Pages

Sabtu, Ogos 03, 2019

Short Trip: Janda Baik-Bukit Tinggi




Lama sangat x bercuti (^_^).. so last week, tiba² dan saja² ter-plan short trip ke Janda Baik dan Bukit Tinggi.. Asalnya nak lepak di Dedaun, kengkonon nak buat bachelorette party buih untuk chepah.. sekali xder geng.. semua geng (read:cousins) dah x available..

Haha..


So akhirnya, kami book Peppaville Resort, Bukit Tinggi.. Location dia, menghala ke kawasan riadah dan sungai di Janda Baik.. Dari Kuantan, kami gerak awal pagi.. Saja plan camtu sebab nak santai², ala-ala road trip (^^')..

Tapi Malaysia kan panas.. x boleh nak drives with top down dan x boleh berhenti² ambil gambar ala² macam euro-roadtrip dulu.. Kalau tak, mesti dah ada scene mafla berkibar² ditiup angin (^^')..

But then kami ada berhenti untuk makan durian tadi (^_^)..


Since masih awal, x boleh nak check in lagi.. maka kami ke Janda Baik dulu.. lepak² dan berkelah ala kadar di tepi sungai.. Kebetulan, ramai sangat orang, susah juga nak mencari port yang sesuai dan jauh dari orang lain.


Sungai Sum Sum


Bila dah jumpa port, kami pun keluarkan spaghetti (left-over dinner semalam).. makan² sambil tengok orang lain mandi-manda.. Then tetiba, rezeki datang bergolek.. Jumpa pula kawan lama Iffah.. tengah berBBQ satu family..

Langkah kanan betul kami hari nie.. haha.. instead of datang saja².. Sekali dapat jumpa dan berkenalan dengan kawan Iffah dan berBBQ pula.. (^_^).


Entrance untuk ke Villa..


Dalam pukul 2.15 pm gerak ke resort.. Check in, refresh dan lepak bilik.. haha.. Resort nie agak tersorok.. Sesuai kalau nak menyendiri, tenangkan hati.. nak lari dari kesibukan kerja..

Err.. 4G on-off kat sini.. so memang tiada gangguan (^^")..


View from the room

PeppaVilla


Since tadi dah penat main air sungai.. so bila dah check-in kami x keluar dah.. Lepak dan dinner di bilik sahaja. Sambung esoklah pula aktiviti kami seterusnya (^_^)


SATURDAY [18 July 2019]
Hari nie nak ke Bukit Tinggi.. Jalan² di French Village dan Japanese Garden. Before ke sana.. Iffah nak mandi kolam sat.. Ting-tonglah sejuk² pepagi camnie nak mandi kolam kat atas nie (^^')


Teman Che Pah mandi kolam..

Breakfast dulu..


Dalam pukul 10.00 am, keluar dari resort.. Tapi sebelum ke Colmar, rasa macam nak bergambar di pintu masuk kawasan resort ni dulu..

Cantik.. Ada satu hall ala log-house, then kawasan lapang.. maybe boleh booking untuk gathering/reunion activities kat sini.. Maybelah.. x sempat nak tanya staff kat situ tadi (^^')..



Pepohon tirus..


After that, terus naik Bukit Tinggi. Kami ke Colmar Tropicale dahulu. Melawat perkampungan Ala Perancis abad pertengahan nie.. Colmar nie memang cantik, setakat nak jalan² keluar dating kira okeylah..

Tapi kalau nak bawa famili, budak² dan anak², macam tak ada sangat aktiviti yang menarik. Mesti bosan giler nanti.. Kami pun sekadar pusing² dan ambil gambar saja nie..


Colmar Tropicale

Atas Menara

The French Village alley..

The Swan(s and) Lake


Same goes di Japanese Garden (^.^).. Memang Bukit Tinggi nie kawasan riadah untuk mereka yang cintakan ketenangan dan kedamaian jer kot..




Habis sudah seharian kami di sini.. menikmati keindahan alam dan kedamaian di Bukit Tinggi.. gitew (^^')..

Before balik bilik, makan malam siap².. Sebab bila dah sampai bilik, memang malas nak keluar semula.. jauh kot kedai.. Laluan nya pun gelap-gelita.. bimbanglah pula..


Esoknya.. bermalas² di bilik.. keluar untuk breakfast then sambung lepak bilik semula.. Tepat 12.00 tengah hari, check out dan balik Kuantan..

Erm.. Walaupun 3H2M jer.. tp kami enjoy.. dan walaupun plan asal x dapat dilaksanakan.. tapi nie pun kira okeylah nie.. setakat 3 kerat jer, camne nak buat party bujangannya? Haha..

Till next vacay.. (^_^)..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan