Pages

Selasa, April 12, 2016

Kimchi Korea: Joyful (Walk Around) Jeju




21 Mar 2016: Jeju City Center
Sampai Jeju International Airport around 2.20 ptg camtu, then amik taxi untuk ke hotel Robero.. Hati sgt happy bila tgk hotel kitorng cantik; dan alhamdulillah.. kat Jeju xlah sesejuk Seoul (^^,)..

~Current suhu 14°C..


Robero Hotel


Lepas selesai urusan checkin.. kami naik atas, refresh dan lunch.. Lapar! Tadi di Gimpo hanya makan sebungkus jumuckbap dan banana milk (^^')..

So masak meggi, makan empat beradik.. After 4.15pm baru kami keluar semula.. nak ronda² sekitar hotel. Kebetulan hotel kami terletak sgt hampir dgn underground Jungang Market dan market² yg lain..

Plus ada satu historical park depan hotel nie..



JEJU MOKGWANA

Ringkasnya, cerita di sebalik Jeju-do Historical place ni.. ianya merupakan bangunan pentadbiran utama pulau Jeju semasa dinasti Joseon (1392-1910).. Pernah terbakar sekali dan hampir memusnahkan kesemuanya semasa kependudukan Jepun (1910-1945)..




Then bangunan² dibaikpulih semula pada Disember 2002.. ada antaranya merupakan bangunan tertua di Jeju; one of them yg dlm banyak² nie.. Tatau yg mana satu.

Tapi nama bangunan tue Gwandeokjeong; sbb masa kebakaran tue berlaku, hanya Gwandeokjeong shj yg kekal utuh x terusik..

Tiket Fee: ₩1500
Time : sebelum maghrib (mlm xder lampu dlm nie)


Oklah.. jom tgk gambar pulak..






Habis bergambar kat dlm, kami keluar sbb kebetulan ada macam upacara/ perayaan diorng tgh get ready dari awal tadi.. nampak mcm menarik.. sbb ramai kanak² dan remaja yg terlibat..

Bila dah lepak kat situ, adalah ajumma yg datang kat kami dan ajak ikut serta.. Kami tolak dgn baik.. Kami x join pun, cukuplah sekadar jadi penonton..





Lepas puas menonton bebudak korea main kaki panjang.. kami mula bergerak ke Jungang Market.. Untuk ke underground shopping center nie, boleh masuk dr banyak entrance/exit. Yang paling hampir dgn hotel exit 19..

Kalau nk pegi Daiso perlu ke exit 4, betul² sblh exit.. Actually banyak giler market kat sini kot.. ada pasar basah jual seafood.. ada jual buah² jeju dan coklat.. ada baju dan kosmetik.. Macam² ada.. tinggal rajin nak menapak dan menyusur setiap kedai jer (^_^)..


Chilsungro Shopping Town..


Jungang Underground Market nie pun panjang dan luas tempatnya.. kami hanya sempat ke bahagian kosmetik sbb nak cari brg yg wanis kirim.. then area baju... itupun sempat dua-tiga kedai jer..

Then naik ke exit 4 sbb nak singgah Daiso, then sambung ke street market, nak carik buah pisang kaki tuk mak dan bah.. Pastu sesat (^^")..


Jungang Underground Market



Agak panik sbb kami xde map lengkap. Entah kenapa boleh culas pulak kali nie. Habis semua org kami tegur, nak tanya jalan.. tp semua melarikan diri (T_T).. Diorng takut ngan kami..

Mujurlah ada Yoo-Jin (askar korea).. Kami try tegur then dia dgn cerianya sudi membantu.. memula dia try search guna phone dia tp still susah nak terangkan kat kami..

Then dia kata kawan dia otw nak pickup dia nie.. Elok jer member dia sampai dia ajak naik keta.. Nak tolong hantar balik. Ntah apa yg kami fikir, bleh semua terus naik keta. Maybe kami dah terpukau dgn kecomelan Yoo-Jin (^^')


Fara with Yoo-Jin and his friend (at the back)



Kawan Yoo-jin siap terpinga².. tetiba ajak 4 org masuk keta dia (^^"). Uda dlm hati mcm² doa dah dia baca, punyalah risau. Sila jgn contohi kami.. bila ingat² semula, barulah terfikir betapa bahayanya..

but, Alhamdulillah.. mmg Allah hantar orang yg baik hati tuk bantu kami. Yoo-Jin drop kitorng betul² depan hotel.. Masa turun tue dia buka tingkap then hulur seplastik makanan. Dia kata amiklah.. ole² dr dia; makanan special korea/jeju.. nanti makanlah. Baik baq hang, oppa korea sorng nie (^-^)..

Kami ambil sbb x sampai hati nak tolak, walaupun tahu makanan tue x boleh dimakan.. Lepas berterima-kasih dan bergambar sekeping.. kami masuk hotel dan diorng gerak balik..

Then ole² dr Yoo-Jin tadi, kami beri kat budak kaunter hotel.. Senyum sampai ke telinga budak tue, sambil bawa makanan ke staff room kat belakang (^^,)


Jungki Oppa (^^')



So.. akhirnya, sbb sesat tadi.. niat hati nak pegi makan seafood dibatalkan.. Naik hotel, letak barang then turun semula. just pegi kedai conve dan 7E kat tepi hotel. Beli kimbab tuna sudah (^^,)

Ingat memula nak carik roti juga.. tpi dekat 4 kedai kami masuk semua tak jual roti. Kesimpulannya, kalau pegi jeju sila bawa lebih makanan segera dari Mesia.. Telur pun kami x jumpa tadi.. maybe sbb dah malam kot..


Oklah.. Nanti sambung hari kedua di Jeju pulak.. (^_^)


//Kasi Hashtag skit.. #KoreanSoldier #DescendantsOfTheSun #DOTS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan