Pages
▼
Khamis, Mac 06, 2014
Doraemon Sushi in Tofu Pouch Bento
Yer.. makin jarang berbento skrg nie.. sekali seminggu jer (-_-).. Gome ne~
Sedikit busy dan sedikit kurng rajin lately nie.. Next week nak pegi bercuti bersama kengkawan.. so perlu ganti kelas memana yg patut.. then perlu siapkan soalan² assignment tuk student² kesayangan.. (so that taklah diorng terindu²kan saya nanti (^^")..)..
~Sila siapkan tugasan korng dan submit by next week yer (^_^)v..
..Tapi last nite, niat nak pg makan sushi king x kesampaian.. so aku pun bangkit awal pagi tadi tuk buat bento nie. Leka nak berdoraemon bagai kan.. terlewat sampai KIPSAS. Mujur turn kereta aku hari nie, kurng skit rasa bersalah (^^") tehee.. Sorry dayah, anis..
Rasa mcm blakon dlm 2Fast 2Furious gak lah pagi tadi.. nak sempat sampai on time punyer pasal.. (^^!!)..
So.. untuk bento hari nie aku guna pouch tauhu.. letak jejari ketam + mayonis sebagai inti.. then penuhkan dgn nasi sushi. Untuk mata doraemon, just guna kepingan cheese dan nori.. hidung pula, guna jejari ketam yg bahagian luar, kaler merah tue..
Then salut bahagian atas sushi dgn nori juga.. supaya boleh nampak bahagian kepala doraemon (^_^)v.. Tambahkan 3 keping nugget ayam dan beberapa biji tomato cherry + salad..
Oh!.. Tema doraemon dipilih sbb baru balik dr expo doraemon (^-^).. Jemput makan semua!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan