Pages

Isnin, Mac 24, 2014

Viewtiful Vietnam: Jalan² Sekitar Hanoi


It's Hanoi..


10 March 2014 [Mon]

Sampai di Green Diamond Hotel pkl 10.00am.. Jauh jugak Nai Bai Airport ngan hotel kami menginap nie. Ingatkan dekat-dekat jer.. Mujur Posh dan Ila dah terpk nak amik porter..

Since sampai hotel awal.. so xleh nak check in terus.. tp diorng bermurah hati tuk bagi kitorng check in awal satu bilik. Nanti bila bilik ke-2 dah siap, diorng info. Sementara nk uruskan urusan check in bilik.. kami pekena kopi dulu..


Jemput minum..

Alang².. kita minum air oren sekali.. (^^,)


Sesambil minum kopi, kami plan semula tentatif program tuk hari nie.. Antara target ialah Water Puppet Theater; Muslim Restaurant; Hanoi Post Office; Trang Tien Plaza; Women's Museum; Hoa Lo Prison; souvenir shops; Dong Xuan Market dan Tasik Hoan Kiem yg terletak di tgh² bandar.

Then kami naik bilik kejap.. refresh dan solat before mula bergerak keluar tuk menikmati keindahan bandar Hanoi ( ^_')..


awal² dah masuk kedai souvenir

Another streets in Hanoi


So.. Target pertama kami ialah membeli tiket Water Puppet.. maka berjalanlah kami berempat mengikut gerak hati. Selepas bertanya² dgn org tempatan (..dan sedikit sesat serta berpusing²).. akhirnya kami jumpa tempat beli tiket..


Ila and Me.. kat depan bangunan water puppet teater


Theater nie terletak betul² menghadap Hoan Kiem Lake.. Kami dah excited dah sbb jumpa, tapi malangnya tiket dah sold out.. (-_-)..


Tiket dah sold out.. 


Walaupun sedikit sesalan berbekas di hati sbb x segera mencari kaunter tiket, aktiviti hari nie masih perlu diteruskan. Perut juga perlu diisi; so kami segera menghala ke Hang Tre St. Mengikut kata En.Google ada satu kedai halal area situ; Restaurant Nisa kalau tak silap..

..dan sekali lagi kami sesat.. sesat sampai masuk kedai Zara Butik, kau! (^^').. Since dah sesat kami bertanyalah kat awek jaga kedai Zara tue.. tp dia tatau.. Tetiba dtg sowang pakwe kachak tawarkan pertolongan..

Dia siap offer aku bonceng skuter dgn dia untuk sesama gi tgk kat mana kedai makan halal tue.. Tp aku bimbang pancit pula tayar skuter dia.. so last² aku tolak ke Amy.. Biar Amy jer yg naik skuter..

Takpe.. Takyah takut, Amy tak akan dilarikan.. yang perlu dirisaukan; Amy larikan mamat nie.. (^^")..


Pakwe Hanoi yang baik hati (^-^)


Bersungguh benar dia menolong kami, unfortunately dia tersilap.. Itu bukan kedai makan halal tp Indian cuisine restaurant.. "Sorry.. Sorry..", kata dia.. "You've to go back to my shop". Aii.. Mujur kachak.. Tak sampai hati I nak marah (^^')..

Then kami kembali ke jalan Hang Tre.. rupanya dekat jer dr kedai dia.. cumanya bukan Nisa Restaurant.. kedai tue dah jadi Little India Restaurant tapi ader cert. halal.. so kami pilih untuk lunch di sini saja.


Nasi Goreng Ayam

Makan nasi goreng dgn sopannya.. (^^')


Lepas makan, kami sambung gerak ke post office.. nak post poskad (^_^).. Jauh nyerlah post office nie. nampak dalam peta cam dekat jer.. haha.. so kami lalu kat area persimpangan jalan nie..





Depan skit baru jumpa Hanoi's post Office.. Selepas selesai urusan di pejabat pos.. kitorng terus berjalan menuju ke Women's Museum. Agak jauh bangunannya, tersorok plak tue dan kami sempat lalu Trong Tien Plaza..





Oh!.. Trade mark Vietnam ialah crazy traffic dan bangunan/ lot rumah yg sempit tp bertingkat². Crazy traffic tue bukan sesak semata, tp siap giler bersimpang siur. Main aci redah jer diorng. Lampu merah pun diorng jalan (^^')..

but Alhamdulillah.. kami survive, even berpeluh setiap kali nak melintas (^^")..



Rumah kecil bertingkat²



Ok.. at last.. sampai di Women's Museum. Kenapa ntah excited sgt nak pegi museum. Asal berjalan tempat org jer, pegi museum.. haha.. dah jadi habit kot (^_^).


Bảo Tàng Phụ Nữ Việt Nam

Di ruang pameran Warrior Women of Vietnam..


Vietnamese Women’s Museum
Ditubuhkan pada tahun 1987 oleh kerajaan Vietnam sebagai symbol kesatuan wanita Vietnam dan sbg penghargaan atas sumbangan mereka terhadap negara. Kita boleh explore kepelbagaian budaya masyarakat Vietnam (khususnya wanita) di sini.

Terdapat juga kisah² wanita yang berjasa dan terlibat dalam peperang dan sumbangan² mereka terhadap pembangunan negara, budaya dan masyarakat setempat. Semuanya boleh dilihat di setiap sections; Women in Family, Women in History dan Women in Fashion.


Selesai belajar sejarah di museum wanita nie.. maka kami pun mula bergerak balik menuju ke hotel.. Tapi otw tue.. lalu tasik Hoan Kiem.. so lepak kejap sambil cuci mata di tepi tasik.


Turtle tower on Hoan Kiem Lake + etc..


Ngoc Son Temple
Berhampiran ialah Ngoc Son Temple, tp kami x masuk.. hanya lalu gate tiga lapisan dan jambatan merah jer.. The red-painted wooden bridge tue di beri nama The Huc (Rising Sun). Asalnya diorng naik sampan utk ke temple.. Tp pd kurun ke-18, sebuah jambatan buluh yg kecil telah dibina.

After that barulah jambatan merah nie dibuat dan musnah terbakar pd thn 1958. Yang ada skrg adalah binaan semula slps kemusnahan tp masih kekalkan structure dan style yg sama.. dan ianya famous for sunrise viewing.


The Red Bridge to Ngoc Son Temple..

Ngoc Son Temple Gates..


Since tasik nie sekangkang kera jer dgn kaunter tiket water puppet.. bebudak nie nak cuba nasib..  asalnya nak tanya duration show jer.. sbb maybe bleh tgk after balik dr Ha Long Bay.. Tapi ntah mcm mana.. auntie tue kata tiket ada.

Cumanya tiket nie mahal skit. Tiket biasa cuma 60,000VND.. untuk tiket VIP, perlu bayar 100,000VND.. Sebab dah mmg nak tgk so kami beli. Show start pkl 8.30 pm.. Sempat kami balik bilik tuk refresh, makan dan solat kejap..


4 tiket berjaya dibeli..

Water puppet


Best!.. Aku terhibur dgn show dia. Sangat menarik. Pandai diorng exploitasikan kolam berair tue tuk gerakkan semua puppet.. Aku rasa aku tgk show nie mcm budak kecik yg baru first time tgk wayang kot.. (^^")..

Tapi.. Ila dan Amy siap terlelap.. korng tak enjoy ker? ke sbb terlalu letih berjalan kaki keliling bandar Hanoi? (^_^)..

Habis tgk puppet show.. kami gerak balik. Sepanjang jalan masih banyak kedai² yg buka.. kami sempat masuk satu galeri lukisan nie. Aku rasa lukisan bermusim nie cantik.. (^_^).. Kitorng dibenarkan amik gambar, so aku snaplah (^^,)




Lepas tue kami balik hotel.. Dalam pada penat masih sempat berborak ngan staff kat kaunter hotel. Excited dia bertanya dr mana apa semua.. Then katanya.. jarang orang Malaysia muslim bertudung datang sini.. sebab tue dia ingat kami dr Indonesia.. (^_^) ..

Kemudian kami minta diri sbb esok nak bangkit awal.. nak gerak ke Ha Long Bay. Till the next post.. Xin chào..



9 ulasan:

  1. mana gambar lelaki kachak itueeeee!hahaha.

    BalasPadam
  2. Dlm kamera member.. diorng nak peram dulu. Nanti bila diorng dah send, up semula kat post nie.. (^_^)v

    BalasPadam
  3. huahuahua......letih ye ms nk tgk water puppet tu yer....k.ainiz sy pon terlelap gak ms tgk puppet tuh....tp kagum ngan dorang sbb dorang blh wat laen dr yg laen...actually org vietnam mmg creative kan????kan????kan????....hahahahah....x leh blah ayt drama yg naek motor ngan brother kachak iteww....hahahahah.....naseb la rezki nk tgk water puppet tuh tercapai kan....kalo tidak hrus la akak tdo ngigau thang long.....hahah

    BalasPadam
  4. post di ats tuh.....posh yg punye....(lupe nk letak nama....denggg!!!

    BalasPadam
  5. awak pun terlelap ke posh? kiranya akak sorang jerlah yg terlbh excited nyer yer? bkn korng ke yg nak tgk sgt water puppet nie? hahhah kompius jap..

    btw.. drama haruslah ada walau di manapun kita berada.. barulah slot akasia gitu (^^')

    BalasPadam
  6. mmg la excited nk tgk snbrnye.....tp xde la terlelap smpai kepala jtuh ats kusi....hahahah....terlelap gitu2 je....heheheh....penat kot berjalan hr tuh....heheh

    BalasPadam
  7. tuelaa.. akak pun rasa korg penat giler.. Jauh kot museum tue. Amy paling penat akak rasa.. Sian dia (^_^)

    BalasPadam
  8. heeee semnagta kak aini mesej bila dh letak pic pakwe kachak tu?hehehehe. hurmmmm muka mcm jay chow kikikiki

    BalasPadam
  9. Dah kachak.. haruslah semangat (^_^)

    BalasPadam