Pages

Isnin, April 07, 2014

Viewtiful Vietnam: Da Lat at Nite


A Happy Breakfast near the Pool..


Pagi nie lepak² tepi kolam sambil makan breakfast. Dah jadi mcm rutin pulak.. breakfast roti, telur + kopi Vietnam (^_^)..

Hari nie x perlu nak rushing sgt.. Mmg kami nak ke Da Lat lepas nie.. tapi pukul 10.30am camtue baru gerak ke airport..


Bergambar dgn manager hotel yg peramah (paling kanan)


Around 10.15am kami check out dan tunggu potter dtg jemput. Since dia x sampai lagi, kami bergambar dgn akak manager nie kejap.. Suka benar dia ngan kitorng.. Masa bersalam siap peluk²..


@the airport (Da Nang International Airport)

Selesaikan semua urusan check in dan lepak di gate.


Lapang giler airport nie hari nie.. kata international tp cam xder org jer (^^').. Sbb x ramai org.. so kami x perlu beratur lama.. lepas check in beg terus lepak di gate.

malas nak lepak luar.. biar duduk kat dlm tue siap-siap..


Cam kiyut jer kapal terbang nie.. (^_^)

~Credit to Amy  


12.50pm kami depart.. Masa memula nampak kapal terbang nie rasa cam mainan jer (^_^).. Comel.. kipas pun kat luar.. haha.. Alaa, nama pun flight domestik.

Dr Da Nang nak ke Da Lat amik masa lebih kurang sejam macam tue.. so around 2.00pm kami sampai di Lienkhang Airport; yg terletak 22 km dr pekan Da Lat.


~Credit to Amy  

Dah mendarat..


Masa turun je kapal terbang, angin dah kuat giler.. kat sinie sejuk skit berbanding Hoi An. Da Lat nie kawasan tanah tinggi.. ala-ala Cameron. Tapi tak sesejuk Hanoi..

Oh!.. tetiba ada org nak join kami bergambar pulak tadi.. (^^').


Dr airport perlu ambil shuttle bus. Tiket boleh beli di airport nie jer. Ambil masa dlm sejam jugak lah bus nie pusing dan hantar semua penumpang ke hotel masing².. Secara x langsung, kami pun dapat pusing² bdr Da Lat nie..


Bandar Dalat..


Da Lat
Bandar kecil nie terkenal dengan jolokan Le Petit Paris (The small Paris) sbb ianya sering dijadikan tempat persinggahan orang Perancis yg nak lari dr cuaca panas spt di Saigon (Ho Chi Ming)..

Dalat boleh dikatakan tempat pertembungan antara Vietnam dan Alps Perancis. Most hotel dan rumah² yg dibina adalah gaya Eropah/ Perancis. Then dgn bukit² yg dipenuhi pokok pain, tasik kecil di tengah² dan dikelilingi puncak² gunung yang lebih tinggi..

Bandar nie memang khas untuk perlancongan. Dalat memberikan peluang untuk kita melihat sendiri, sedikit warisan yg ditinggalkan Perancis, legenda Indochina dan keunikan masyarakat Vietnam.. (^_^).


So then.. dr situ kami dibawa terus sampai ke depan pintu hotel..


Depan Hotel Tulip..

Bilik yg sangat luas..


Akhirnya.. pkl 3.30pm baru dpt check in bilik. Seronok tgk bilik besar giler.


Oh! Dalat nie satu jer yang tak best. Dia takde restaurant makanan halal.. Tapi takpe kami memang dah bawa bekalan makanan siap².. Khas untuk dua hari di Dalat nie..

Tapi kalau jenis x suka makan mee segera atau nasi segera.. Maybe boleh beli nasi putih kat kedai² makan vegetarian.. tp lauk still juga kena bawa dr mesia. Banyak dah yg segera skrg niekan.. dah mudah dah.

After late lunch.. we all lepak bilik sambil discuss tuk plan esok. Pihak hotel ada bagi list pakej trip tp semuanya kami x berkenan.. So at the end kami plan nak sewa kereta with driver, pegi tempat² yg kitorng nak jer dlm sehari.


Da Lat's Nite Life? (^^')..

Area dataran depan market..


After maghrib, kami keluar jenjalan.. menikmati suasana malam kat sini.. Tak jauh mana pun, just seberang jalan.. then turun ke bawah skit.. Kebetulan setiap Jumaat malam ada nite market. so kami merayap sekitar situe jer..

boleh tahan jugak pasar malam diorng nie.. banyak jugalah benda.. dptlah kami beli sedikit (sedikit?) buah tangan.. Ada juga mainan.. kain-baju dan buah-buahan..

Since sini kawasan tanah tinggi.. so banyak buah dan sayuran tumbuh subur. Tgk buah avocado dia; besau².. memula ingat manga.. siap gelak penjual tue.. (^^,). Tapi kami cuma beli strawberry.. Senang nk makan..


Kami, awek Da Lat dan buah-buahan..

Nite market

Anak-anak patung kawaii..


Cantik tak anak² patung tue? Diorng kait sendiri jer. Oh! dan kami jumpa ila (anak patung pucca) hehe (^^").. Tapi ila tanak beli.. Agak mahal sbnrnya.. yelah, nama pun handmade..

Then.. bila dah penat merayap dr satu gerai ke satu gerai, kami decide untuk balik tido. Besok pulak baru kita betul² tour Da Lat..


Dalat dr tingkap bilik kami..


Jumpa lagi nanti..



6 ulasan:

  1. Eheh meme comey la kapaltobang tu :D

    Mcm tempting je tgk buah tu tp kalau kat malaysia mcm tak heran je pulak kekeke.

    BalasPadam
  2. heheh.. biasalah.. tp kitorng beli pun sbb harga strawberi tue RM6-sekilo.. kalau lebih kurng harga kat mesia xderlah rasa mcm nak beli sgt (^_^)

    BalasPadam
  3. Hi Nedli...i follow your blog, and booked into the same Hotel Tulip 1 in Da lat on 16/11/2014. I give the hotel full ratings...good location, clean and spacious room, friendly staff. Thanks for the info.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye, nedli, awak duduk hotel tulip 1, ye? Sbb sy ada nampak hotrl tulip III.. Memang banyak tulip hotel ye kat situ..hehe

      Padam
  4. Hi Anon,
    So glad this blog benefits you (^_^)

    BalasPadam
  5. Oh, yer ke? x perasan pulak ada banyak cawangan, hotel tulips nie (^_^)

    BalasPadam