lagi ke depan dgn semua beg yang ada..

Dalam hati dah terdetik.. ada yang kena tinggal dek train nie kang...


Pastu tetiba train bunyi.. Semua pintu dah close rapat.. Aku dah cuak dah.. Start lari menuju ke depan.. Tetiba dengar orang ketuk² tingkap dari dalam train.. huhuu diong kat dalam train? kenapa tak cakap nak naik train?..

Huhuh sedih sgt.. (T_T)


Air mata dah mengenang² dah time nie.. siap panggil² "Uda camne nak buka pintu train nie..?" Semua buttons kat pintu tue dah ditekan tapi tak boleh buka juga.. Dari luar tingkap nampak muka diorng kat dalam cuak giler + macam nak nangis. Aku dah nangis dah.. hahaha..

Pastu train terus gerak laju.. tinggalkan aku terkapai². Time tue memang dah jerit pun nama Uda sekuat² hati tapi seriously.. tersekat di kerongkong.. Cuma seperti gema² kecil shj kedengaran.. dan air mata tak payah cakap laa.. Laju jer mengalir..

~Giler Hindustan (^^’).. jerit sambil mengalir air mata kat stesen keretapi.. macam dalam movie Kuch² Hotak Hang Hota Hai laks.. (^^")


"Korng..", itu perkataan terakhir aku before train hilang dari pandangan mata dan terpaku sekejap kat tepi rel keretapi..

Imagine yer.. dengan beg yang banyak giler.. ditinggalkan sorang² di train station yang most of the people tak tau berbahasa Inggeris, dan aku tak boleh berbahasa Itali.. Tiada kad kredit dalam tangan.. Pasport aku pada Uda.

Kesian tak? Huhuhu sila kekalkan rasa kesian tue sekali lagi.. sebab kesah ini memang sangat sadis.. dan sangat memalukan.. hahaha (^^!)


Mujurlaa aku tak habiskan duit baki Euro yang ada untuk beli beg kulit yang cantik² kat kedai² tepi jalan tadi dan mujurlah masih ada sedikit baki duit pound dan IC ada kat dalam dompet...

Berbekalkan sisa² semangat yang ada.. beranikan diri bertanya di kaunter pertanyaan.. Tanya macam mana nak beli tiket baru.. sebab uda kata Eurostar train nie laju dan banyak kali; maybe ada train untuk ke Roma dalam masa terdekat..

Then dapat message dari Uda.. Tanya aku ada duit tak? Then kalau ada, dia suruh beli tiket baru. Tiket untuk ke Roma dalam €44.00.. Kalau tak ada, dia suruh tunggu.. nanti sampai di Roma Termini, dia datang balik ke Florence untuk selamatkan aku (^^')..

Terharu okey, dapat message Uda.. Nangis lagi sekali ~hahahah..


Then aku reply.. Duit ada cuma perlu top up skit lagi.. tapi takpe boleh guna duit pound yang ada.. Then bila tanya kaunter, pakcik tue cakap better tukar ke euro siap², kaunter tiket tak terima duit pound.. Then dia tunjuk money changer kat hujung kanan sana..

Mujur ada money changer.. Sebelum pergi tukar duit; mula² lap mata then tepuk² pipi.. Tak adalah nampak macam budak dalam kesusahan atau baru lepas menangis (^^'). Dahlah passport dalam beg Uda.. Bimbang kena tahan ke apa ke.. huhu.. haru des~

Then dengan yakin aku pergi.. Dia interview skit² sambil tersenyum.. Then minta apa² dokumen pengenalan diri.. hoho cuak tak? Aku cuak (^^').. tapi masih mampu keluarkan IC dengan cool.. Muka jer cool, dalam hati tuhan jer tahu..

Seriously.. sepanjang² menuju dan berurusan kat kaunter tue, dalam hati memang macam baca jampi.. "Jangan lah dia mintak pasport.. Jangan lah dia mintak pasport.." (^^").. dan sempat juga laa sembur² sikit sambil baca "bismillahitawakaltu.." dan surah al-khafirun kat akak kaunter tue..

Alhamdulillah dapat tukar duit euro..


Sepanjang² beratur nak beli tiket pun sedih tak habis-habis lg.. Sedih sampai pakwe jepun kiyut senyum kat aku pun, aku tak endahkan..

Train budak² nie naik pukul 8.45 am.. Train aku pukul 9.45 am.. Actually ada train every 15 minutes, tapi sebab perlu tukar duit dan lain-lain semua tadi.. dapat train yang pukul 9.45. Oklah tue, dan sangat lega, plus bersyukur sebab walaupun masalah teknikal melanda diri tapi Rom Trip kami tak terganggu..


Then tunggu train...

Sambil² tue tanya² orang yang ada kat situ, betul ke ini tempat menunggu? Tiket perlu stamp ke.. apa semua? Then tak puas hati lagi, tanya pula pakcik yang jaga situe.. Then dier kata, tak perlu stamp tiket, just tunggu kat gerabak no.25 tue; nanti train sampai, boleh naik jer..

Elok jer diorang layan budak yang kena tinggal nie, kan? Bagus sikit orang Itali nie.. berhemah dengan tourist.. Tak macam di France hari tue.. Maybe diorang simpati dengan aku yang bermuka kasihan nie..


Oh!.. sedih masih tak habis²..

Sesambil tunggu train tiba-tiba air mata mengalir.. Kesat-kesat dengan lengan jaket jeans aku.. Tak ada tisu.. Sedih sangat rasa kena tinggal nie yer (^^")..

Then train sampai, cepat² naik.. tengok² seat aku ada empat seat, saling menghadap.. tapi kosong semua seat. Sedih lagi sekali, mengalir lagi air mata.. sebab kalau tidak, mesti dapat duduk dengan adik².. Elok jer duduk berempat ngam² semua seat..


Bahagian kanan gerabak ada kakak nie berbangsa Itali, duduk dengan kawan dia dan seorang anak lelaki.. Seat kami kira saling bertentangan.. Bila sama² terpandang, kitorang just berbalas senyuman.. yelah, nak ajak berborak aku tak reti cakap bahasa dia..

Bila duduk sorang².. air mata mengalir laju.. Pastu kakak tadi elok jer hulur tisu kat aku. Memang merah padam muka dibuatnya (^^’).. Tapi amik juga, sambil cakap “Gracie”.. Dia senyum.. ~ Hontoni hazukashi~.. Rasa macam nak pakai beg kertas sarung kat muker jer (^.^).. haha


Selang tak lama ada tiga orang lelaki berbangsa Itali datang dari hujung gerabak.. Then diorang duduk di tiga seat yang kosong nie. Dua orang mengadap aku, sorang lagi siap minta, nak masuk ke bahagian dalam, dan duduk di sebelah aku..

~Adeh laa.. Adakah 3 bidadara kachaks berbaju jersi bola pelbagai negara ini diturunkan untuk menghiburkan kokoro aku yang sedang kesedihan ini?

Oh! Aperkah?.. hahaha (^^’)


Makanya terpaksa berpura-pura membaca magazine yang ada kat atas meja sambil usha² dan kerling².. SubhanaAllah.. masing² memang sangat comel pun.. Muka bersih, berjambang nipis, iris mata biru laut.. Oh!.. Doki-doki dibuatnya (^^').. ~Suki desu (^^")

Sesekali kami berbalas senyum.. tapi diorang tak ajak berborak.. Maybe sebab aku bertudung dan bermuka asian.. So diorang fikir, tak paham pun kalau nak berborak.. Dah la mata bengkak-bengkil.. kang aku nangis pula lagi kang.. haaa camne?? (^^!)..

Then diorang start borak sesama sendiri.. terdengar antara yang disebut.. “bella..” “bella..” pastu keluar pula “totti..” “maradona..” "world cup".. borak pasal bola la agaknya. Lagi pun masing² macam nak pergi tengok bola.. Sorang berjersi Argentina, sorang France.. yang duduk sebelah aku nie, Germany.. Takkan cerita pasal benda lain pula, dak? (^^,)..

Erm.. Since tatau nak buat apa bila duduk sebelah dan menghadap pakwe² hansome nie; besides Uda pun dah pesan; "Don't talk to strangers".. Adik yang pesan (^^").. Last² pasang earphones, dan pejam mata.. (^.^)..


Alhamdullillah.. dalam pukul 11.15 am, aku sampai Roma Termini.. Berjumpa semula dengan budak² nie di depan McD. Kitorang lunch kejap untuk mengembalikan semangat yang hilang tadi (^^').. Then gerak ke hotel untuk check in..


------------------------------------


Adik² mangsa kelihatan sedikit lega
bila kekanda mereka telah berjaya naik keretapi seterusnya..

Kutipan derma kilat untuk mangsa yang ditinggalkan kekasih

The Eurostar Italia..

..dan di sinilah tempat pertemuan semula kami 4 beradik..



//Nanti kemudian kita cerita pasal jalan² di Rom plaks..



4 ulasan:

cekkeya berkata...

fuhhh, cuak baca citer nih. nasib selamat dah. ;)

NedLi Sakurai berkata...

tue laa nasib selamat balik ne~? kalo x dah keja jual beg kulit kat jenjalan kat frienza dah (^^i)

zack berkata...

wpun aku tak sampai hati nak gelakkan ko...tapi aku gelak jugak wakakakak
memang drama gile dowh! anyway seb baik ko ok...heheh jgn bimbang..org baik dilindungi Allah selalu huhuhu

NedLi Sakurai berkata...

(^^i).. Alhamdulillah.. kami berempat selamat berpoya2 di Itali.. dan selamat pulang ke aberdeen after tue...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...